Friday, November 5, 2010

Awak,nak biodata boleh?

'Awak,nak biodata boleh? tulis dalam buku ni tau' ...tetiba teringat zaman sekolah dulu..aku dulu rajin woooo..kalau cikgu tak masuk kelas aku duduk je diam-diam kat tempat aku..aku tak buat bising pun..maklumlah pengawas skema..hehe..aku duduk je diam-diam kat tempat aku lepas tu tulis biodata..


Aku tau korang pun pernah buat kan? Alaaaa tutup muka pulak..malu la tu kan? tengok tu muka dah merah..kadang-kadang bila fikir balik rasa nak tergelak kuat-kuat..kalau dalam buku biodata tu mesti tulis nama,makanan kegemaran,minuman kegemaran,hobi,tempat lahir,tarikh lahir..kalau nak yang advance lagi sia tanya status single ke berpunya..budak sekolah rendah dah tanya macam tu..maju beb! tapi yang paling penting mesti ada ucapan..tu pelengkap!


Sekarang ni zaman tulis buku biodata dah habis dah..orang layan Facebook pulak sekarang..budak sekolah rendah pun dah ada akaun facebook..boleh buat macam-macam..kalau nak tanya pasal kerja sekolah pun guna facebook..zaman aku dulu kena telefon..tapi yang bestnya pasal buku biodata ni ialah buku biodata mesti warna warni..kalau tulis biodata tu mesti guna pen warna warni..baru la cantik!

iznulmuazim cakap: dulu aku cari alamat rumah budak yang aku minat guna buku biodata membe aku..lepas tu hantar surat cinta daripada anonymous..masa tu aku baru darjah lima..haha

Happy Deepavali

Aku nak mengambil kesempatan  ni untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu..Happy Diwali..

Dulu aku ada seorang kawan bangsa India ni..sekrang lost contact dah..kalau tak boleh aku pergi rumah dia beraya..mana la tau dapat duit raya..eh Deepavali pun ada duit raya ke?

Sebut saja Deepavai ni aku tetiba teringat pasal putu mayam..kenal tak? Alaaaa makanan yang makan dengan kelapa dan gula tu..kalau tak dapat gambaran jugak cuba tengok kat bawah..


Kalau dapat makan sekarang ni mesti best..haish mana la nak cari putu mayam masa-masa macam ni..terliur dah ni..

Upin & Ipin ada unsur Iluminati?

Tak tau apa reaksi yang patut aku tunjukkan..nak tergelak pun ada nak marah pun ada..nak tergelak sebab dapat tengok kebodohan orang lain dan nak marah sebab individu tersebut cuba nak memperdaya orang lain supaya bodoh macam dia jugak..

Aku dah bosan dengar pasal teori konspirasi ni..apa-apa pun pasal teori konspirasi..kalau boleh semua benda ada konspirasi tersendiri..bagi aku aku hanya percaya sesetengah sahaja teori konspirasi ni..dan aku tak percaya bulat-bulat..aku akan selidik dahulu..yang terbaru ada orang kata Upin & Ipin pun teori konspirasi..siapa percaya angkat tangan? Okay siapa yang percaya sila minum air perahan stokin sebab korang bodoh!



Sebenarnya ini notes yang di post oleh seorang individu yang aku pun tak kenal..aku copy paste note ni daripada Serol-Nizam..

Takkanlah animasi Upin & Ipin yang memang 100% hasil tangan rakyat tempatan tu pun ada unsur Iluminati?  Aku rasa korang pun pernah tengok Upin &Ipin ni kan? Banyak mesej yang baik dalam animasi ni..adab makan,tolong menolong dan banyak lagi..adab makan tu unsur Iluminati ke?

Nampak sangat la pihak ni terdesak untuk popular..kalau ye pun nak popular jangan bunuh karya bangsa sendiri..mungkin pihak yang sebarkan pasal teori konspirasi Upin & Ipin ni dipergunakan..kepala diorang dikencing sampaikan diorang ni sanggup gunakan taktik kotor nak jatuhkan hasil tangan bangsa sendiri..

