Thursday, October 28, 2010

Aku pergi berjuang!!

Salam pagi khamis pembaca sekalian..hari ni aku akan menduduki peperiksaan..aku menjangkakan entri aku pada hari ini akan kurang..nantikan kemunculan aku nanti..doakan aku dalam medan peperangan..aku akan pergi berjuang di dalam dewan peperiksaan..tak sabar lah nak berjuang! 


Wednesday, October 27, 2010

Jom gugur bayi!

Gugurkan bayi memang dibolehkan..tapi dengan sebab tertentu sahaja..contohnya bayi yang mampu mengancam nyawa ibu yang mengandung..kalau nak gugur bayi sebab tak berbapa memang tak boleh! diulangi; TAK BOLEH! hal ni memang serius..tau tak macam mana proses pengguguran bayi dijalankan? Aku berani jamin kalau korang tau mesti korang akan takut nak gugurkan kandungan..tapi aku tau korang tak akan buat benda yang tak elok ni kan..pembaca blog aku semuanya baik-baik..kan? kan?

Ada 2 kaedah untuk gugurkan kandungan secara paksaan:-
  • Pengguguran perubatan
  • Pengguguran pembedahan
Pengguguran perubatan ini jugak dikenali sebagai pengguguran kimia..selalunya pengguguran ini akan dilaksanakan untuk kandungan yang masih awal..masa ni bayi belum cukup sifat lagi..doktor akan gunakan bahan kimia untuk gugurkan janin..

Pengguguran perubatan pulak ada 3 cara..Cara ini berbeza mengikut usia kandungan..tiga cara tersebut adalah:-

  • Penyedutan vakuum..kaedah ini digunakan untuk kandungan yang berusia kurang dari 12 minggu..penyedutan ini terbahagi kepada dua iaitu manual ataupun mesin..uish! seram sejuk aku dengar.
  • Kaedah seterusnya adalah D&E iaitu dilatasi dan pembuangan..yang ni untuk bayi yang berusia 15-24 minggu..na tau macam mana kaedah ni? Setiap bahagian bayi akan dikepit dan ditarik satu persatu..kepala bayi akan ditarik akhir sekali selepas diremukkan..tak dapat bayangkan weyh!!
  • kaedah D&E jugak akan digunakan untuk kandungan yang berumur lebih dari 24 minggu..cuma kali ni doktor tak akan tarik satu persatu tapi keseluruhan bayi tersebut! Doktor akan sedut otak bayi supaya remuk dan senang untuk ditarik keluar..aiyak! Lagi seram aku dengar....
kaedah penyedutan vakuum


kaedah D&E berperingkat

kaedah D&E keseluruhan


Setiap pengguguran mesti ada kompilasi..ya! Memang sakit..menyakitkan sampai korang tak tahan..antara kompilasi tersebut ialah:-

  • pangkal rahim akan terkoyak
  • rahim tertembus
  • pendarahan yang sangat teruk
  • jangkitan pada organ pembiakan
  • kemandulan
  • kematian akibat kompilasi bius,jangkitan yang tak terkawal dan pendarahan teruk!
Hah! Berani ke nak gugurkan kandungan? Fikir dulu sebelum buat...

Nak cerita pun malas..baca sendiri..

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada
yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang
malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, "Patik adalah yang paling
malas." Raja pun bertanya, "Apa tahap malas tuan hamba?" Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau
patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?" Maka jawabnya,
"Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan."

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya
sambil berkata,"Patik adalah yang paling malas tuanku." Raja pun bertanya, "Bagaimana pula
tahap kemalasan kamu si budak?" Budak itu pun menjawab, "Nak cite pun malas, tuanku.

Good Luck exam!!

Esok aku nak pergi berjuang..paper Teknik Matematik..lepas ni baru aku akan bukak balik blog..tak lama pun..lepas pukul 2 petang esok aku bukak la balik..hehe..doakan aku okay? Aku tak nak jumpa muka Dr. Anuar dah semester depan hanya disebabkan aku fail paper ni..hehe..pesanan buat rakan-rakan seperjuanganku,jangan cuak sangat..exam je pun..bukan pergi bunuh diri =p

ini baru la namanya meja student =p



Ibu,nak sex toy boleh?


Pernah tengok iklan macam ni? Tipu kalau tak pernah tengok..jangan tipu diri sendiri..dapat dosa kering je nanti..Terdesak sangat ke diorang ni sampai perlu iklan benda macam ni di tempat awam? 

