Saturday, August 28, 2010

Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.
Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa
isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "

Friday, August 27, 2010

Faisal Tehrani

Siapa yang kenal dengan Faisal Tehrani? Kalau masa aku student sekolah menengah dulu Faisal Tehrani cukup terkenal..beliau la yang mengarang cerpen Kerana Manisnya Epal..aku masih ingat lagi cerpen tu..kalau korang nak tau Faisal Tehrani mengarang cerpen tu masa dia masih bersekolah lagi..Ni Cikgu Bm aku time tu yang cerita la..kalau korang nak tau biodata Faial Tehrani ni korang klik sini..dia ni seorang penulis yang hebat..idea dia sungguh fresh..dan aku bangga untuk mengaku yang aku ni salah seorang peminat dia..

Tapi sayang sungguh sebab aku baru tau yang dia baru je grad PhD dia dekat UKM masa konvo yang lepas..kalau aku tau yang dia grad masa konvo yang lepas mesti aku dah pegi jumpa dia..

Faisal Tehrani
Aku masih ingat tulisan dalam blog dia..

"Saya tak mahu berhenti belajar. PhD bukan liang lahad. Ilmu sangat penting"
 iznulmuazim cakap:ramai yang pelik sebab aku science stream student tapi aku lagi minat sastera..

Baumu semerbak...

Penah tak korang berdepan dengan keadaan macam ni?

1. Korang masuk KTM,LRT,PUTRA,MONORAIL (dengan kata mudahnya public transport la) lepas tu korang terbau satu haruman yang menusuk kalbu..nak tau ape haruman tu? tungguuuuuuuu.......

2. Korang pegi makan dekat kedai..lepas tu ada sorang waiter datang amik order..tetibe hidung korang terbau satu haruman..nak tau ape haruman tu? tungguuuuuuuu.....
budak ni pun tau bau busuk


Okay sekarang baru aku nak terus terang ape haruman tu sebenarnye..pernah tak korang bau badan time korang dalam situasi diatas?..Bayangkanla korang dalam satu public transport la..perjalanan korang tu amik masa berjam-jam..sanggup tak tahan bau? Eeee geli la weyh..kekadang tu kita tengok sorang awek ni dari jauh punya la cun..tapi bila dia dekat ngan kita,mak aaiiihhh 'wanginya' bau..bau badan dia nampaknya tak seindah mukanya..hehe

Ini la yang terjadi dekat aku..ada sorang awek dalam bas time aku nak pegi kuliah ni dari jauh cun bak bulan purnama( hiperbola..hehe)..bila dah dekat baunye........faham-faham sendiri la..kalau tegur kang menjatuhkan maruah pulak..so layannnnn jela..
gambar hiasan
siapa yang nak tau petua hilangkan bau badan klik sini..

iznulmuazim cakap:sesibuk mane pun jage kebersihan diri..Rexona world cup pun wangi jugak..

Bile lagi?

Hari merdeka dah dekat tapi aku tengok ramai lagi yang tak kibarkan Jalur Gemilang..maybe korang tak sempat kot..so aku nak bagi 1 alternatif lain untuk korang semarakkan lagi merdeka kali ni..memandangkan kita ni dah maju sikit..jom kita kibarkan Jalur Gemilang di facebook..ade bran? kalau ade bran jom kita kibarkan Jalur Gemilang..

Aku nak puji la sikit usaha satu pertubuhan yang bertapak  di UKM ni..Kaukus Siswa Melayu..diorang ni la yang sebenarnya mulakan kempen jom kibarkan Jalur Gemilang ni..ape tgu lagi? jom smearakkan Hari Kemerdekaan tahun ni..

Sape yang nak download gambar Jalur Gemilang klik sini..

Contoh yang aku dah buat..korang boleh edit lagi..

iznulmuazim cakap: bila lagi nak tunjukkan yang kita ni patriotik? ;)

Hati pun nak makanan dia jugak ;)

Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog aku ni..bukannye aku malas tapi macam busy sikit kebelakangan ni..nak terkejar pegi sana la,sini la..nama pun student kan..lagi satu sebab aku takde idea sebenarnye nak tulis ape..Hari ni result biasiwa JPA dah kuar..so aku ucapkan tahniah la kat member aku yang dapat scholarship tu..aku tau la korang sekarang dah jadi OKB..orang kaya baru kan..jangan lupe aku plak..hehe..paling kurang pun blanja le makan..hehe..

