Friday, October 15, 2010

Manusia makhluk pelik

Manusia ni macam-macam rgam dan perangai..perangai manusia ni subjektif..kadang-kadang kita tak dapat jangka..dalam sekelip mata pun boleh berubah..hari ni cakap lain,esok cakap lain pulak..siapa tahu kan?

Kalau dah nama pun manusia,memang tak terlepas daripada perasaan tak puas hati..bagi betis nak peha,bagi peha nak benda lain pulak..bila kita dah ikut apa yang dia nak,benda lain pulak dia mintak..bila kita buat jugak benda tu,benda lain lagi yang dia mintak..akhir sekali,bila nak berhenti kehendak manusia ni? haish! manusia oh manusia..pening kalau kita nak fikirkan balik..

Kadang-kadang,kebahagian diri sendiri pun tergadai sebab nak penuhi kehendak orang lain..tapi kalau dah sayang,kebahagian diri sendiri diletak kat tepi..kebahagiaan diri sendiri jadi perkara nombor dua..kebahagiaan orang yang kita sayang tu jadi nombor satu..kebahagiaan orang yang kita sayang tu jadi keutamaan..bila pulak kebahagiaan diri sendiri jadi keutamaan? kebahagiaan diri sendiri jadi keutamaan bila kehendak orang yang kita sayang dipenuhi..bila pulak kehendak tu nak dipenuhi? Sampai mati pun belum tentu dipenuhi..kerana manusia tak pernah puas..

Akhirnya senyum tawar terukir dibibir..ya,kita bahagia bila orang yang kita sayang bahagia..senyum itu tetap di situ..suka atau duka

Thursday, October 14, 2010

Bila dah terlalu hebat edit gambar

Jangan jadi macam orang yang edit gambar ni..
bakat ada tapi guna ke jalan yang salah

Kalau dah hebat sangat edit gambar tu jangan la sampai menjatuhkan maruah orang lain..kalau dah hebat sangat guna la bakat tu untuk jalan yang baik..tengok Kukubesi Manipulasi..diorang ni la yang edit gambar perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar..cantik tak? cantik kan..Jangan jadi macam orang yang edit gambar kat atas ni ye..menjatuhkan maruah orang lain namanya tu..hukumnya berdosa tau! Errr....boleh tak edit otak diorang ni bagi waras sikit?

Gambar yang diedit oleh KUKUBESI MANIPULASI

Saya geram, saya tension, saya gigit anak saya

PUTRAJAYA: "Saya geram, saya tension, saya gigit anak saya," kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang hari ini supaya dikenakan hukuman ringan selepas mengaku mendera anak perempuannya yang berumur tiga bulan. 

M Zaire Zulkapli, 24, dari Jempol, Negeri Sembilan, memberitahu mahkamah dia bertengkar dengan isterinya selepas wanita itu enggan memenuhi permintaannya supaya mengisi air dalam botol.


Ditanya Majistret A Akhiruddin mengapa dia sendiri tidak mengisi air ke dalam botol, tertuduh yang juga seorang peniaga, hanya berdiam diri.


Ketika merayu hukuman ringan, Zaire memohon maaf atas perbuatannya itu. 

Akhiruddin kemudian menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan ke atas tertuduh yang berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 6 Oktober lalu. 

Zaire didakwa menganiaya dan mendera Noor Hafizah Ezaty sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di rumahnya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada 7 malam, 29 September tahun lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun, Noor Hafizah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kritikal untuk pemeriksaan selepas bapa saudara bayi itu menyedari anak bongsu pasangan berkenaan menangis berterusan di pangkuan ibunya. 

Pemeriksaan perubatan mendapati kanak-kanak itu mengalami pendarahan di bawah mata kanannya, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan. - BERNAMA 



sumber:Berita Harian

iznulmuazim cakap: bapa macam ni patut kene campak dalam laut je...

