Friday, October 22, 2010

wasiat terakhir

kehadapan rakan-rakanku yang ku sayangi dan ku rindui.. 

Apa khabar kalian disana? Semoga sihat hendaknya bersama-sama nota..aku mendoakan kesejahteraan kalian bersama-sama nota..mungkin ini perutusan ku buat kali terakhir..selepas ini aku diharuskan untuk berjuang..kali ini giliranku untuk berjuang di medan Geologi asas..Entah apa nasibku disana nanti..kerana aku hanya dibekalkan dengan senjata batu-batuan..kini,batuan endapan,batuan igneus,batuan metamorf menjadi bekalan ku.. 

Cuma satu pesanku..jika aku ditakdirkan gugur di medan peperangan taburkanlah bunga di pusaraku..janganlah rakan-rakan letakkan batu nisan yang diperbuat daripada batuan metamorf di pusaraku kerana batuan metamorf akan mengalami perubahan tekstur,ciri-ciri dan sifat..aku khuatir batu nisan aku berubah menjadi batu seremban 


sampai  disini sahaja..salam sayang dan cinta kepada laut..
(Leftenan Muda Mohamad Iznul Mua'zim)
Rejimen Aquatroopers

Thursday, October 21, 2010

Jersi kelab Liverpool musim depan


Aku baru dapat maklumat daripada sebuah blog pasal design jersi Liverpool musim depan..aku rasa design ni memang sesuai dengan kelab ni..mungkin lepas ni akan banyak lagi penaja yang akan menaja kelab ni..kalau korang tengok nama penaja depan jersi ni pun korang dah tau kehebatan diorang..dah boleh mula cari jersi ni untuk dibeli!



sumber dari Adijaya..salah seorang yang komen di sokernet

Aku dah putus asa nak berblogging!

Dulu memang aku rasa putus asa tapi sekarang tak la..sekarang rasa ketagih! Pernah tak korang rasa macam dah putus harapan nak tulis blog? aku tau setiap blogger mesti pernah alami benda macam ni..dah jadi kebiasaan..aku yakin blogger yang terkenal sekarang pun diorang ni pernah rasa putus harapan nak tulis blog ni..sebab tu la kejayaan diorang sekarang ni lebih manis..kalau dulu diorang pernah rasa kecewa,pernah rasa putus harapan,pernah rasa sia-sia,sekarang diorang dah dapat apa yang sepatutnya diorang dapat..iaitu kejayaan..

Aku pun masih baru dalam dunia blogging ni..kalau nak diumpamakan bayi baru lahir tu,aku ni macam baru lahir semalam je..kulit pun merah lagi..mentah lagi..apa yang aku perlukan adalah pertolongan dari orang yang lebih berpengalaman..perlu diajar,perlu dibimbing,perlu ditegur..bukan aku sahaja tapi ramai lagi blogger yang baru..

Selalunya apa yang mebuatkan blogger baru ni putus harapan nak berblog? Berdasarkan pengalaman aku masa aku tulis blog aku  yang lama,faktor yang buatkan aku putus harapan adalah follower..itu dulu..dulu aku rasa macam blog aku tak dapat perhatian pun..tapi bila aku dah tulis blog aku sekarang ni,baru aku tau apa yang aku nak bila berblogging..aku nak kepuasan..kalau dulu aku tulis blog,aku nak banyak follower..mungkin itu kesilapan aku..aku belajar dari kesilapan..

Sekarang aku sedar yang berblogging ni kena ikhlas..kalau korang berblogging setakat nak banyak follower,nak banyak komen dalam setiap entry, baik korang fikir balik apa tujuan korang berblogging..kalau setakat nak jadi terkenal,lupakan jela..aku nak tulis panjang-panjang pun aku tak tau..aku ni belum cukup ilmu lagi dalam dunia blogging ni..

Wednesday, October 20, 2010

Dah maju ke? kalau dah maju takkan rosak kot..


Korang dah baca entri aku yang sebelum ni pasal kemajuan Melaka membina monorel? Kalau tak baca lagi klik sini 


MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.
Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

sumber:UTUSAN

Menu baru McDonald's

Malam-malam macam ni lapar McDonald la pulak..kalau dapat makan McD masa ni memang best ni..kebetulan pulak McD ada menu baru..boleh la ku cuba..aku tau korang pun tak pernah cuba menu baru ni..nak cuba? Jom kita tengok apa menu baru McD ni..




Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)
Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?



Rock bebeh!

Melaka dah ada monorel!

Fulamak! Melaka dah ada monorel sendiri..dah kira sama taraf dengan Kulala Lumpur la ni..Ketua Menteri Melaka baru sahaja merasmikan monorel ini..pembinaan monorel ini membabitkan kos sebanyak RM15.9 juta..

Landasan monorel ini dibina sepanjang 2km selari dengan Sungai Melaka..Monorel yang mampu menampung kapasiti sebanyak 22 orang penumpang ini mampu untuk menari pelancong ke negeri itu..lepas ni kalau cuti sekolah memang akan sesak la negeri Melaka ni..kalau dulu pun dah sesak sekarang ni apatah lagii

Dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala kanak-kanak akan dikenakan bayaran sebanyak RM2..

Kerajaan Melaka memang komited dalam meniktaraf fasiliti di negeri diorang..kehebatan Menara Taming Sari pun masih menjadi buah mulut tapi kerajaan telah menambah satu lagi produk pelancongan kat negeri Melaka..jadi korang boleh la mula rancang kalendar percutian korang untuk cuti ni..jagan lupa letak Melaka dalam kalendar percutian korang!






Diharapkan dengan pembinaan monorel ini mampu menarik pelancong ke negeri Melaka..ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negeri Melaka sebagai negeri maju menjelang 2010

Walaupun tua tapi masih 'kuat'

Korang tengok ni..umur dah tua pun ada semangat lagi nak study..tapi kalau masuk musim exam aku tak dapat bayangkan macam mana pak cik ni bila stress..aku tengok member aku yang muda pun tak dapat nak kawal stress..inikan pulak pak cik ni..

GUWAHATI, (India): Seorang lelaki India yang akan berusia 100 tahun telah mendaftar masuk di universiti dan mendakwa tiada istilah lambat untuk menuntut ilmu.
“Tiada batasan umur untuk menuntut ilmu,” kata Bholaram Das (gambar), pesara hakim sejak 39 tahun lalu di timur-laut bandar Guwahati. Das akan melanjutkan pengajian doktor falsafah dan melakukan penyelidikan mengenai peranan desa kelahirannya dalam perkembangan agama Hindu.

Das yang mempunyai lima anak lelaki, seorang anak perempuan, 10 cucu dan seorang cicit dilahirkan pada 16 Oktober 1911 ketika India masih menjadi koloni British mencecah usia 99 tahun hujung minggu lalu.

“Saya sudah menjalani kehidupan yang sungguh bermakna selama hampir 100 tahun. “Saya sudah menjadi guru, membabitkan diri dalam politik dengan menyertai parti Kongres pada 1945, menjadi peguam kemudian magistret dan bersara sebagai seorang hakim pada 1971,” kata Das.

“Jarang sekali ada pelajar universiti berusia 100 tahun di mana-mana pun dalam dunia ini,” ujar Naib Canselor Universiti Guwahati, Okhil Kumar Medhi. - AFP

Teori konspirasi homoseksual

Korang semua mesti pernah baca akhbar tempatan kan? kalau korang tengok balik kebanyakan berita yang ada dalam tempatan ni mesti berkait pasal seks..aku pun tak tau kenapa..muak jugak kadang-kadang..mungkin nak tingkatkan bilangan pembaca kot..nama pun akhbar tabloid kan..


Baru-baru ni ada sebuah akhbar di Uganda,Rolling Stone mengeluarkan senarai 100 orang yang mengamalkan aktiviti homoseksual di muka depan akhbar diorang..yang menariknya,akhbar ni menyeru supaya gay ni digantung sampai mati..ada satu kes dimana seorang daripada gay ni telah dibaling dengan batu oleh jiran dia sendiri..setakat ni 4 orang telah diserang dan sebahagian besar yang lain telah melarikan diri..