Hari ni jugak sebenarnya Nuzul Quran..Hari dimana turunnya Al-Quran..Kalau kita tgk balik situasi sekarang ni ramai orang baca Al-Quran dengan suara yang cukup sedap..siap ada yang berdebat pasal baris diatas,baris dibawah..seolah-olah mereka ni mengalunkan syair Arab..tapi diorang ni lupa nak merenung balik maksud-maksud ayat Al-Quran dan lupa nak mengamalkannya..

Bertadarus di bulan puasa ni memang mendatangkan pahala..InsyaAllah..ramai yang bertadarus di bulan Ramadhan ni..Kalau sampai je bulan Ramadhan surau penuh dengan orang yang bertadarus Al-Quran..tapi orang yang macam mana sebenarnya yang membaca Al-Quran disisi Allah?

Allah berfirman,

“Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)

Dalam firman diatas Allah dah menegaskan orang yang benar-benar membaca Al-Quran ialah orang yang membacanya secara 'haqqa tilaawatih'..Apa sebenarnya 'haqqa tilawatih' ni? As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir mengutarakan pendapat sahabat Abdullah ibn Masud ra yang berkata:


“Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya (iaitu haqqa tilaawatih) ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.”
So kita kena la memahami apa yang kita baca..bukan hanya mengaji,membaca dan bertadarus aje..Allah berfirman:

“Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)
Untuk menerangkan maksud ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata,


“Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.
So  sebagai kesimpulannya ramai antara kita sekarang ni hanya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul dan suara yang sedap tapi kita lupa yang memahami isi-isi Al-Quran tu lebih penting sebenarnya..Allah sebenarnya nak kita ni memahami dan mengkaji isi-isi Al-Quran..dan bila mesej Al-Quran dapat difahami dengan baik baru la ada penghayatan..

Selamat mengaji dan mengkaji ;)

iznulmuazim cakap: nak buat ape cuti ni?

Thursday, August 26, 2010

minuman bersahur yang best!

Esok aku ada test dan sekarang aku dalam proses nak rendam semua nota aku lepas tu nak minum time bersahur nanti..mesti sedap kan? air rendaman tu plak nnti aku campur  dengan ais mesti rase dia perrggghh sedap! ramai orang kata kalau kita study last minit ni sebenarnya sia-sia je..betul ke?
Entahla aku rasa tak ada beza pun..kalau korang study last minit ke,study awal ke sebenarnye sama je aku rasa..ni bergantung kepada individu tu sendiri la..

Aku lagi suke study last minit..study dalam keadaan tertekan baru ade thrill dia..hehe..tapi kat sini aku nak cite la pengalaman aku exam masa kat sekolah dulu..benda ni jadi time bulan puasa gak..tapi dah lama la..masa aku form 1..time tu ada exam lst semester..paper keesokannye paper math..masa tgh jawab soalan ni boleh plak aku tertido..time tu aku baru je jawab 10 soalan..tetiba cikgu tu kejut aku kata nak kutip kertas jawapan..aku pun apa lagi tembak je jawapan yang aku tak buat lagi..nasib baik la kertas objektif..

Bila dapat je result nasib baik la markah aku atas angin..hehe..kira tepat la jugak aku tembak..hebat gak aku ni(bermonolog dalam hati)..hehe..so korang fikir la sendiri cara study yang macam mana sesuai untuk korang..jangan asyik nak skip kelas je..kelas tu yang bagi 70% daripada ape yang kite blajar..yang lain tu datang dari latihan n study kat umah =)

iznulmuazim cakap:bila la nak pegi fieldwork lagi ni..

Wednesday, August 25, 2010

Dilema seorang wanita

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringatkisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...." Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. Haaa

iznulmuazim cakap:saje release tension..hee

Duet raya datang lagi!

