Saturday, October 9, 2010

Kondom



Apa salah satu aspek yang penganjur sukan Komanwel perlu ambik berat selain daripada aspek keperluan fasiliti? 


Jawapannya ialah KONDOM!


Korang tau tak apabila sampai sahaja Sukan Komanwel,kondom adalah salah satu bekalan yang sangat dituntut oleh atlet..apa maknanya ye? Emmmmm....Faham-faham sendiri lah ye..


Di Olimpik Sydney tahun 2000, 70,000 kondom percuma yang disediakan penganjur tidak mencukupi. Terpaksa ditambah 20,000 lagi. Pada tahun 2004, Olimpik di Athens, bekalan kondom yang diagihkan ialah 130,000 keping.

Di Beijing pada tahun 2008, dan Olimpik musim sejuk di Vancouver bulan Februari lalu, 100,000 kondom telah diedarkan kepada atlet.


Hairan jugak aku..diorang ni bertanding bersukan atau bertanding ehem2? 


Ada sesiapa nak jawab? klik sini


kondom untuk kanak-kanak lelaki di Switzerland seawal usia 12-14 tahun.

Friday, October 8, 2010

Macho sangat ke hisap rokok?

Rokok naik harga?? Bagus...kurang pencemaran..tak lah aku hidup dalam asap kat Malaysia ni..seronok ke hisap rokok? rasa apa eh? rasa manis,payau,ataupun rasa masam..kalau rasa kenyang best jugak eh..aku tak tau sebab aku tak hisap..teringin nak hisap tu memang jauh la dari fikiran..macho ke? tak koooot..muka hensem tapi paru-paru rosak buat apa kan...bau rokok sedap? aku rasa bau ketiak lagi wangi...

Berapa batang sehari korang hisap rokok? 2 batang,5,batang atau sekotak sehari? uish tak cukup tu....sehari sekotak macam tak rasa apa-apa je..tak rasa kat tekak..nak tau berapa baru cukup? jom tengok brader ni..ini baru hebat!

ni baru laki..ada berani?

Bulan payudara




Kalau korang nak tau bulan Oktober ni merupakan bulan payudara (Nationalm Breast Cancer Awareness Month)..aku pun tak pasti kenapa bulan Oktober dipilih sebagai bulan payudara..Eh kenapa aku pulak yang sibuk pasal payudara..aku ni bukan ada payudara pun..salah tuu.lelaki pun ada potensi dapat barah payudara..aku ada emak,emak sedara,adik perempuan dan bakal isteri dan diorang ni sebenarnya ada potensi dijangkiti barah payudara..atas tanggungjawab tu la aku rasa aku patut tulis entri ni..nak tau apa tu payu dara? Jom kita ushar sikit!

1.Apakah itu barah payudara

Barah payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita diikuti dengan kanser serviks..kanser ni bermula di payudara sebab tu la dipanggil barah payudara..kalau mula kat perut dipanggil barah payuperut..hehe..memain je..Barah in terjadi apabila penghasilan sel barah di kawasan itu tidak terkawal dan tak seimbang..

2.Statisitik barah payudara

Bilangan pesakit barah payudara di Malaysia mengalami peningkatan dari tahun ke tahun..kaum Cina mendahului kaum lain berdasarkan  kes barah payudara yang dilaporkan..diikuti dengan kaum India seterusnya kaum Melayu..aku cuba cari statistik untuk tahun lepas tapi tak jumpa..apa yang aku dapat dari rakan blogger statistik untuk tahun 2006 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3525 dalam tempoh yang sama..

Bagi peringkat global pula ada beberapa fakta yang boleh menggetarkan lutut korang:-

  • Setiap 3 minit wanita didiagnosis kanser payudara
  • Setiap 11 minit seorang wanita akan mati disebabkan barah payudara
  • Setiap tahun hampir 30 000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis barah payudara(lelaki pun ada!!!)
3.Punca barah payudara

Para saintis pun masih mencari apa sebenarnya punca utama  barah payudara ni..sampai sekarang diorang masih mencari punca utama dan dari mana datangnya barah ni..barah ni menjadi satu misteri kepada dunia sains perubatan..antara punca yang menyebabkan barah payudara ni adalah:

