Saturday, August 21, 2010

Kelebihan Ramadhan


1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan.Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datangsesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.
gambar hiasan



Boooooooommmmmm!!!!!!



Tak sangka kan dah 11 hari kita berpuase..rasa macam sekejap sangat kita dah nak menghampiri pertengahan bulan Ramadhan..teringat zaman-zamna kecik dulu..setiap kali puase mesti ada bunga api ngan mercun..selalunye menber2 aku mesti jeles kat aku sebab aku banyak mercun..then diorang pun mintak sikit kat aku..aku neh dah la kedekut so aku tak bagi la kat diorang..mula la bergaduh..lepas tu buat geng masing-masing..bila dah buat geng masing-masing mesti gaduh ramai-ramai..tapi bukan bertumbuk la..kami berperang antara geng..senjatanya mercun yang ada kat tangan masing-masing la..bila diingatkan balik dah macam perang betul-betul lak..hehe..
mercun neh kira biase2 je..hehe


Bila dah masuk sekolah menengah lagi best..kat belakang asrama aku tu ada tanah lapang..so jadi port kami main mercun la..tapi bila dah bosan main mercun kami main meriam tin plak..so kami pun kumpul duit beli karbaid..kalau nak bunyi meriam tu kuat nisbah campuran air denagn karbaid tu mesti betul..baru bunyi boooooommmm! selalunye akan ada tukang campur karbaid dengan air,lepas tu tukang nyala sumbu,tukang setting tin..tukang ushar line pun ade!haha..tapi selalunye sape yang jadi tukang ushar line neh tak best sangat sebab tak dapat tengok orang bakar nyala meriam.. tapi tukang ushar line neh la yang paling penting pun sebab tugs die untuk tgk kalau-kalau ada warden datang ke tak..warden yang paling top dulu kalau wat serbuan Cikgu Pasli..perkataan serbuan tu macam polis plak kan..hehe..masa yang paling sesuai nak main meriam neh waktu subuh la..selalunya kami main hari jumaat dengan sabtu sebab esoknye tak ade kelas..lagipun warden selalunye balik kampung time neh..hehe..Alhamdulillah la selama kami main tu tak ade ape2 yang buruk jadi..bila dah habis main tu kami kejut plak membe-membe bagun sahur..so lepas kejut tu kami pun lepak kat DS(dewan makan)..sampai la subuh.


Gambar hiasan

Bila kita kenang balik rasa rindu nak kembali ke zaman sekolah kan ;)  masa yang paling indah untuk dikenang adalah masa sekolah..




AHLI KELAB MERIAM TIN

syed

yen

amnan

ammar


syahmi


amir zainol

paan

zulhusni

=)

Which one are you?

Lots of people want to ride with me in the limo but i want is someone who will take the bus with me when the limo break down

Kawan masa senang mudah dicari
Kawan masa susah sukar dicari

Which one are you?
    -kawan masa susah
    -kawan masa senang
    -kawan susah senang

Friday, August 20, 2010

L . I . F . E


 I hate mercenary!
hey you! go to hell la!
Take your money  and get lost!


awak! pssssttt! nak bisik jap!



1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5

2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8

3- nk taw ekh?erm,bce NO 9

4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15

5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16

7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?

9- tak payah la b'debar2 cm2..cme bce jap NO 18

10- Blom lg la..bce NO 19 ye..

11- da pnt ekh? Bce jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp klu⿦.(ah bce no 3 la)

13- tgl cket jek lg bce NO 20

14- argh,pnt neh..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6

16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12

17- ades,nk ckp neh..bce NO 7

18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..

20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k.



-mood study tolonglah datang...pliiiiiiissss!

which one?





when family are like stranger and stranger are like family


which one you choose? FAMILY or STRANGER

First born

Assalamualaikum


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Weeyhhh! Dah lama aku tak menulis =) Agak kekok  la bila aku start balik ber'blog' neh..Sebenarnye dah lama aku nak mula balik tulis blog tapi disebabkan kekangan masa so aku stop dulu la niat tu. Dulu sebenarnye aku dah ada satu blog tapi aku da delete blog tu.Nama blog aku dulu sama gak ngan nama blog neh. Esensi Implisit & Eksplisit. Entah kenapa aku tertarik dengan nama blog neh..hehe..Tapi ramai yang tanya apa maksud nama blog neh sebenarnye..Okay! Aku akan terangkan secara literal dan konseptual..Secara literalnya 'esensi' tu membawa maksud inti,implisit tu plak maksudnye secara langsung dan eksplisit tu maksudnye secara tidak langsung..Dari segi konseptual pulak Esensi Implisit & Eksplisit mendukung makna luahan hati aku yang terlahir dari secara langsung atau sebaliknya =) 

Aku akan isi blog aku neh dengan semua aspek..Tak kira la pasal peribadi ke,isu semasa ke,luahan perasaan ke,pendapat ke or ape2 yang aku rasakan perlu untuk aku luahkan..Maknanye sesetengah entry aku akan guna bahasa baku dan sesetengah yang lain aku akan guna bahasa santai macam yang aku guna sekarang..Sebenarnye aku akan menulis blog ikut cara aku sendiri..biar blog aku neh ada identiti dia tersendiri..Dikenali oleh blogger lain disebabkan identiti dia tersendiri..Aku xnak blog aku neh terikut-ikut dengan cara penulisan blog lain.


Aku sebenarnye dalam proses nak meng'upgrade'kan lagi blog aku neh..so buat masa neh,ini saje yang mampu aku buat untuk blog neh..Sebab aku sekarang amatlah sibuk..sibuk sesibuk-sibuknye..Tapi aku akan cuba la untuk meluangkan masa aku bersama 'Mr Blogspot' neh ;) so aku mintak maaf la sebab blog aku neh blum cukup cantik..*boleh ke blog aku neh cantik? SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI


Kalo boleh aku nak la jugak buat majlis perasmian blog aku neh..Aku nak wat majlis perasmian panggil pemimpin mane2 then potong reben ke..hah baru la grand sikit kan =p Xpun wat majlis pulut kuning ke..hehe..Iznul! Da2 cukup la mengarut~


=)