Kerajaan baru je umumkan yang setiap kakitangan kerajaan dapat 'duit raya' RM500..RM500 tu kira besar ouh..boleh beli baju banyak helai dah tu..so apa lagi balik ni kena la bodek bapak aku sikit..baru la dapat duet raya banyak tahun ni..hehe..


Pengumuman tu menandakan yang kerajaan prihatin dengan keadaan rakyat..so sape yang dah dapat 'duit raya' tu gunakanlah dengan sebaiknya..

Puding buah kurma dengan sos mentega

Okay hari ni aku nak kongsi satu resepi juadah berbuka..sebenarnya ni bukan resepi aku sendiri tapi lepas aku cuba je resepi ni terus aku rasa jatuh cinta dengan puding ni..korang patot try resepi ni..selamat berjaya ;)

Ini adalah resipi dari Australia yang bernama Sticky Date Pudding with Butterscoth sauce. Saya telah melayari internet, mengambil idea dari beberapa laman web Australia dan mereka resipi ini dengan bahan-bahan tempatan. Sempena bulan Ramadhan, saya rasa resipi buah kurma memang sesuai dijadikan juadah berbuka puasa.
Bahan-bahan dan caranya sekali
Pes Kurma
Buah kurma - Lebih kurang 20 biji (saya guna kurma mariami)
……keluarkan kesemua biji-biji buah kurma
Secawan air suam
…..sekiranya anda ada blender, masukkan air dan buah kurma itu dan mesin sehingga buah kurma menjadi pes. Sekiranya anda tidak ada blender, potong buah kurma hingga halus dan masak dengan air supaya kurma menjadi lembut.
Biar pes kurma ini sejuk. Sementara itu….
Bahan puding
Gula merah lembut (jenis yang macam gula kaster tapi berwarna merah) – 100 grams
Mentega – 50 grams
Pukul kedua bahan ini sehingga mentega dan gula menjadi lembut.
Masukkan 2 biji telur dan terus pukul. Tambah pes kurma. Lepas itu, tambah bahan-bahan di bawah:Tepung gandum – 200 grams
Soda bikarbonat - 1.5 sudu teh (sekiranya anda guna tepung naik sendiri, kurangkan soda bikarbonat, 1 sudu teh cukup)
Esen vanila (saya guna esen buton vanilla yang dibeli dari kedai Cooking Island di Pulau Pinang)
Apabila sudah siap gaul kesemua bahan, masukkan ke dalam acuan kek.
Baine Marie – adalah cara membakar dengan menggunakan air. Walaupun nama baine marie itu name Perancis, tapi, ia senang sahaja. Masukkan puding yang dah sedia untuk dibakar itu ke dalam acuan kek yang lebih besar sedikit. Maksudnya, puding yang akan dibakar itu macam terapung dalam air. Dengan kaedah ini, kek/puding tidak jadi terlalu keras.
Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Semasa puding dibakar, sediakan sos mentega
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
Sekotak whipping cream 200m (dapat dibeli dari kebanyakkan pasaraya, bahagian sejuk, tempat menjual mentega. Ia macam susu UHT tapi dipanggil ‘Whipping Cream’)
100 gram gula merah
Esen vanila
Masak kesemua bahan dengan api perlahan. Apabila sudah gula sudah cair dan bahan sudah berbuih, matikan api.
Apabila puding sudah masak, anda boleh keluarkan dari acuan dan hidang. Puding ini memang dihidang semasa suam. Sekiranya ada yang berlebihan, simpan dalam tupperware di peti sejuk. Panaskan dengan ketuhar gelombang micro untuk seminit supaya suam. Sos yang berlebihan pun patut disimpan dalam peti sejuk.

iznulmuazim cakap:aku ambil www.malaysiabest.net


Rindunya family aku..

Dah lama rasanya aku tak balik rumah mak bapak aku..kalau tak silap aku dah lama dah aku tak balik..serius aku rasa rindu kat diorang semua..Tak tau la kenapa pagi-pagi subuh macam ni rasa macam sayu je..bukan aku tak pernah berjauh dengan family aku..cuma kali ni aku rasa lain sikit..dulu masa kat MRSM dulu aku kerap balik jugak..dekat matrik pun aku kerap balik..tapi bila dah dekat U ni rasa macam lain sikit..