Artikel dalam akhbar ni jugak mengatakan bahawa golongan gay di Uganda ni menghidap penyakit yang berbahaya kepada umum..bilangan golongan ni jugak dikatakan hampir 1 juta orang dan diorang ni  sedang merekrut pelajar-pelajar sekolah..kalau aku jadi pelajar sekolah kat Uganda,aku terjang je diorang ni..geli weyh!

Kerajaan telah menghentikan penerbitan akhbar ni tapi bukan sebab artikel pasal gay ni..akhbar ni dututp sebab tak ada lesen..lepas ada lesen nanti penerbitan akhbar ni akan diteruskan..aku percaya bila akhbar ni ada lesen nanti lagi banyak yang diorang akan bongkarkan..kalau kat Malaysia heboh pasal teori konspirasi Iluminati,diorang ni heboh pasal teori homoseksual..

sumber Towleroad

Gelaran; kebanggaan atau kemegahan?

Aku rasa suatu hari nanti akan ada orang yang bernama Dato' Panglima Darjah Setia Pahlawan Melayu Hebat Melata Paduka Seri Rahim (AMN,PJK,PJJ,SPM,PMR,UPSR)..

Nama sebenar tak la susah sangat nak sebut..Nama sebenar Rahim je..tapi bila dah tambah dengan pangkat,pingat segala bagai lagi nama tu dah jadi macam esei budak SPM pulak..orang macam ni mestilah banyak berjasa sebab tu dapat banyak pingat dan gelaran..tapi kalau pelakon yang tak memberi apa-apa sumbangan pun dapat gelaran Datuk,tu memang parah.

Sama la dengan golongan doktor ataupun engineer yang ada gelaran Dr. ataupun Ir..kalau dalam urusan rasmi tak apa la..tapi takkan nak sain buku report kemajuan anak pun nak tulis pangkat segala bagai? Yang peliknya kita dapat tengok situasi ni kebanyakkannya jadi dekat orang Melayu..penting sangat ke title tu sampai perlu tulis untuk urusan tak rasmi? Memang title tu simbol kebanggaan tapi bukan kemegahan ye..kebanggaan dan kemegahan membawa dua maksud berbeza..

Kalau kat Malaysia ni memang biasa kita tengok orang ada nama macam:-

Awie Wings
Amy Search
Hafiz AF
Shahir Ikon Remaja Perak

Tapi kita jarang tengok nama macam:-


Kurt Nirvana
Eddie Pearl Jam
Chris Soundgarden


Dah terlalu ramai orang yang ada title ni..lepas ni kalau aku ada anak aku nak letak title dekat nama anak aku siap-siap..biar dalam surat beranak dia ada terus title yang panjang berjela tapi nama dia hanya dua suku kata..kalau bangga sangat dengan title tu,nanti batu nisan pun letak title sekali ye..baru boleh bandingkan darjat masing-masing...

Bagaimana nak buat duit? Ini bukan MLM!

Mula-mula sekali, korang memerlukan bahan kertas untuk membuat duit. Bahan ini dipanggil sebagai “substrate” iaitu campuran 75% kapas dan 25% linen. Beberapa utas benang ditenunkan pada kertas tersebut untuk keselamatan (mengelakkan forgery).
Kemudian korang perlukan dakwat khas yang dibuat daripada campuran minyak dan dakwat supaya cetakan itu tebal dan tahan lama.
Selepas itu, korang perlu membuat design di muka depan dan belakang. Orang yang menghias duit ini dipanggil “engraver”. Beberapa engraver akan membuat kerja berasingan — seorang lukis gambar Agung, sorang lukis enjin Proton, sorang lukis kerawang kerawang, etc.
Kemudian engraver ini akan mengukir design mereka ke atas “master die” iaitu acuan yang diperbuat daripada besi keluli. Proses ini dibuat dengan menggunakan tangan dan juga dengan bantuan komputer untuk memastikan lekuk-lekuk yang kecil dibentuk dengan sempurna.