Cuba bayangkan kalau seorang kanak-kanak tanya kepada ibunya "Ibu, adult sex toy tu apa? Nak toys tu boleh tak ibu?".. Apa yang perlu ibu tu jawab?

Nombor dah ada depan mata..wahai pihak berkuasa..apa lagi? Jalankan tanggungjawab anda..kesian ibu bapa ni terpaksa jawab soalan anak-anak diorang..

sumber gambar: Bersama Mazidul

Abanggggggg.....

" Gila"..gadis hot tu cakap kat aku...

"Eh-eh"..tiba-tiba je minah ni..dalam hati aku cakap minah ni dah gila sebab baru keluar library..otak mereng baru baca buku..

Salah ke aku nak tolong dia keluar parking..aku tengok kereta minah ni sekejap ke depan sekejap ke belakang..dari tadi tak boleh keluar dari parking..kalau aku mintak nombor tepon tak kisah la kalau dia cakap macam tu..

Aku blah sambil makan aiskrim..

"Duuuum!"......aku toleh belakang..satu motor jatuh..dua,tiga,empat..menarik jugak aku tengok motor jatuh ni..macam domino aku tengok..lepas pandang motor aku pandang muka gadis tu..gadis tu diam..pandang aku macam nak peluk aku je..

"Abang......" dengan muka penuh cuak dia pandang aku..dalam hati memang aku dah gelak macam setan dah..

"Meh saya tolong"..aku jawab macam jejaka budiman padahal dalam hati gelak macam syaitan..

"Nasib baik ada orang gila ni tolong..." aku blah sambil makan aiskrim cair lepas angkat motor yang jatuh tadi..

Tuesday, October 26, 2010

Aku tak hisap lelaki 'punya' la!!

Tajuk entri aku agak lucah sikit ye..tapi entri tak lucah pun..

Korang tau tak tandas awan kat Malaysia ni dah maju..banyak dah kemudahan yang diorang sediakan..yang peliknya bukan kerajaan yang sediakan kemudahan ni tapi rakyat kita sendiri..haaaaa! aku tau mesti korang kata rakyat macam ni berbakti kepada negara kan? salah tu...rakyat macam ni yang patut bukak seluar tunjuk bontot lepas tu kita terajang ramai-ramai..

Ada ke patut diorang ni siap buat kemudahan untuk orang yang gila seks..kenapa
aku kata kemudahan untuk orang gila seks? sebab diorang letak nombor tepon gay! Woi! aku ni bukan isap lelaki punya benda la! kalau  nak promote diri pun buat la blog sendiri lepas tu letak je gambar tak senonoh dalam tu..senang cerita..


Kadang-kadang tu siap ada lukisan lagi..hah bagus jugak kalau ada lukisan..sambil aku melabur boleh la aku baca komik free..haha..boleh jugak mengisi masa lapang aku nak melabur..



Pernah dengar Parlimen Tandas? Ni bukan parlimen yang YB selalu berhujah tu..ni parlimen yang orang bodoh selalu berhujah..kadang-kadang korang boleh baca komen penyokong kerajaan dengan komen pembangkang..best jugak baca komen diorang ni..rasa macam diorang ni memperbodohkan diri..taraf pemikiran diorang ni lebih kurang je dengan mangkuk tandas yang korang buang air tu..kalau nak tunjuk sangat korang bagus,jadi macam pemimpin negara kita tak kira la kerajaan atau pun pembangkang..diorang berhujah dalam Parlimen Malaysia..bukan berhujah dalam Parlimen Tandas..

Tsunami datang lagi!

JAKARTA: Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.
Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja.

Sehingga jam 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.
Gambar hiasan..dari pakcik Google

Mereka yang hilang dipercayai membabitkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis. Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama. Beliau berkata, pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada jam 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 kilometer.

Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya. -Bernama

Profesor bodoh!

Sebelum ni aku dah janji nak post satu entry setia lawak setiap malam kan..kalau tak percaya klik sini..jom kita tengok apa lawak malam ni




Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum.


Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh..Jadi awak mengakulah diri awak ni bodoh?" Pelajar: Bukan prof, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang mengaku bodoh dan berdiri disini!

Kecik-kecik dah pandai ehem-ehem........

Serius aku terkejut bila aku tengok gambar ni..terkejut sampai terlompat jatuh dari katil jugak la..aku pun tak tau apa yang diorang ni tengah buat..sekadar bermain ataupun sekadar bermesra untuk menunjukkkan skil masing-masing..