Bila kita berjauhan dengan family baru kita tau betapa pentingnya hubungan kekeluargaan tu..dalam hidup kita ni kita bukannya boleh bergantung dekat kawan je..sebenarnye family tu lagi penting..kita kena ingat sikit yang kawan ni ada time kita senang je..time kita susah brapa orang jela yang tinggal nak tolong kita..itu pun satu dalam sejuta..

Berjauhan dengan keluarga ni pun ada jugak pentingnye..abis tu kalau da tiap-tiap hari asyik tengok muka adik-berdik pun rasa macam boring la pulak..silap-silap boleh bertengkar..kalau da boring mesti kena cari kelainan kan..so nak cari kelainan tu kena la bertengkar sikit..baru best..hehe

Pesanan aku untuk member-member aku kat luar sana tu jangan la lupa family korang..setinggi mana pun pangkat korang,jangan lupa tanpa keluarga siapa la korang kan..

iznul muazim cakap:rindu jugak dekat Najwa Shariff ;)

Lihatlah realiti zaman sekarang!

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

nota:Diambil daripada facebook

Iklan kerja

Aku tau ramai yang tak ada keje kan..so sebagai seorang yang prihati aku post 1 entry pasal iklan keje yang aku jumpa..Selamat Berjaya! =)

Anda berminat dalam membantu benteng pertahanan negara?
Sertai kami dalam usaha membanteras gejala jenayah dan keganasan demi keamanan tanah air tercinta.
Syarat-syarat kelayakan:
i.)Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kronik.
ii.)Tidak rabun warna,
iii.)Berumur di antara 18-40 tahun
Insentif :
i.)Basic pendapatan RM1800
ii.)Elaun bulanan RM300
iii.)Elaun uniform RM150/tahun
iii.)Kursus mempertahankan diri secara percuma
Temuduga terbuka mulai 23 April 2009- 23 Mei 2009.
Tempat temuduga:
i.)Suria klcc :
ii.)Midvalley
Jawatan / Profesion disediakan :
Power rangers ,Kluangman,Ultraman ,Spiderman dan Sailormoon(lelaki sahaja)

Tuuuu dia dah mai dah!



Aku baru lepas buat kuiz kat facebook tadi..pasal kekandalan aku cakap kedah..so aku nak cakap kedah dalam entry kali ni..Biaq hampa semua terkejut tengok aku cakap kedah..hehe

Aku sebenaqnya nak habaq pi kat hampa yang aku ni dah ghasa macam boring dengan facebook ni..tak tau la apa yang syoknya facebook ni sampai syok sangat melayan..gheja pun tak jadi bila dok asyik 24jam melangut depan laptop dok melayan facebook ni..derect nak facebook ja tiap-tiap hari..rasa macam da cemuih dah..

Aku pun tak tau la apa yang syok sangat facebook neh sampai nak ketagih..aku ghasa la facebook ni pun da serupa myspace ja..aku ghasa macam aku ni jadi serupa penagih..kalau tak caya jugak baca entry aku yang lepas ni..

p/s: tak rasa macam cakap kedah pun tadi..huhu

Tuesday, August 24, 2010

Betul ke aku burung hantu??

Bulan puasa ni aku rasa hidup aku macam tunggang langgang je..malam aku rasa siang dan siang aku rasa macam malam..rasa dah macam lirik lagu Jamal Abdillah la pulak..'malam berganti siang,siang berganti malam'...nak tau kenapa aku cakap macam tu? Yela kalau dah malam-malam orang lain tido tapi aku je yang stil berjaga..lepas tu siang plak asyik tido je kalau ada peluang..peringatan:aku tak tido dalam kelas okay..hehe..

Aku cuba nak tido malam tapi masih  jugak tak boleh tido..aku rasa nak pegi jumpa doktor la mintak ubat tido..entah-entah aku insomnia kot? uishh mintak-mintak tak la..tido lambat ni sebenarnye tak elok untuk kesihatan..tapi bagus jugak kalau aku tak boleh tido malam pun..boleh la aku study..ceeeewah! macam btol je boleh study kan..hehe..tapi aku memang study la..cume ade campur-campur sikit..90% study apa yang aku blaja kat kelas..lagi 10% study facebook..facebook pun buku jugak kan..hehe

Aku hairan la knapa plak aku neh tak boleh tido malam..mungkin kena ada orang tolong dodoikan kot..hah sapa nak dododikan aku?? angkat tangan!mestila tak ada sape nak dododikan baby besar ni kan..hehe

nak makan ABC tengah hari ni!