  • Obesiti-semakin berisiko bila semakin gemuk
  • Genetik-semakin berisiko bila ada ahli keluarga yang pernah dijangkiti
  • Kitaran haid-lebih berisiko jika haid datang seawal umur 12 tahun..
  • Alkohol-memang risiko tinggi kalau mengambil alkohol
  • Merokok-ini bukan saja barah payudara tapi ni cepat mati
  • Usia-semakin berusia semakin berisiko

4. Kaedah rawatan

Ada juga kaedah rawan secara tradisional tapi yang ini belum terbukti secara saintifik..aku rasa kaedah terbaik adalah kaedah pembedahan..aku ambik info pasal barah payudara ni dari breastcancercare.org.uk.


5. Mitos Barah payudara

Banyak sebenarnya mitos yang kita dengar pasal barah ni dan kadang-kadang sebab tidak cukup ilmu tentangnya, mitos ni sudah jadi fakta pulak. Akhirnya menjerat kita untuk dihidap barah payudara ini. jom tengok apakah mitos yang popular sekarang 



  • Lelaki tidak boleh mendapat kanser payudara.
  • Baju dalam yang berwayar boleh menyebabkan kanser payudara
  • Wanita di bawah umur 40 tahun tidak akan mendapat kanser
  • Anti- peluh dan deoderan boleh menyebabkan kanser payudara
  • Pil Perancang boleh menyebabkan kanser
  • Mammogram boleh menyebabkan kanser payudara merebak atau menjadi punca kanser
  • Setiap benjolan di payudara adalah kanser payudara
  • Kanser payudara hanya berlaku di sebelah payudara
  • Mastektomi merupakan satu-satunya rawatan kanser payudara
  • Wanita yang mempunyai payudara yang kecil mempunyai risiko yang rendah mendapat kanser
Tengok tu! lelaki pun boleh kena tau!

Agak-gak yang ni pun kena jugak ke?
iznulmuazim cakap: tak salah kalau nak jadi lebih prihatin

Thursday, October 7, 2010

Pelajar diserang kera

Tajuk entri kat atas tu saja-saja je nak kasi havoc sikit..hehe..sila jangan percaya tajuk diatas ye..Dekat UKM ni ada satu kolej nama Kolej Ibrahim Yaakub dengan Kolej Keris Mas..kawan aku yang duduk sana selalu cerita pasal masalah kera ni..aku ingat kera ni masalah ringan je..tapi bila aku baca Harian Metro hari ni baru aku tau kita kena berjaga-jaga dengan kera ni..

sumber gambar dari Harian Metro

Seret bayi keluar rumah


SEREMBAN: “Selepas mendapati cucu saya tiada di ruang tamu, kami mencarinya sehingga ke luar rumah dan terkejut melihat kesan darah di depan tangga sebelum menemuinya dalam keadaan terkulai layu dengan kecederaan di kepala, leher dan telinga,” kata A Velayutham, 75.

Dia menceritakan kejadian cucu perempuannya berusia empat hari yang menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digigit kera jantan liar di rumahnya di Taman Happy di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.

Sebelum kejadian, bayi malang yang belum diberi nama itu berada bersama Velayutham di ruang tamu rumahnya selepas dimandikan sebelum warga emas itu pergi ke dapur untuk minum.

Ketika itulah kera yang tidak dapat dipastikan jumlahnya menceroboh masuk ke dalam rumah lalu menyeret mangsa ke luar serta menggigitnya sehingga cedera.

“Saya meninggalkannya bersendirian sekejap dan pergi ke dapur untuk minum air kerana terlalu dahaga. Ketika itu isteri saya berada di dapur kerana memasak, manakala menantu (ibu mangsa) mandi di bilik air.

“Saya terdengar jeritan menantu bertanya di mana bayinya menyebabkan saya dan isteri bergegas ke luar,” kata Velayutham ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.

Velayutham berkata, bayi sulung anak lelakinya yang mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu itu kemudian dikejarkan ke HTJS, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Difahamkan, mangsa yang dilahirkan pada 3 Oktober lalu di HTJS adalah anak kepada pasangan V Nehru, 30, dan isterinya yang dikenali sebagai Revathy, 26.