Walaupun ni bukan dekat Malaysia tapi aku rasa jelik jugak la bila tengok kecik-kecik macam ni dah pandai buat benda tak senonoh..aku rasa benda ni pun bergantung kepada persekitaran budak-budak tu sendiri..mana taknya,balik je sekolah terus bukak baju lepas tu tengok video lucah dalam internet..

Nasib baik masa kecik aku dibesarkan dalam persekitaran ladang kelapa sawit,kebun getah,ladang cili dengan ladang koko..balik sekolah terus lastik burung,mandi sungai malam mengaji bawah lampu pelita..

Perempuan Kacak Lelaki Ayu

Sebagai lelaki aku mengaku yang aku suka tengok perempuan cantik..semua lelaki macam tu..alaaa aku tau perempuan pun suka tengok lelaki kacak kan? jangan tipu diri sendiri..buat dosa kering je menipu tu..

Semua orang kat dalam dunia ni nakkan perhatian...walaupun seseorang tu asyik merendah diri tapi jauh di sudut hati dia mesti dia nakkkan perhatian..cuba korang fikir apa gunanya korang pakai cantik-cantik pergi kelas? Nak tingkatkan keyakinan? arrrhh itu alasan skema yang boleh diguna dalam peperiksaan SPM je..

Sebab tu kadang-kadang korang akan tengok orang lain pakai macam artis Hollywood..sebab dia nak perhatian dari orang lain..kalau dah memang kebiasaan dia pakai macam tu aku tak kisah..tapi tak kan masuk masjid pun pakai skirt dengan high heels..ini memang betul-betul nak perhatian ni..patutnya gantung je papan tanda 'Sila Ambil Perhatian' dekat leher tu..

Dah jadi kebiasaan lelaki mesti nakkan perhatian dari wanita..dan wanita mesti nakkan perhatian dari lelaki..kalau lelaki nakkan perhatian dari lelaki,itu memang pelik..sebab tu la lelaki akan pakai cantik-cantik bila pergi tempat yang ada wanita..wanita pulak akan pakai cantik-cantik kalau pergi tempat yang ada banyak lelaki..tapi kalau duduk sesama wanita berkemban pun dah kira cantik..

Apa kriteria yang korang ambil berat kalau beli baju ataupun seluar? Sebab nak dapatkan perhatian bila korang pakai cantik ataupun nak kepuasan diri?

Kalau aku,aku nak kepuasan diri..bila diri sendiri dah puas kita tak akan kisah pasal perhatian orang lain..hidup akan bahagia bila diri puas..kebahagiaan akan datang bila ada perhatian orang lain ke?

Apa pandang-pandang? nak kena pukul?!

Ada seorang kawan aku kata jelingan aku memang akan membuatkan sesiapa pun takut.. Eh betul la kot..aku pun tak tau kenapa ramai sangat yang kata setiap kali aku tengok org lain,mesti gaya aku macam nak gaduh..eh mana ada sampai nak gaduh..cubit-cubit sayang ada la..hehe

Mak aku cakap aku memang dah gangster dari zaman aku dalam perut mak aku lagi..mak aku cakap dulu masa aku dalam perut dia aku dah mula jadi gangster..sebab tu la kadang-kadang aku tertendang perut mak aku..tapi mak aku buat lepak je sebab nak maintain cantik depan bapak aku..tapi bila dah besar aku tak tendang la mak aku..ko nak mampos??? Aku sayang mak aku wooooooo.....

Bila aku dah besar sikit aku jadi kaki pukul pulak..hah siapa yang berebut mainan dengan aku dulu? kalau siapa yang pernah berebut mainan dengan aku dulu mesti ingat lagi bila aku baling mainan tu sampai pecah kepala korang..aku tau tak ada siapa pun yang ingat..aku sorang je yang ingat sebab aku ni memang genius dari zaman bayi lagi..

Mak aku pernah cakap dia paling takut kalau aku mengamuk masa kecik-kecik..kalau mak aku tak bagitau pun aku tau sebab aku ni kan genius dari kecik lagi..tengok tu! mak aku pun takut kalau aku  mengamuk..tu menunjukkan aku ni memmang ganas..tapi aku mengamuk dekat pasar raya sebab nak mainan je..bukan sampai nak tetak orang..tapi sekarang aku tak mengamuk dah..kesian mak aku kalau besar macam ni mengamuk sebab nak mainan..mau aku kena tangkap dengan sekuriti pasar raya tu pulak nanti..hehe 

comel kan aku masa kecik-kecik?
masa ni aku tak jadi gangster lagi

ni masa mood aku tengah jadi gangster..
tengok aku jeling pun korang dah takut kan?

bila dah besar jadi kuat makan pulak  =.='

Alahai mamat..