Kalau dapat makan ABC tengah hari ni best jugak kan.tapi sebelum tu kene bace entry ni dulu..hehe

Balik je bilik trus dengar berita sorang budak Kolej Pendeta Zaaba jatuh bangunan..perrrgghh memang berdebar gila..budak tu jatuh bgunan ke? Or memang ada niat nak bunuh diri..tapi mintak-mintak bukan sebab kedua la kan..

so tutup cerita! Sekarang aku nak cakap pasal menguruskan tekanan..mesti semua orang pernah ad masalah nak menguruskan tekanan kan..dan aku yakin setiap orang ada cara yang tersendiri..yang paling pentingnya cara menguruskan tekanan korang tu mestilah dengan cara yang betul..jangan plak sampai fikir nak bunuh orang pulak.

Aku teringat dengan sorang member aku..cara dia menguruskan tekanan memang menarik..hanya ada 3 huruf..bila dia dalam keadaan tertekan dia hanya ingat ABC..Allah.Bertenang.Cuba selesaikan satu persatu..mudah dan simple kan?

p/s:jangan igt makannan je ade ABC..tekanan pun ada ABC

Saya Seorang Penagih

Da lewat ni tapi aku stil nak curi masa nak post entry baru..tak kira la orang nak bace ke tak..janji blog aku ni a\sentiasa ad entry yang baru..hehe..semakin hari semakin banyak assignment yang aku kena buat..bulan puasa ni aku kerap berjaga sampai pagi..alasannya sebab buat assignment tapi bukan semua masa aku habiskan dengan buat assignment..hehe..kekadang tu ada la jugak merayap bukak facebook kejap..hehe..tak dapat tahan kalau tak online facebook sehari..alamak macam mana la aku boleh ter'addicted' dengan facebook neh..aku sekarang dah jadi macam penagih facebook dah ni.

Walaupun macam tu tapi assignment aku tetap siap..maklumlah bakal pelajar anugerah dekan..hehe..kalau kita tengok fenomena sekarang ni facebook tu dah jadi benda wajib bagi setiap orang..entahla aku pun tak tahu kenapa..semua dah macam ketagih dah..sampaikan satu ketika dahulu PM kita Dato Seri najib sendiri dah ingatkan kakitangan awam supaya jangan terlalu leka dengan facebook sampai menjejaskan produktiviti..

Jadi kita masing-masing kena la ingat kalau nak online facebook tu kena la berpada-pada okay? bagi yang tengah belajar lagi tu jangan lupa baca buku..jangan asyik nak ber'mukabuku' aje k..

p/s:walaupun tido lambat tapi tetap pegi kuliah

Monday, August 23, 2010

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU AIR MATA

Menjelang hari raya ni mesti ramai yang dah plan nak pegi bershopping kan? So kalau nak pegi shopping tu yang paling penting mesti ada bajet..bajet yang ala kadar dah la.kalau korang nak tau kat luar tu ramai lagi yang kurang berkemampuan.Aku sebenarnya tertarik dengan projek yang dah dijalankan oleh satu kumpulan ni..Diorang ni mengumpul baju raya untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang kurang berkemampuan.Menarik sungguh projek yang diorang jalankan ni..Tapi sayangnya projek ni dah pun ditutup..

Diorang ni menggunakan facebook sebagai medium untuk meyebarkan berita mengenai projek diorang..projek diorang ni jugak mendapat liputan daripada Berita Harian..So kawan-kawan,walaupun projek neh da tutup tapi takkan kita nak tgk saje kan? kita mesti ada usaha nak bantu golongan yang kurang berkemampuan ni jugak..tapi dengan kaedah yang lain pulak la kan..tapi walau macam mana pun kita perlu menghargai usaha yang telah dilakukan oleh kumpulan inn..syabas saya ucapkan..