Sementara itu, nenek mangsa, R Athy Letchumy, 50, berkata beberapa ekor kera sering dilihat berada di sekitar rumahnya sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Kera liar terbabit kelihatan agresif dan garang sekali menyebabkan saya tidak berani mendekatinya. Pernah saya cuba memukul haiwan itu dengan kayu, namun mereka cuba menyerang saya kembali,” katanya yang sudah menetap di kawasan itu sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada bersama suami dan menantunya, manakala anak lelakinya (bapa mangsa) keluar kerana mempunyai urusan.

Sementara itu, Nehru berkata, dia bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan dan amat sedih apabila melihat bayinya parah di kepala, leher dan telinga.

“Saya pernah memelihara seekor kera betina kira-kira lapan tahun lalu, namun haiwan itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga saya kerana dikurung,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusof Awang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber: Harian Metro


iznulmuazim cakap: ngerinya bila aku dengar..

Letih la..berehat sebentar bersama KIT KAT

Kalau korang perasan minggu ni blog aku memang kurang entry..kadang-kadang tu dalam sehari tak ada langsung entri dalam blog aku ni..minggu ni aku memang sibuk dengan macam-macam hal..kadang-kadang tu sampai tak sempat nak bukak blog..tapi bila dah bukak blog idea pulak kering..sebenarnya aku aku dah ada banyak idea nak tulis apa tapi bila duduk depan laptop ni aku terus tak ada idea..mungkin laptop ni memukau aku kot..haha..minggu ni aku lebih seronok blogwalking..disebabkan aku ni penat minggu ni jadi aku malas nak tulis entri baru disamping aku tak ada idea..bila aku blogwalking ni banyak entri-entri yang bagus aku dapat baca dekat blog orang lain..terus boleh hilang penat..dalam masa aku blogwalking hari tu aku dapat satu pengajaran..kalau kita nak berblogging ni,jangan taksub untuk dapatkan duit hasil dari iklan dekat blog korang..berblogging ni perlu ikhlas..baru boleh rasa kemanisan berblogging..



Aku cuma nak kata aku suka tengok gambar ni..haha

Penat diperlakukan macam lembu dicucuk hidung

Sebagai pelajar aku dah tengok macam mana rupanya yang dipanggil sebagai politik kampus..dulu masa sebelum aku masuk universiti aku tak tau sangat apa sebenarnya politik kampus..

Bagi pendapat aku la,aku ni nak kata suka pun tak,suka pun tak berpolitik ni..sebenarnya politik ni perlu tapi cuma masa-masa yang tertentu saja..takkan la kalau pihak yang lain buat sesuatu yang baik pun korang nak bantah..perkara tu memang dah terang-terang bagus untuk pelajar baru tapi bila dah ada campur tangan pihak lain sampaikan mengganggu program tersebut,politik kotor namanya tu..

Sekarang yang jadi mangsa siapa? pelajar baru jugak kan? haish..hentikanlah mendoktrin pelajar baru..dua-dua pihak yang patut menghentikan proses doktrinasi pelajar baru ni..biar diorang yang tentukan mana satu yang lebih baik..pelajar baru bukan tunggul..diorang pun tau nak berfikir mana baik mana buruk..

Wednesday, October 6, 2010

Kesian pakcik ni

Tadi aku jumpa sorang pakcik ni..aku kesian sangat kat dia..dah tua-tua pun kerja lagi..aku tengok muka dia pun dah berkerut..dalam hati aku,memang sayu hati..bila aku tanya dia kerja apa dia kata tunggu malam ni..bila aku tengok cara dia bekerja memang aku pun terkejut..tapi lama-lama aku okay balik..kalau aku cakap pun korang bukan percaya..jom kita tengok gambar pakcik ni..

 aku jumpa pakcik ni dia tak pegi kerja

kesian pakcik ni =(

iznulmuazim: gambar diatas diambil dari Google..tiada kena mengena dengan hidup atau pun yang mati

Budi bahasa di LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

Tuesday, October 5, 2010

Aku penulis picisan

Dah lama rasanya aku tak menulis sesuatu dalam blog aku ni..tengok kat atas belah kanan tu..ada sawang tak? hah?? tak ada..tu maksudnya tak lama lagi la korang nak tuuuut....hehe..aku main-main je..