Wednesday, October 13, 2010

Jenis-jenis gambar profil dalam facebook

Aku sebenarnya tengah buat kajian soalan yang bakal keluar dalam exam final aku..tapi disebabkan aku tengah buat kajian depan laptop jadi kajian aku sedikit menyimpang..daripada buat kajian pasal soalan baik aku buat kajian pasal facebook..senang sikit..hehe

Aku mula terfikir nanti masa aku tahun tiga aku nak buat kajian pasal Facebook la..senang sikit..sumber pun banyak..disebabkan kajian aku dah menyimpang tadi jadi aku teruskan dengan kajian mengenai facebook..instrumen aku adalah gambar profil pengguna facebook...objektif kajian adalah bla bla bla......aku dah bahagikan gambar pofil pengguna facebook kepada beberapa bahagian..jom kita tengok dapatan kajian aku..heeee

1.Gambar candid

Kebanyakan gambar profil dalam facebook ni aku tengok kebanyakannya adalah gambar candid..selalunya gambar ni ditangkap oleh kawan-kawan korang..lepas tu korang edit sikit buang jerawat la,bagi nampak putih sikit la,adjust tone sikit,last sekali korang letak vigenetting..lepas korang dah puas hati baru korang jadikan gambar profil..gambar macam ni memang selalu kita dapat lihat..dah jadi macam kebiasaan..



2.Gambar dengan kapel masing-masing

Gambar macam ni pun banyak jugak kita dapat tengok..gambar dengan pakwe/makwe kat shopping complex ke,kat taman bunga ke,kat tempat boling ke..lepas tu gamabar ni edit letak love sikit..satu kat penjuru atas,satu kat penjuru bawah,lagi satu kat tengah-tengah antara muke pakwe/makwe masing-masing..kalau gambar tu tak nampak muka kalep tu mesti nampak gambar dua tangan yang yengah berpegangan..masa ni gambar tu memang rasa sweet sangat..tapi bila dah break nanti korang perasaan sweet tu hilang..masa ni korang akan semakin menyampah bila tengok gambar tu..


3.Gambar dengan kawan

Gambar macam ni pun banyak jugak aku tengok..memang biasa sangat..bila korang letak gambar macam ni akan ada lelkai yang komen.."eh comelnya..nak kenal boleh? tapi bukan dengan wak tapi orang sebelah awak tu"..pengajarannya disini korang kalau nak letak gambar kawan korang tu,korang letak siap-siap caption kat bawah gambar..'kalau nak berkenalan,berkenalan dengan dua-dua sekali..berkenalan dengan salah sorang adalah dilarang'

4.Gambar depan cermin

Hah gambar macam ni pun banyak jugak..mangsa untuk gambar macam ni adalah cermin-cermin besar kat toilet shopping complex..bila tengok gambar macam ni akan nampak la backround tandas yang tak ditutup pintunya..cantik tak background tu? Alah orang bukan ambik kisah pun background tu cantik ke tak..asalkan muka hensem cukup la kan? dulu aku pun ada jugak tangkap gambar depan cermin ni..tapi bikan dlam toilet la..tapi dalam fitting room..best sikit..bary nampak macam baru lepas shopping..kalau tangkap kat depan cermin tandas itu menunjukkkan kita baru lepas buat apa eh? hehe..sekarang wujud trend baru tapi ni melibatkan cermin jugak..kalau dulu orang selalu guna henpon tapi sekarang maju sikit..diorang tangkap guna DSLR depan cermin..cermin yang jadi mangsa? semestinya side mirror kereta..subjek gambar tu? subjeknya bukan manusia tapi DSLR tu sendiri..



5.Gambar yang tak ada kena mengena dengan tuan punya profil

Contoh bagi gambar profil macam ni adalah gambar kartun tak pun gambar pelakon korea..diorang ni akan letak mana-mana gambar pelakon korea/jepun yang cute dan comel..hari ni kita tengok gambar orang lain lepas tu esoknya orang lain pulak..kalau tak letak gambar pelakon diorang ni akan letak gambar kucing yang comel..tak pun baby yang comel..aku pernah terbaca satu artikel..dalam artikel tu kata nanti kalau nak anak yang comel kena selalu tengok muka yang comel..kalau tengok gambar kucing yang comel macam man pulak ye?



Banyak lagi jenis gambar pofil ni tapi lain kali pulak aku sambung ye...semua gambar diatas diambil dari pakcik Google..tak ada kena mengena dengan kawan aku kat facebook..

soalan cepu emas..gambar profil aku neh jenis apa pulak ye?

Keadaan daging burger McDonald selepas 6 bulan

Petang-petang macam ni memang terasa lapar..kebetulan pulak membe aku bawak balik nasi berlaukkan ayam goreng ala-ala KFC..haish ni memang dugaan..terliur aku dibuatnya..tapi apa barang makan nasi kan? makan McDonalds baru best..hehe..