Lesen

Sepasang suami isteri yang agak veteren sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway.mereka di tahan polis.ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut.

Polis:Puan...Puan tahukah...bahawe Puan memandu melebihi had kelajuan.

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata.

Isteri:Bang....polis tu cakap ape?

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri.isterinya mengalami kekurangan pendengaran.maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.

Suami:Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!
Polis:Puan mintak lesen memandu.

Si isteri sekali lagi memandang suaminya.

Isteri:Dia kata ape bang.

Sekali lagi si suami menjerit.

Suami:DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut.Lalu polis itu berkata.

Polis:ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [bukan nama tempat sebenar].saya dulu-dulu mase mude2 dekat situ saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yg penah sye nampak.

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya.

Isteri:Apebende die kate bang.

Dan si suami menjerit berkata.

Suami: DIA KENAL KAMU!!!!

asyik-asyik benda sama

Bila bukak je surat khabar mesti ada berita pasal buang bayi.Bukak je page lagi satu ada lagi kes buang bayi.Bukak lagi kes lagi satu ADA lagi kes BUANG BAYi..haish ape la nak jadi dengan rakyat Malaysia ni..Kalau bahasa mudahnya buat pandai jaga tak nak. Tau tak populasi rakyat Malaysia sekarang ni berapa? Sekarang ni Malaysia ada 28.2 juta orang rakyat tau tak! Tu yak termasuk bayi-bayi yang dibuang lagi..Kalau campurkan skali bayi-bayi yang dibuang tu aku rasa Malaysia neh ranking no 2 dalam jumlah penduduk dunia..aku agak-agak je tu..hehe..so ape la yang korang ni fikir sampai sanggup buang bayi ni?korang punya hati neh hati manusia ke hati binatang?

korang tau tak monyet yang dekat hutan tu pun pandai jaga anak diorang! Inikan lagi korang yang ada otak..Yang aku peliknya kebanyakan daripada pelaku buang bayi ni semuanya dari institusi pengajian tinggi(IPT)..memang confirm la pandai kalau dah namanya datang dari IPT kan..tapi masih gak buat perkara yang paling hina tu..inilah yang pemimpin kita kata kerajaan dah menyediakan fasiliti kelas pertama tapi rakyat kita ni masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga..

Aku rasa kalau la mak bapak korang tau dari korang kecik lagi yang korang nak buang bayi bila da besar mesti mak bapak korang dah buang korang..macam apa yang korang buat sekarang..tak sedih ke korang bila tgk balik gambar-gambar bayi yang ada kat paper tu..mana tau bayi tu lah nanti akan jadi pemimpin negara..memimpin balik korang ni yang memang dah tepesong jauh ni..
tak kesian ke tengok? fikir-fikirkanlah

Petua pemakanan ketika Ramadhan

Okay aku yakin ramai orang diluar sana yang nak menjadikan ramadhan kali ni sebagai medium untuk kuruskan badan.Betul tak?  So entry aku kali neh berkaitan dengan petua pemakanan bulan ramadhan.Kalau semangat je yang berkobar-kobar tapi teknik tak betul tak ada maknanya..Penat je kita puasa 13 jam sehari tapi tak ada kesan pun kan.Diet tu diet jugak tapi jangan lupa tujuan utama kita berpuasa..Untuk mendapat keredhaan allah Taala ;) cakap banyak pun tak ada guna..Jom kita tengok apa petua-petua tersebut..ZAAAAAAAAS!!


1. Sewaktu berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.
2. Kurangkan juga makanan yang pedas-pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah ketidakhadaman dan juga masalah berat badan.
3. Kunyah makanan yang dimakan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.
4. Makanlah sekadar yang perlu. Bila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman anda. Akibatnya, anda akan letih lepas berbuka.
5. Lagi satu, elakkan makan berulam air. Senak perut anda nanti.
6. Selain itu, anda digalakkan bersahur. Kan sunat tu.
7. Ambillah makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu makanan yang mengandungi serat dan kompleks karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.
8. Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam dalam sistem penghadaman. Tujuannya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda.


Akhir sekali jangan tengok je petua-petua diatas..Kena la amalkan okay =)

Selamat Berpuasa =)