Wednesday, September 8, 2010

Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.




Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.



Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran.

iznulmuazim cakap: blog ni akan sunyi buat beberapa hari..menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga ;)

Monday, September 6, 2010

Baju raya baru

Bila tiba hari raya je mesti semua orang beli baju baru..kadang-kadang sorang sampai 2-3 pasang baju untuk raya..kalau dekat shopping complex tu memang sesak la dengan orang yang nak shopping baju raya..time raya la pun shopping complex tu untung kaw-kaw punya..habis tu kalau seorang dah beli baju sampai 2-3 pasang untuk raya,tak ke kaya gila tu? Raya pertama pakai baju warna merah,raya kedua pakai baju warna biru,raya ketiga pakai baju warna kuning,raya keempat pakai baju warna putih..campur semua baju jadi la bendera Malaysia..hehe..
pakcik Google bagi gambar

Memang kita disunatkan untuk memakai baju yang baru ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri..baju baru basuh pun dikira baju baru kan? hehehe..tapi kalau yang pakai baju lama macam mana? adeh.dua tahun lepas pakai warna biru,tahun lepas pakai baju yang sama,tahun ni pun pakai baju yang sam jugak! hah macam amana tu?

Sebenarnya tak kisah pun kalau kita nak pakai baju yang lama..apa slahnya kalau kita pakai baju yang sama..baju jugak kan? lagipun selagi baju tu boleh pakai.kita pakailah..jangan membazir..kalau kat negara luar tu lagi la..sampai tak ada baju! sanggup ke korang tengok??(soalan cepu emas ni)..hehe

Aku masih ingat lagi sorang ustaz tu pernah cakap..pakai baju baru ni bukan bermaksud kita hanya perlu memakai baju baru secara fizikal sahaja..tapi secara batiniah pun kena ada baju baru jugak..kenapa aku cakap macam tu? Kita semua tahu yang Hari Raya disambut untuk meraikan kejayaan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan..Bulan Ramadhan ni bulan tarbiah..bulan untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah..bulan untuk kita mendidik diri kita ke arah yang lebih baik..jadi apabila kita berjaya mengharungi Ramadhan dengan sebenar-benar ketakwaan,jadi secara automatik kita memakai baju batiniah yang baru..diri kita menjadi lebuh baru..lebih baik dari sebelum Ramadhan..itupun kalau korang betul-betul mengahayati ramadhan la..hhehe

Kita ni sepatutnya berjimat la sikit dalam persiapan menyambut Hari Raya ni..jangan terlalu boros..jangan seronok nak sambut raya sampai korang lupa korang terpaksa berhutang..sambut dengan ala kadar je ;)


iznulmuazim cakap:makin besar makin tak kisah persiapan nak smabut raya 

Aku cukup TERSEKSA

Masuk hari ni dah dua hari aku tak tidur malam..maksud aku tidur dengan erti kata tidur yang sebetulnya..bukan hanya tidur sebagai syarat menjelangnya hari esok.

Ya! Aku memang terseksa..bukan setakat dua hari ni aku tak tidur tapi mula dari awal Ramadhan..rutin aku sama sahaja dari mula syawal sampai saat ini..malam seperti siang dang siang masih seperti biasa..hanya bulan yang membezakan siang dan malam..

Tuhan,aku tak dapat merasai nikmat tidurmu..andai ini ujian Engkau kepadaku,aku redha..aku yakin Engkau menguji hamba yang mampu menanggung ujian Engkau.

Sunday, September 5, 2010

Tips menjaga seluar jeans

Aku tau ramai kat sini yang suka pakai seluar jeans kan..aku pun minat jugak pakai jeans..sebab tu jin pun jeles ngan aku..hehe..jeans yang korang beli tu mesti harga ratus-ratus..korang pun sah-sah la sayang kat jeans korang kan..so aku nak kongsi la sikit cara-cara penjagaan jeans..

1.Basuh dulu jeans sebelum kelim @ potong- seluar jeans ni biasanya akan mengecut sikit dari saiz sebenar lepas dibasuh..jadi korang basuh dulu jeans korang tu sebelum potong & kelim seluar tu..ni untuk mendapatkan saiz sebenar jeans korang..kalau korang potong sebelum basuh takut tak tepat plak potongan tadi..



2. Basuh jeans secara terbalik - ini untuk mengekalkan warna pada jeans tersebut. Dan sebaik2 nya, basuh jeans secara berasingan pada basuhan pertama kali.


3. Jangan gunakan dryer untuk keringkan jeans - sebaiknya hanya gunakan kaedah towel dry atau gantung tanpa terlipat (gunakan penyepit baju) untuk mengelakkan mana2 bahagian jeans berlipat.

3. Jangan terlalu kerap basuh jeans- ni untuk penjagaan tekstil jeans korang..biar sampai bau masam sikit baru basuh..haha

Bukan susah mana pun kan? lain la kalu jaga kain sutera.. tapi kalau yang sibuk macam aku ni hantar je dobi..hehe

RAKAN BLOGGER

Aku teringat lagi waktu dulu-dulu masa pergi sekolah aku pakai kasut jenam Canggih..kasut putih..tiap-tipa minggu kena letak kapur..bila pergi sekolah hari isni rasa macam bangga gila sebab selalunya kasut aku paling bersih..hehe..tapi bersih sekali bukan bererti bersih selama-lamanya..hehe..hari rabu mesti kotor gila kasut aku.

Kenapa pulak aku tiba-tiba cakap pasal kasut canggih ni?.Sebenarnye aku nak kenalkan korang kepada blogger baru..dia ni sebenarnya senior aku masa kat sekolah dulu..singgah-singgah la blog dia okay..kalau nak baca blog dia sila klik di satu duaa dan tigaaa =)