Kebetulan pulak aku baru baca dekat Yahoo News pasal satu kajian yang dilakukan oleh seorang wanita di U.S..nak tau apa yang wanita ni buat? Wanita ni beli satu set Happy Meal di McDonalds kemuadia burger tersebut dibiarkan selama 6 bulan diatas rak di dapurnya..setiap sepuluh hari gambar akan diambil..

Yang menariknya tak ada sebarang kulat pun kat daging tu..yang berubah cuma warna dagng tersebut..Daging tersebut berubah menjadi hitam dan sedikit keras..

Jom tengok gambanr yang aku ambik dari Flickr











kalau nak tengok lebih jelas klik sini

Apa yang korang fikir bila daging macam ni tak reput? Mula-mula aku terfikir jugk ni mesti pakai bahan pengawet..tapi jurucakap McDonald telah menghanter emel kepada wanita tersebut:
"McDonald's hamburger patties in the United States are made with 100% USDA-inspected ground beef," Riley wrote. "Our hamburgers are cooked and prepared with salt, pepper and nothing else -- no preservatives, no fillers. Our hamburger buns are baked locally, are made from North American-grown wheat flour and include common government-approved ingredients designed to assure food quality and safety. ... According to Dr. Michael Doyle, Director, Center for Food Safety at the University of Georgia, 'From a scientific perspective, I can safely say that the way McDonald's hamburgers are freshly processed, no hamburger would look like this after one year unless it was tampered with or held frozen.'"

Jadi korang fikir betul ke tak diorang tak pakai pengawet? kalau nak baca yang lebih lanjut baca sini



Teknik nak cover malu

Aku tau korang semua pernah ada pengalaman malu dean orang ramai kan? Jom aku ajar sikit macam mana nak cover malu korang tu..aku tulis berdasarkan pengalaman ni..hehe




1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehinggaberkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawandengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengansuara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadapkebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupuntiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantuanda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelahanda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?

Tuesday, October 12, 2010

Kisah 3 sahabat

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka
kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan
cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan
diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah
yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2
beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu
kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut
kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau
kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam
lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat
epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan
diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara
yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat
mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!!
LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah
besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak
Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2
Budin balik bawak durian 10 bijik".

Lengan kiri saya hampir hancur

Bukan lengan aku yang hancur..kalau lengan aku yang hancur macam mana aku nak tulis entri baru ni..hehe..aku terbaca ni dalam Berita Harian online tadi..memang ngeri..ni kisah mangsa kemalangan yang berlaku pada 10.10.2010 yang lepas..ni yang buat aku takut nak balik naik bas ni..kena tempah tiket flight awal-awal la macam ni..hehe..

Penuntut UM hanya dengar jeritan, tangisan minta tolong selepas bas terbalik 

SEREMBAN: “Apabila sedar, saya berasa lengan kiri sangat sakit dan terkejut apabila mendapati ia hampir hancur berlumuran darah dan dipenuhi kaca tingkap,” kata Nurnajlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin.

Dia yang sebelum itu tertidur berkata, tidak mengetahui punca kecederaan, tetapi percaya disebabkan tersepit pada kaca tingkap bas yang terbalik.

Pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Komputer Universiti Malaya (UM) itu berkata, dia terpaksa menggagahkan diri keluar daripada bas yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri. 

“Ketika itu, keadaan huru hara dengan jeritan dan tangisan meminta tolong. Saya yang masih bingung kerana impak kejadian itu tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling dan hanya risaukan tangan saya. 

“Apabila berada di tepi jalan, baru saya sedar kemalangan itu sangat teruk dan ramai yang parah, selain melihat beberapa mayat bergelimpangan,” katanya yang turut cedera pada muka dan kepala akibat terkena serpihan kaca. 

Sementara itu, pelajar kolej swasta, Tew Chi Ling, 18, berkata, dia sedang mendengar pemain MP4 apabila bas tiba-tiba bergoyang kerana cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan. 
“Saya terkejut dan terasa seolah-olah bas melayang sebelum terhempas dan mendengar dentuman kuat. Selepas itu, saya sedar sudah berada dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Saya dengar ada orang meminta saya keluar segera,” katanya yang cedera ringan. 