Salam malam isnin nak merangkap pagi selasa..pelik gila ucapan aku malam ni..hehe..okay aku dah buat keputusan mulai malam ni aku akan post satu entri lawak untuk korang..paling kurang pun korang akan tersenyum kalau korang tak sanggup nak gelak kan? setiap malam aku akan post satu entri yang mempunyai unsur-unsur humor..okay sebagai permulaan jom kita tengok entri humor malam ni..

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.

Selepas semuanya selesai barulah dia orang tidur. Ketika sedang nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.

Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat? lantas Si Mamat jawab, Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.

Mendengar kata-kata menantunya itu,Pak Haji Dollah terus pengsan.

Monday, October 25, 2010

Muka cantik tapi perangai......

Pernah dengar pepatah Inggeris 'Don't judge a book by its cover'? itulah yang berlaku masa aku keluar tadi..dari jauh aku tengok ada seorang perempuan ni boleh tahan la cantiknya..ingatkan tingkah laku pun baik..sebab muka pun suci je..tapi yang buat aku jelik dengan orang macam ni bila dia bukak pintu lepas tu terus baling sampah dalam longkang..errk?? terus saham perempuan ni jatuh merudum! cik kak,kalau ye pun nak buang sampah,buang dalam tong sampah ye..longkang tu bukan tong sampah..


Bila aku lalu melepasi kereta perempuan ni aku bagi satu jelingan maut..rupa-rupanya ada dua orang dalam kereta tu..bila aku keluar dari kereta je kereta perempuan ni lalu depan kami sambil hon kuat-kuat..mak aih! agak kurang hajar jugak la..aku rasa sebab aku jeling dia tadi kot..aku ingat bila aku jeling tadi,perempuan tu rasa bersalah tapi makin menjadi-jadi perangainya..kalau siapa yang kahwin dengan perempuan macam ni,tolong bagi hantaran tong sampah ye...

Aku dah bertunang!

Baru-baru ni ramai yang tiba-tiba datang jumpa aku tanya bila aku nak bertunang dengan Ayu Raudhah..aku pun jadi pelik..kenapa diorang tanya aku pulak..masa bila pulak aku ni ada hubungan dengan Ayu Raudhah..rupa-rupanya diorang tersilap..diorang sangkakan aku ni Zaquan Adha..sebab tu diorang tersalah orang..tak percaya muka aku macam Zakuan Adha? Hah jom tengok!


  

Hah kan sama tu? hehe

Sebenarnya Zaquan Adha telah bertunang dengan Ayu Radhah pada 17 Oktober yang lalu..jom kita tengok petikan ni..


Akhirnya salah seorang gadis rebutan ramai, Ayu Raudhah sudah sah bertunang dengan jejaka kacak, Zakuan Adha yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. 17 Oktober baru-baru ini,  keluarga Zakuan telah datang rumah Ayu Raudhah untuk tujuan menyunting bunga di taman. Terus pada hari tersebut, majlis pertunangan antara Zakuan Adha dan Ayu Raudhah telah berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.
Mengikut perancangan, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bakal bernikah di Kedah pada 20 Januari 2011. Maknanya mereka berdua hanya akan bertunang lebih kurang 4 bulan sahaja. Satu langkah yang bagus. Bak kata orang tua-tua, “tak elok sangat tunang lama-lama”. Tak sabar pulak kami nak melihat keayuan Ayu Raudhah di majlis pernikahannya nanti.
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Zakuan dah Ayu Raudhah. Akhirnya tamat sudah segala cerita bila Ayu akan dipinang oleh Zakuan. Sekarang cuma tunggu masa untuk sah bergelar suami isteri sahaja. Tahniah sekali lagi daripada kami kepada anda berdua.


Jom jadi produktif!

Salam hari Isnin pembaca semua..hari ni aku tau ada diantara pembaca blog ni akan mula menjalankan tugas masing-masing..jadi aku ucapkan selamat bekerja buat yang telah bekerja dan selamat belajar buat yang masih belajar..jadikan minggu ini minggu paling produktif korang semua..apabila kita menjadikan minggu kita paling produktif,sudah tentulah pekerjaan yang kita lakukan akan semakin seronok..