Kita jangan telan bulat-bulat je apa yang dihidangkan kat depan kita..siasat dulu baru percaya..


Tak perlu tunjuk kejahilan diri sendiri..

Malam ni aku terhibur..terhibur tengok bangsa sendiri memperbodohkan diri sendiri..kenapa aku kata macam tu? Kebetulan malam ni aku baru tengok satu rakaman video berkenaan pilihan raya kecil DUN Galas yang baru sahaja selesai hari ni..aku bukan nak komen pasal keputusan pilihan raya..

Aku nak komen pasal bangsa sendiri..apa yang membuatkan aku tertarik untuk tengok video tu tadi bukanlah disebabkan video tu sendiri,tapi disebabkan komen yang ada bersama video tu..aku nak cerita sikit pasal video tu..video tu memaparkan mengenai perbalahan antara dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya DUN Galas..membaca komen video tadi memang membuatkan aku rasa malu,geram,rasa bodoh yang amat-amat..

Bukan apa..yang komen tu semua bangsa aku sendiri..tak kan pasal parti poitik pun nak bergaduh sampai mencarut..aku rasa tak perlu la sampai mencarut sebab yang berbalah dalam komen tu tadi semuanya pakai kopiah..siap ada yang panggil ustaz lagi..kalau nak suarakan pendapat masing-masing,guna perkataan yang elok..ini tidak,perkataan yang budak sekolah rendah guna untuk mencarut yang diorang guna..secara tak langsung diorang ni bukak kejahilan diri sendiri..

Aku rasa tak perlu la nak jadi tahi politik..sebab yang jadi hamba politik ni bangsa aku jugak..bangsa lain buat apa? Goyang kaki dan tunggu kejatuhan bangsa kita..kalau dah sekarang diorang tunjukkan dekat generasi muda yang politik tu kotor,korang rasa ada lagi ke generasi muda yang nak masuk politik? Aku tak nak bila aku ada anak nanti,ada tradisi caci-mencaci bangsa sendiri..korang nak ada tradisi tu?

Thursday, November 4, 2010

Roti canai pisang dan tandas

Masa aku tengah sedap makan roti canai pisang dengan air barli ais tadi aku ternampak satu toilet kat kedai tu..pintunya terbuka luas sampaikan aku boleh nampak kuman-kuman sedang bekerja..errk! Geli la nak cerita..korang kalau nak muntah jangan salahkan aku tau! Tuan restoran ni pun jenis tak reti nak jaga pelanggan..lain kali tandas tu buat la kat belakang restoran..jangan la sampai pelanggan nampak tandas tu..haish!

Kalau pelanggan kurang datang restoran dia tau pulak nak membebel macam mak nenek..tapi bila dah datang tak reti nak jaga hati pelanggan pulak..memang patut la pihak berkuasa tempatan bagi gred B untuk kedai ni..tak tau nak jaga sensitiviti pelanggan langsung..

Lain kali cuba cuci tandas tu ikut jadual..biar bersih..kalau boleh biar berkilat sampaikan nampak bersinar..mana la tau ada pelanggan yang datang ke restoran tu hanya disebabkan tandas..hehe..kalau dah malas sangat tutup je pintu tandas tu..kan senang..

Bila tangan syaitan dikeluarkan

Buat yang menyokong Amerika..korang patut membaca entri ini..bukak mata luas-luas dan fikirkan 'kebaikan' sanjungan korang itu..bahasa yang aku akan gunakan selepas ni sedikit formal


Pada 29 Jun 2009 seorang siswi menahan rombongan Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad..demi kebebasan bersuara dan untuk memberi ruang kepada sisiwi ini menyuarakan pendapat,pengawal membiarkan seketika..Gambar di atas menunjukkan tindakan seorang pemimpin yang berani untuk mendengar pendapatnya..beginikah situasi di negara kita? Saya tak berani memberi komen..