Mereka ditemui ketika lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Ketua Pengarah JKJR, Datuk Sureet Singh dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). 


sumber:Berita Harian

TERJAH BLOG: Belog hakimy

Korang dah tengok belum aku punya header? Hebat tak? Sebab tu aku tulis blog terhebat di Malaya..hehe..nak tau siapa yang buat header aku ni? Dia ni hebat jugak dalam editting ni..sebab tu slogan blog aku ni blog terhebat Malaya..nak tau siapa pereka header blog aku? Jom kita terjah!



iznulmuazim cakap: Terima kasih ye..

Ben Ashaari Blog

Kenal blog Ben Ashaari? Ala blog yang best tu..setiap entri dia mesti memberi 'sesuatu' kepada pembaca..suatu hari nanti aku nak jadi macam dia la..tapi bila tu aku pun tak tau la..

Kebetulan hari ni dia ada buat satu segmen iaitu 'Milik Siapakah Header' ini..nak join? senang saja..cuba korang masuk blog dia..


Blog aku mengalami perubahan

Korang nampak tak perubahan yang berlaku dalam blog aku ni? Sebenarnya aku baru je tukar banner blog aku..cuba korang tengok kat atas tu? Nampak tak?

Aku dah agak dah korang akan tanya aku satu soalan..kenapa aku  letakkan 'Blog Terhebat Malaya' kan? Aiseh macam aku ni hebat sangat la pulak..sebenarnya aku bukan berniat nak berbangga ataupun riak..ada sebabb aku buat macam tu..aku cuba nak wujudkan unsur-unsur 'havoc' dalam blog aku ni..walaupun tak ada pun sebenarnya unsur tu tapi bila tengok nama pun orang dah tertarik..

Aku akan cuba menaikkan taraf blog aku ni sejajar dengan nama blog aku..secara tak langsung itu sebagai motivasi untuk aku menaik taraf blog aku ni..kalau korang perasan aku punya blog ni ada tema berdasarkan kepada banner dan layout aku..tema apakah itu? Korang fikir la sendiri ye..hehe

Jom larikan mata korang kat sebelah kanan blog aku ni..aku baru je tambah segmen banner blog..jadi sesiapa yang nak bertukar banner blog korang silah tinggalkan komen untuk entry ini ye..boleh la kita bertukar-tukar banner untuk diletak di blog aku nanti..

Aku harap korang suka dengan perubahan blog aku ni..sekali-sekala tukar selera apa salahnya kan? Terima kasih atas sokongan korang selama ni..

iznulmuazim cakap: nak tau siapa yang reka banner aku ni? Tunggu entri seterusnya..

Perindu di perantauan

Aiyak! Dah lama aku tak update blog ni..dah berkurun..sampaikan kawan aku pun tegur kenapa aku dah lama tak post entri baru..terima kasih ye kawan-kawan =)

Aku sebenarnya sibuk sangat kebelakangan ni..tak lama lagi aku ada exam..aku baru dapat jadual semalam..nasib baik la tak padat sangat exam aku kali ni..kebelakangan ni aku memang tak ada masa nak update blog..cuma kali ni je aku ada masa..disebabkan aku macam kusut je malam ni jadi aku tulis la blog..hehe..

Hari ni sebenarnya aku kena buat pendaftaran awal untuk semester depan..kawan aku pulak ajak aku daftar subjek penulisan skrip..memang aku angkat tangan serah diri awal-awal la kalau macam tu..aku memang malas nak menulis ni..tapi kalau blog okay la..nak tau apa yang kau masuk? Aku masuk fotografi..macam best je aku rasa..hehe

Bila tak boleh tido malam-malam ni aku mula la nak tangkap mood 'blues' sikit..tetiba pulak rasa rindu kat family aku..tapi disebabkan aku ni sedang berjuang di perbatasan hidup maka aku pendamkan aje..wallaweyy!! ayat tangkap feeling tu..

family terchenta 
rindu si kecik ini juga
Aku malu nak mengaku ni..perlu ke aku bagitau? alaaa tak payah la..malu la..okay-okay aku bagitau..sebenarnya aku homesick..hehe *tutup muka*

Seorang lagi yang dah lama aku tak jumpa dan aku rindu adalah Najwa Shariff..tak kenal dia ni? Kalau tak kenal klik sini..aku panggil dia cik tembun..haha..nak tau apa yang dia panggil aku? Tanya la dia...lalalalalala~

aiyark! Bila mau ketemu?