Hari ni aku nak berkongsi beberapa tips untuk menjadikan hari korang sebuah hari yang produktif..jom kita ushar sikit..

MENYUSUN JADUAL

Ada ungkapan yang berbunyi 'Gagal merancang,merancang kegagalan'..apa yang kita perlukan sebelum bermulanya hari yang baru? Kata kuncinya ialah merancang..korang kena susun jadual apa yang perlu korang lakukan pada keesokkan hari..tanya la sesiapa pun yang telah berjaya..perkara utama yang diorang lakukan adalah merancang jadual mereka..perancangan yang efektif akan memberi korang gambaran apa yang korang akan lakukan..ini akan membuatkan korang bersedia menjalankan tugas masing..

Selain tu korang kena menyusun tugas mengikut prioriti..tugas yang penting mesti dilaksanakan dahulu kemudian baru selesaikan tugas yang selebihnya..tapi ada satu yang korang perlu ingat semasa menyusun jadual; masa untuk diri sendiri..sesibuk manapun korang,jangan lupa untuk berehat..berehat itu memberi tenaga untuk melaksanakan tugas..

FOKUS

Kadangkala kita terpaksa melaksanakan dua kerja dalam satu masa..ini akan membahagikan fokus korang..akibatnya korang tak akan mendapat hasil yang memuaskan..cuba korang selesaikan satu persatu..sebab itulah pentingnya korang merancang jadual..

Melaksanakan dua kerja dalam satu masa jugak akan membuatkan korang stress..ini akan meyebabkan prestasi kerja korang bukan pada tahap yang maksimum..akibatnya,kualiti kerja tidak memuaskan..fokus dalam kerja akan membuatkan korang lebih produktif dan dalam keadaan neutral semasa meyelesaikan tugas..

HINDARI HALANGAN

Hah ini yang aku paling suka..aku tau korang semua ada facebook? siapa yang tak ada tu kira tipu la..nenek aku yang dekat rumah tu pun ada facebook..selalunya facebook ini yang menjadi halangan untuk korang buat kerja..bila buat kerja sikit,mula la bukak facebook..alasannya nak tengok ada notification ke tak..tak pun nak tengok status orang lain kemudian komen yang mengarut..apa kata korang tutup dahulu facebook atau apa-apa yang membuatkan korang lalai buat kerja..

Kalau bukan pasal facebook pun mesti pasal blog..tak sampai 30 minit buat kerja terus tengok ada komen ke tak..tak pun tengok followers ada penningkatan ataupun tak..kalau tak ada peningkatan ,kena blogwalking sebab nak naikkan trafik..akibatnya kualiti kerja macam sampah..

sekadar berkongsi..

Adik ipar Tony Blair masuk Islam


Adik ipar perempuan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair dilaporkan memeluk Islam setelah melawat kota suci Qom bulan lalu. Lauren Booth (43) adik kepada Cherie, isteri kepada Tony berharap keislaman beliau mampu merubah persepsi Tony terhadap Islam.


Penghijrahan Lauren kepada Islam bukanlah sesuatu yang berlaku dalam jangka masa pendek. Sebelum ini beliau bertugak untuk Press TV, sebuah stesen televisyen berbahasa inggeris di Iran. Lauren juga seorang yang vokal menentang penaklukan Iraq oleh tentera bersekutu. Beliau tetap lantang menentang pembabitan Britain di Iraq walaupun abang ipar beliau sendiri adalah sekutu utama George W Bush. Pada tahun 2008 beliau menyertai flotilla membawa bantuan ke Gaza dariCyprus. Seperti flotilla ke Gaza yang ditahan baru-baru ini flotilla yang disertai beliau juga dihalang dari menyampaikan bantuan ke Gaza.


Lauren dipetik berkata
"Ketika melawat makan Fatima al-Masumeh saya merasakan suntikan spiritual di seluruh tubuh saya. Ianya sesutu yang menggembirakan dan menyeronokkan"

Sekembalinya di Britain beliau terus memeluk agama Islam. Beliau kini berhijab , bersolat 5 waktu dan sedang berusaha membaca Al Quran. Selain itu beliau berhenti memakan babi dan sudah tidak lagi meminum arak selama 45 hari.



sumber:Daily Mail




Dapat hidayah ketika kunjungi masjid 

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun. 

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. 

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom. 

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. 
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. 

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. 

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin. 

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi 







sumber: Berita Harian

Sunday, October 24, 2010

Siapa yang nak suami pemurah?

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut.

Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . " "Hello?" "Abang, nie sayang nie," "Emmm... " "Abang masih ada di kelab lagi ke?" "Iya." "Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?" "Berapa harganya?" "Cuma $1500.00 aje" "O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2009 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price.lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu " "Berapa harga yang dia bagi?" "Cuma $280,000 ..." "O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi." "Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu.sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.cantik kan bang." " Berapa harga yang mereka minta?" " Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu." "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?" "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!" "Bye.I Love you too.

" Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone.sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut : "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Trip to Broga Hill!!

Selamat petang semua..apa kata petang ni kita bersenam sikit..petang-petang macam ni kena bersenam..baru badan sihat..jangan asyik tengok televisyen sampai makan keropok je..tapi senaman kita petang ni sedikit berlainan dengan senaman yang biasa orang lain buat..aku namakan senamna ni 'Senaman Mata'..

Sebelum tu aku nak cerita pasal pengalaman aku naik Broga Hill baru-baru ni..kalau nak tau dekat mana Broga Hill ni sebenarnya korang search dekat Google Maps..Terpampang sebesar alam kat mana Broga Hill..ketinggian Broga Hill ni lebih kurang dalam 1.7km..

Aku bertolak lebih kurang pukul 6.45 pagi dan sampai di kaki Broga Hill pada jam 7.00 pagi..lepas tu pendakian pun bermula..pendakian yang memakan masa selama 30 minit memang memberi pulangan yang memuaskan hati..

Cakap banyak tak guna..biar gambar sahaja yang berbicara..hah apa lagi? Jom senaman mata..sebenarnya inilah senaman mata yang aku cakap tadi..hehe








Aku tau  gambar aku tak cantik..kalau nak kutuk sila tinggalkan komen di bawah ye..boleh aku belajar lagi..tapi kalau nak puji simpan dalam hati...tapi ada ke orang nak puji?

Aku dah dapat idea! Yabedabedoooooooooo!

Dah lama kau tak update blog ni..subuk memanjang mengalahkan menteri..maklumlaa Bajet 2011 baru je diumumkan jadi aku kena la bertungkus lumus nak merealisasaikan Bajet 2011 tu..okay sesi mengarut hanya sampai distu..kita mulakan sesi serius..

Aku sebenarnya nak post entry baru tapi aku tak ada idea..apa kata aku cakap pasal politik..baru best sikit..nampak sikit aku ni jenis yang ambil tahu hal negara..tapi aku ni tak cukup umur lagi nak mengundi...alaaaa macam mana nak tulis entri pasal politik ni..nanti kalau salah cakap nanti masuk ISA pulak..tak nak la masuk ISA..aku muda lagi..kalau masuk nanti siapa nak update blog aku..mesti korang rindukan aku kalau aku tak update blog..(sedikit perasan disitu..hehe)
Aku nak tulis entri apa neh?
Hah!! Aku dah dapat idea..aku tak nak tulis pasal politik..aku dapat idea nak tulis pasal ciri-ciri seorang blogger cemerlang..yang ni aku yakin mesti ramai orang baca..semua nak jadi blogger cemerlang kan? Siapa yang taknak jadi blogger cemerlang angkat tangan? okay ramai angkat tangan...jadi aku kena post entry pasal blogger cemerlang la ni..eh eh tunggu kejap..aku  ni bukannye blogger cemerlang pun..sekadar blogger picisan je..mana layak nak post entry pasal blogger cemerlang..lain kali bila aku dah cemerlang aku post pasal  ciri-ciri blogger cemerlang k?sabar yeee...

Aku dah fikir masak-masak..kali ni aku tekad..malas tukar-tukar dah..aku nak tulis pasal fotografi..aku nak upload gambar-gambar yang aku pernah tangkap..kalau korang nak kritik,kritik la..aku tau korang semua tengah tension kan? Hah apa kata kalau korang lepaskan tekanan korang tu dengan mengkritik gambar yang aku tangkap? Mana tau boleh kurang sikit tekanan tu..korang nak kutuk gambar aku teruk-teruk pun kutuk al..aku tak kisah..aku buat tak tau je..aku tau aku bukan hebat pun..lagipun aku boleh tau apa kelemahan aku..Alaaaaaaa!! Ni yang aku bengang ni! Time aku nak upload gambar,time ni la pulak memory card aku rosak..tak boleh nak upload..kalau tak korang dah boleh kutuk dah gambar aku..aku mintak maaf ye korang semua...

Okay dah siap satu entry..hehe