Lihat perubahan gambar ini bila tiba di tangan Amerika..gambar ini diedit sebegini rupa..lihat perubahan pada tangannya..gambar ini dimanipulasi oela pihak Amerika..isyarat tangan yang hormat menjadi isyarat tangan syaitan yang langsung tidak menunjukkan nila-nilai wanita Islam..tujuannya? Untuk mengaibkan Presiden Ahmadinejad..isyarat sopan seorang sisiwi Islam dimanipulasikan menjadi isyarat lucah yang menunjukkan sikap biadab terhadap seorang pemimpin..

Kalau di Malaysia mungkin pelajar ni dikenakan AUKU..

Lihat link ini..klik disini

sumber Faizal Tehrani

Wednesday, November 3, 2010

Luuu pikirlah sendiri!

Hari ni blog aku jadi blog hiburan..masih panas cerita ni walaupun suam-suam saja..korang tau tak pelawak yang lawak tu? Alaaaa pelawak yang lawak tu la..dah nama pun pelawak mesti la lawak kan..haish aku tak boleh jadi wartawan hiburan ni....apa-apa pun jom layan cerita panas ni..zaaaaaaaassssss!

pakcik Google bagi
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.


Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.
"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.
"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.
"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, Selasa.
Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

sumber: Mstar

Tuesday, November 2, 2010

Gila babi la babi neh!!

Entri ni akan dipenuhi dengan perkataan babi..Harap maklum.

Aku tau korang ada sumber inspirasi masing-masing..tapi apa kata kalau korang jadikan seekor babi sebagai sumber inspirasi? Ada berani?

Jom berkenalan dengan sumber inspirasi baru yang berketurunan babi ni..Nama babi ni Zhu Jiangqiang..yang bermaksuh 'babi yang tabah'..babi yang tabah ni berumur 10 bulan dan dilahirkan di wilayah Provinci Henan.
Menurut Wang Xihai,pemilik babi ni yang unik ni,ketika lahir isteri beliau menyuruhnya membuang sahaja bayi terset..Tetapi beliau berasa kasihan dan mengajar babi tu berjalan menggunakan dua kaki selama 30 hari berturut-turut..Lama kelamaan Zhu Jianhqiang dapat berjalan menggunakn kedua-dua belah kakinya..

Zhu Jiangxiang menjadi tarikan ke rumah Wang Xihai sehinggakan Wang ditawarkan wang yang lumayan oleh sebuah sarkas untuk membeli Zhu Jiangxiang..tetapi Wang menolak..pelik betul kan? Namapun Wang tapi tolak wang..






sumber Dailymail

Aku kembali!

Salam pembaca sekalian..dah lama aku tak berblogging..dah seminggu rasanya..aku pun tak pasti berapa lama..sebenarnya kau stop sementara untuk berblogging sebab pergi berjuang..tapi bukan pergi berjuang dekat Iraq atau Afganistan tapi pergi berjuang di medan yang lagi besar..hebat wooooo...kalau nak tau klik sini..

Haish rasa lega bila dah habis exam ni..rasa macam ringan je kepala ni..kalau korang nak tau masa aku exam hari tu bilik aku ni dah macam tongkang pecah..tak sempat nak kemas..asyik sibuk study..macam hebat kan bila aku kata sibuk study? Memang la sibuk study sebab aku study last minute..haha
Meja study aku..skype tu sebenarnye untuk discussion dengan member ye..
bukan untuk chatting
Dalam banyak-banyak paper exam tu,aku rasa ralat sikit bila aku ambik paper Fauna Marin..bukan sebab tak dapat jawab tapi sebab aku dah tau jawapan lepas tu aku tulis benda lain..arrrgggghhhh! Dia suruh labelkan part untuk cephalopod a.k.a sotong..saje je aku nak guna jargon fauna marin..hehe..aku dah tau part tu namanya tentacle tapi aku jawab antenna..jauh lari tu! Arggghhh! Tapi takpe benda yang lepas biarlah lepas..


Kawan-kawan aku ada yang dah mula nak balik..aku kene tinggal kat sini dulu untuk beberapa hari..ada lagi kerja yang nak kena siapkan dulu..lepas tu baru la fikir nak balik rumah...yabedabedoooooo!