Rindu rasanya aku nak menulis ni..aku sebenarnya minat nak menulis..kalau korang pernah baca entry aku yang sebelum ni aku pernah tulis pasal Faisal Tehrani..laaa...korang tak baca entry aku tu? jom kita tengok sikit siapa Faisal Tehrani..klik sini..

Nak tau apa kepuasan menulis? Memang tak dapat digambarkan..bila korang baca balik apa yang korang tulis,memang akan puas..tapi ada syaratnya nak mendapat kepuasan tu..penulisan korang mesti ada 'isi'..perlu ada mesej.. kalau setakat menulis tanpa ada 'isi' ibarat korang mencurah air di daun keladi..hanya sia-sia..

Bila bercakap pasal penulisan yang ber'isi' ni,banyak yang korang perlu buat..seorang penulis bukan dilahirkan dalam masa semalaman..penulis yang baik adalah penulis yang diasah penulisannya..aku nak cakap lebih pun tak boleh sebab aku bukan seorang penulis yang baik..aku masih dalam proses mempelajari selok belok penulisan..teringat apa yang cikgu aku pernah cakap dulu,kalau tak membaca jangan harap kita boleh hasilkan karya yang baik..membaca tu kunci untuk menulis..macam blogger jugak,kalau tak membaca entry korang boleh diibaratkan sebagai mati..tak ada mesej untuk pembaca..

Sebagai permulaan aku akan post setiap minggu satu satu bentuk karya penulisan..ni bukan bermaksud satu minggu,satu entry je yang aku akan post..maksud aku,aku akan post mungkin esei ataupun cerpen..tak kira la apa pun,karya aku tu boleh membantu aku mengasah gaya penulisan aku..aku tau aku tak sehebat mana..tulisan aku kurang mantap..jalan cerita tak kukuh..tak mampu nak menarik pembaca..sebab itu la gaya penulisan aku perlu diasah..Dalam belajar perlu ada guru..aku dah jumpa siapa yang orangnya =)

iznulmuazim cakap: nak tau macam mana aku boleh minat dalam penulisan? tunggu entry seterusnya =)

Malaysia memperoleh pingat pertama Sukan Komanwel Delhi

Fulamak! ni yang aku bangga jadi rakyat Malaysia ni..berita terbaru dari Delhi..Kontinjen negara kita sudah memperolehi emas pertama menerusi acara angkat berat 56 kg..buat atlet yang bertanding,teruskan berjuan..buat rakyat Malaysia,teruskan sokongan anda!
Malaysia di kedudukan ke-4
kalau korang nak tau berita dan info terkini pasal komanwel Delhi klik sini

Monday, October 4, 2010

Photoshoot dan komen membina

Dah lama rasanya aku tak post entry baru..bukan apa aku memang sibuk  dua tiga hari ni..sebenarnya hari ni aku ada exam..kalau orang tanya macam mana aku jawab soalan tadi,jawapan yang selalunya aku bagi "tak susah tak senang"..simple kan..hehe..kalau mak aku tanya macam mana soalan exam tadi,aku jawab "okay je"..lagi simple kan?hehe..hari ni punya exam bagi aku tak ada la susah sangat..kalau baca buku boleh la jawab..kalau tak baca tak boleh la jawab..hehe

Semalam aku pegi photoshoot dekat Putrajaya..lebih kurang photoshoot sambil berbengkel la..banyak otai-otai fotografi yang ada..aku pun dapat la sedikit sebanyak ilmu dari diorang..sebenarnya masih banyak yang aku kena belajar..teknik fotografi,lighting,editting..aku rasa aku paling kurang dalam editting..lepas ni kena belajar banyak lagi..nanti aku upload gambar photoshoot semalam..kebanyakan gambar yang aku upload ni tak bagus sangat sebab editting yang macam hampeh..skin tone berterabur..aku kena banyak improvekan diri aku dalam picture treatment..jadi sesiapa yang ada ilmu tu tolong la kongsi-kongsi ye =)










sape yang boleh ajar aku angkat tangan!