Selepas master die ini siap, proses seterusnya ialah memanaskan master die ini dan menggunakan helaian plastik untuk melekapkan acuan yang dibuat, sebagai klon master die itu. Kemudian master die itu disimpan untuk kegunaan pada lain kali.
Seterusnya, proses mencetak dijalankan menggunakan klon master die tadi. Proses ini dijalankan dengan teliti supaya tiada cetakan yang silap. Kepingan kertas dimasukkan ke dalam plet berbentuk silinder (seperti yang terdapat di printer inkjet, tapi lebih besar). Lebih kurang 10,000 keping wang dicetak dalam masa sejam oleh satu mesin. Ini adalah cetakan pertama untuk bahagian yang serupa pada semua matawang (semua sekali kecuali nombor siri). Proses cetakan adalah berasingan untuk muka hadapan dan belakang. Kemudian nombor siri pula dicetak. Akhir sekali duit itu dipotong.


Selepas siap maka duit ini dibungkus dan diikat dengan paper tape. Duit ini kemudiannya dihantar ke bank negara menggunakan kenderaan berperisai.
Bank negara meminjamkan wang kepada bank-bank komersil dan institusi kewangan lain. Bank ini kemudian mengagihkan wang kepada pengguna dan peniaga melalui pelbagai bentuk transaksi, yang akhirnya sampai ke tangan korang.






Eh! Takkan berubah dah kot?

Bila malam menjelma,aku akan bertukar! macam kartun Sailormoon yang aku tengok masa kecik dulu, "Dengan kuasa bulan,akan menghukummu!" Dussshhh! tetibe aku berubah..pakai skirt macam Sailormoon..kemudian aku menari sambil berpusing depan laptop aku neh...laaaaa..korang percaya ke? Aku tulis mukadimah macam kartun otak korang pun tukar jadi mode kartun kan?haha..

Hari ni sebenarnya ada konsert Paramore dekat Malaysia..14hb hari tu ada konsert Adam Lambert..Maher Zain pun ada datang jugak..lepas ni ade konsert penyanyi Iznul pulak..tak beli tiket konsert aku lagii??? tak pe korang boleh beli dekat  7eleven..aku ni tak la hebat mana pun..hanya penyanyi picisan je..macam blog aku neh jugak..blog picisan..

Aku tengok fenomena artis luar datang buat konsert kat Malaysia ni semakin mendapat perhatian..apa sebenarnya faktor yang membuatkan ramai artis luar ni buat konsert kat Malaysia..mestilah faktor peminat yang ramai kan..ramai peminat diorang ni..itu sebab la diorang datang Malaysia buat konsert..

Salah ke dengar lagu luar negara? Eh tak salah la..aku pun minat jugak..aku pun dengar jugak lagu diorang..aku pun kadang-kadang sampai terhafal lagu diorang..kalau setakat diorang demam masa nak buat konsert,aku  ni layak la jugak nak ganti diorang..hehe

Tapi kita kena la ingat apa-apa pun yang kita buat ada batasannya..jangan sampai kita lupa asal usul kita..jangan sampai kita lupakan tanggungjawab kita..jangan sampai kita lupa di mana tempat lahir kita..

Aku ni cakap saje-saje ke? Eh tak ada la..aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat..aku rasa jelik  bila aku tengok ada orang minat sangat muzik sampai lupa bumi mana yang dia pijak..

Tuesday, October 19, 2010

Besar gila! Masak pun sedap ni..


Kalau korang nak tau ini la ikan keli gergasi yang ditangkap oleh seorang nenek beumur 56tahun bernama Sheila Pendfold..Ikan ni diorang tangkap kat Scotland..Nak tau apa yang menarik? Nenek ni sebenarnya rabun teruk..dia hanya tau betapa besarnya ikan ni selepas dia tengok dari dekat..

Berat ikan ni? 214 pound atau pun 97Kg..dia bertarung dengan ikan ni selama 30 minit sambil dibantu oleh anak dan suaminya



Bergelut dengan nota

Aku masih bersemangat..walaupun jam sekarang dah dekat pukul 5 pagi tapi aku masih dengan nota-nota aku..tapi facebook tetap online..hehe..agak-agak kalau aku bosan baca nota aku bukak facebook jap..lepas tu blogwalking..bila dah okay sikit baru aku baca nota balik..