Sunday, October 10, 2010

Apa yang korang patut tulis dalam blog korang?

Hari ni bangun-bangun je tido aku terus blogwalking..kira bersenam la tu kan? Tak bersenam secara fizikal tapi kira bersenam otak la tu..boleh kita tambah ilmu masa blogwalking..

Bercakap pasal tambah ilmu ni aku nak tanya apa sebenarnya yang korang tulis dalam blog korang?
Bagi aku blog ni terbahagi kepada beberapa jenis..ada blog parenting,ada blog masakan,ada blog pasal peribadi..macam-macam blog lagi ada..

Tapi apa yang sepatutnya korang tulis dalam blog korang? Bagi aku korang tulis la apa yang korang nak tulis..Dah namanya pun blog korang kan,jadi hak korang la nak tulis apa...tapi pastikan korang menyampaikan sesuatu yang berfaedah kepada pembaca la..kalau korang luahkan perasaan korang pun masih memberi 'sesuatu' kepada pembaca..takkan kita nak tulis sesuatu yang tak 'berisi' kan..macam tak best la pulak nak baca t..kalau entri korang pasal lawak pun mesti ada sesuatu yang memberi pengajaran kepada pembaca..aku teringat apa yang cikgu aku pesan masa aku kata aku ada tulis blog..dia kata "kamu jangan cari populariti murahan dalam blog kamu..populariti murahan ni maksudnya entri yang tak memberi 'sesuatu' kepada pembacanya"..

Buat pembaca pulak,,kalau korang tak suka baca sesuatu blog tu,jangan kutuk penulis blog..penulis blog tu ada cara dia yang tersendiri..kalau korang tak suka baca sesetengah blog sila klik tanda pangkah di penjuru atas sebelah kanan ye..lepas tu pegi ke blog orang lain pulak..blog ni sebenarnya boleh jadi medium untuk kita menambah ilmu..

iznulmuazim cakap: aku pun tak hebat sangat dalam dunia blogging ni..aku pun masih dalam usaha nak belajar..tapi tak slah kan kalau kita nak berkongsi ilmu yang ciput ni? =)

Laporan kaji cuaca

Aku tau hari ni ramai yang nak mendirikan rumah tangga kan? Bagi sesiapa yang nak mendirikan rumah tangga tu persiapan kena lengkap..kalau tak nanti apa yang korang rancangkan tak menjadi..jadi jom aku tolong korang untuk ramalan kaji cuaca..nanti kalau tiba2 hujan masalah pulak nanti kan..

ramalan kaji cuaca untuk seluruh dunia
Hari ni mesti banyak kenduri kahwin..tapi jangan lupa saudara kita dekat Gaza tu menderita..Peace no war!




Gambar diambil dari blog Faisal Tehrani

Jejaka pujaan Malaya korang sudah berpunya!

Yes! ni yang suka ni..rasa lega je..buat gadis-gadis di luar sana,korang dah tak ada peluang..mulai sekarang korang kena lupakan angan-angan korang tu..jejaka pujaan Malaya korang tu dah berpunya..

Aku ke jejaka pujaan Malaya tu? Eh tak la..aku ni tak  hensem pun..tak tinggi macam jejaka pujaan korang tu..bukannya metroseksual pun..tapi aku ni boleh la cari makan dengan muka aku ni..cukup ye iznul..jangan nak naikkan saham anda disini

Laaaaa....korang masih tak tau lagi ke siapa jejaka pujaaan Malaya tu..nama dia Mohamad Iznul Mua'zim..haha..mesti terkejut kan? Bukan la..jejaka pujaan malaya yang aku maksudkan ni Dato' Dr Sheikh Muzaphar..beliau akan melangsungkan perkahwinannya esok..jadi buat gadis-gadis diluar sana jangan sedih tau..banyak lagi lelaki lain..hehe

Aku pun tertraik dengan perkahwinan Angkasawan kita ni..aspek yang aku paling tertarik adalah gambar Pre-Wedding yang telah dibuat oleh Kukubesi Manipulasi bersama Adinang..kalau korang nak tengok gambar diorang cuba klik kat sini..memang menarik..korang akan rasa macam perkahwinan fantasi..

Apa-apa pun kita doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat..


aku dapat ni dari internet..siapa lah aku ni untuk dijemput..hehe