Aku ni jenis susah nak dapat mood belajar..tapi kalau dah dapat aku tak lepas dah..rugi woooooo...mula la rasa 'kemanisan' baca nota tu..rasa best je..rasa nak tau lebih banyak lagi..tapi sementara nak menunggu mood tu yang lama tu..bagi aku masa yang paling best belajar adalah waktu pagi..sebelum subuh tu..masa ni kalau korang baca semua akan masuk kepala..tersimpan rapi..tapi ada la teknik dia..setakat baca je tak tulis apa-apa takde maknanye yee..

Lepas balik je dari kelas tadi baru aku tau sebenarnya jadual exam aku dianjak ke depan..maknanya exam aku lebih cepat la..aku tak kisah sebenarnya dianjak kedepan ke,ke belakang ke sebab dah memang kita kena amik exam tu pun..tapi yang tak bestnya aku exam hari ahad! Grrrrrrrr~ geram rasanya..



Mata dah mengantuk ni..tapi kalau aku tido sekarang jangan harap aku akan terbangun nak pegi kelas pukul 8 nanti..gajah pijak pun aku tak bagun rasanya

Monday, October 18, 2010

Dah la gemuk pemalas pulak tu!

Dah la gemuk pastu malas pulak tu..buat pembaca kat luar sana jangan malas macam ni tau! 








Best ke kahwin awal?

Ada sorang kawan aku akan mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati dia..aku tumpang gembira untuk dia..aku doakan yang terbaik untuk dia..

Bertunang dan bernikah lain maknanya ye..situasi pun lain..apa yang membezakan bertunang dan bernikah..bagi aku la(ini pendapat peribadi) kalau bertunang tu tanggungjawab dia tak sama dengan tanggungjawab bila kita dah kahwin..bila kita dah kahwin tanggungjawab dia berat..macam-macam korang kena fikirkan sebelum buat sesuatu..lain la kalau korang kahwin tapi tak bernikah lagi..macam mana kahwin tapi tak bernijah? Korang faham-faham jela ye..jangan kahwin sebelum bernikah tau! berdosa masuk api neraka!
perkahwinan di Gaza..pakcik Google bagi

Aku pernah terbaca dalam satu artikel..dalam artikel tu kata remaja akan rasa teringin untuk berkahwin dalam lingkungan usia 18-22 tahun..dalam umur macam ni remaja tak terlalu memikirkan mengenai tanggungjawab apabila mereka berumah tangga..selepas tu mereka akan rasa perkahwinan tu satu tanggungjawab yang besar..

Apa perubahan yang kita dapat tengok kalau kahwin masa usia muda..ni aku cakap berdasarkan apa yang aku pernah lihat kat sekeliling aku..kawan rapat aku sendiri antara remaja yang berkahwin pada usia yang muda..dan mereka berdua masih belajar di universiti..sebab diorang kahwin masa usia yang muda adalah untuk mengeratkan hubungan antara du akeluarga..diorang ni berkahwin atas pilihan keluarga..aku teringat ustaz masa aku sekolah dulu pernah cakap..berkahwin atasa pilihan keluarga lebih manis sebab nanti kita bercinta lepas kahwin..bukan sebelum kahwin macam kebanyakan remaja sekarang..

Berbalik kepada perubahan yang aku dapat tengok daripada kawan aku ni tadi...aku tengok dia lebih matang dan lebih brtanggungjawab..mungkin ini hikmah yang dia dapat hasil perkahwinan awal..aku dapat lihat daripada perlakuan dia..aku akui dia semakin matang..dia semakin sedar akan tanggungjawab yang dia kena pikul..

Sebenarnya banyak benda yang perlu kita ambil perhatian bila berdepan dengan isu kahwin awal ni..kewangan,tempat tinggal,nafkah dan macam-macam lagi la..bagi aku isu kahwin awal ni salah pun tak,betul pun tak..dia bergantung kepada individu tu sendiri..isu ini begitu subjektif untuk kita bincangkan..


iznulmuazim cakap: teringat entri kawan aku sorang ni..mak dia suruh dia cari menantu...klik sini

Hebat kan aku?

Ni yang aku tak nak kalau lepak library ni..tadi mula la semangat nak belajar..tapi bla dah masuk duk mengadap menatang laptop ni pulak..aiyoooo...mood nak study terus hilang..mata pulak menunggu masa je nak pejam..kang kalau pejam kang tak bangun-bangun dah ni...

Paper aku jumaat ni..lambat lagi tuuuu...hehe..jangan risau..student macam aku ni memang hebat..kalau cikgu masa aku sekolah dulu terpaksa habiskan masa setahun nak habiskan silibus,lecturer aku pulak terpaksa habiskan masa satu semester nak habiskan silibus tapi aku? Hanya satu malam je aku boleh habiskan silibus untuk satu semester..haha..hebat tak? 

Tapi nanti bila dah dapat keputusan mula la pening kepala..haish!

Masuk tandas pun kena bayar!

Haish..sekarang ni semua barang naik..korang dah tengok Bajet 2011..aku malas nak komen sebab aku ni pelajar lagi..tapi sebagai pelajar tak semestinya kita tak perlu amik tau pasal hal negara..betul tak? kita kan akan jadi pemimpin masa depan..

Setiap kali Bajet tahunan diumumkan mesti bonus akan menjadi salah satu perkara yang mendapat perhatian..malangnya tahun ni kerajaan tak bagi bonus untuk kakitangan awam..kerajaan hanya mampu bagi bantuan khas sebanyak RM500 je..cukup la tu kan..daripada tak ada langsung..kalau student universiti pun dapat bantuan khas macam kakitangan awam ni pun bagus gak..hehe

Kenapa isu bonus akan jadi perkara yang mendapat perhatian setiap kali Bajet diumumkan? Aku pun tak tau..tapi sekarang ni duit dah jadi perkara yang penting..semua benda kebna guna duit..melangkah keluar dari pintu pagar rumah pun kena fikir pasal duit..kalau tak ada duit macam mana nak bayar duit minyak kereta..nak buang air kecil pun kena bayar..kalau dulu 20 sen tapi sekarang 30 sen beb! sama harga dengan aiskrim Malaysia..


Bila minyak pun naik,harga barang pun mesti naik..tapi gaji tak naik..bila gaji naik,harga barang naik lagi..bila harga barang pun naik,perempuan kat Malaysia ni semuanya naikkan duit hantaran..kalau dulu RM5000 keatas tapi sekarang RM10000 ke atas..lelaki kat Malaysia pun mula la pening..baru je kerja nak kukuh,dah nak kawin..keluarga pun belum merasa gaji korang..

Kalau dah kawin tu mesti nak besar-besaran kan..duit simpanan pulak tak cukup lagi..kalau boleh wedding tu mesti nak lawan angkasawan negara..mula la buat pinjaman bank..sampai ada dua cucu pun belum tentu habis bayar..

Jadi jom kita berjimat!

Sunday, October 17, 2010

Tersasar lagi! Macam mana nak masuk sukan olimpik ni?

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran. Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???, sergah Kapten pasukan. Sorry tuann!!! Tersasar tuan!!! balas penembak tu. Takpe takpe saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!! Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf Sorry tuann!!!! Tersasar lagi tuan!!!. Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!! Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Kali ini kapten benar-benar terkejut kerana mendengar sekali lagi perkataan dari orang yang sama: Sorry tuannn!!!!! Tersasar lagi tuannnn!!!!!

Mood belajar aku tak sampai lagi!

Dah lama blog aku ni tak berusik..rinduu gila nak menulis..maklumlah rutin sebgai pelajar membataskan segalanya..sibuk dengan mengulangkaji pelajaran(ayat tadi hanya lakonan semata-mata) hehe...

Sebenarnya aku tak ada mood nak menulis dua tiga hari ni..banyak benda yang aku kena buat..hari jumaat ada exam pulak..maka dengan ini mood juga pelu bertukar kepada mood exam walaupun terpaksa..sementara nak menunggu mood datang tu bukak faceboo dulu..bila dah bukak facebook faham-faham je la ye..memang tersekat kat situ jela mood nak belajar tu..

Masalahnya sekarang ni aku tengah tunggu mood belajar tapi mood lain yang datang..mood kemas bilik pulak yang datang..jadi kemas bilik dulu..hah baru la nampak macam bilik seorang yang rajin..sebelum ni nampak macam tongkang pecah je..

selalunya mood belajar aku datang lepas pukul 2 pagi..tapi sebelum tu aku kena tido dulu la..kalau tido kang takut sampai ke pagi..hehe