Saturday, September 4, 2010

McDonalds

Siapa yang tak kenal dengan McDonalds? Aku tau semua orang kenal..entah-entah McD tu dah jadi korang punya makanan wajib..bagi yang mengada-ngada buat-buat tak tahu apa tu McDonalds aku nak bagitau yang McDonalds ni sebenarnya fraincais makanan ringan. Berikut adalah beberapa fakta dan trivia menarik tentang McDonald’s agar boleh menambahkan ilmu korang tentang makanan segera kesukaan ramai itu.





  1. Big Mac telah dicipta oleh Jim Delligatti pada tahun 1967 di sebuah restoran McDonald’s di Uniontown, Pennsylvania
  2. Harga asal Big Mac adalah 49sen USD.. (hohoho kalau sekarang harga dia macam tu, tiap-tiap hari aku bawak bekal Big Mac)
  3. Secara puratanya, terdapat 178 biji bijan di bun sesebuah Big Mac
  4. Di India, nama Big Mac ditukar kepada Maharaja Mac yang menggunakan daging kambing kerana masyarakat India tak boleh makan daging lembu.
  5. McDonald’s drive through pertama adalah di Sierra Vista, Arizona yang mula beroperasi pada 24 Januari 1975
  6. Orang di Jepun akan menyebut McDonald sebagai “Makudonarudo”
  7. Ronald McDonald boleh berbicara dalam 25 bahasa
  8. Sarah Michelle Gellar pernah disaman oleh McDonald pada usia 4 tahun kerana dialog “Do I look 20 per cent smaller to you? I must have at McDonalds because their hamburgers are 20 per cent smaller than Burger King’s.” dalam iklan Burger King’s
  9. Nama McDonald’s diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.. (nasib baik nama burger yang popular tu Big Mac dan bukan Big …. hehehe)
iznulmuazim cakap:semua gambar pakcik Google yang bagi

Dia datang lagi!



Okay memandangkan tak ada seorang pun yang tinggalkan link blog dia bila dia hit nombor cantik macam entry aku yang lepas,jadi aku nak umukan nombor cantik yang seterusnya..

Nombor cantik yang seterusnya ialah 2000..jadi korang kena peka sikit dengan nombor ni ye..kalau korang terlupa korang boleh tengok dekat sebelah kanan ni dalam kategori NAK JOIN CONTEST?

Mungkin pembaca yang hit nombor cantik yang lepas tak ada blog dan dia hanya pembaca yang datang untuk membaca sahaja,jadi aku lanjutkan contest ni..

Aku nak ucapkan terima kasih la dekat korang yang sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni =) 

Aku tak nak pegi!

Dalam banyak-banyak tempat di Malaysia ni,ada satu tempat yang aku akan elak pergi kalau bulan puasa..tapi bulan puasa la tempat ni makin rancak pun..makin meriah..makin hidup..macam tak ada beza siang dengan malam..Tapi kalau pergi setakat nak dapat pengalaman macam mana  suasana tempat tu pun boleh la jugak pergi..

Siapa yang tak tau Jalan Tunku Abdul Rahman ataupun Jalan TAR? Hah kau tak tahu? pergi bukak internet lepas tu tanya pakcik Google..gerenti pakcik Google leh tunjuk punya..

Jalan TUANKU ABDUL RAHMAN
Nak tau kenapa aku tak suka sangat pergi Jalan TAR? Aku bukan benci cuma tak suka je..jangan slah anggap pulak..Alasannya sebab Jalan TAR ni terlalau sesak..lagi-lagi kalau hujung minggu macam sekarang ni..memang dah macam sardin kat sana..

ramai tak?




Nak tau yak kenapa aku tak suka tempat yang bersesak ni? Salah satunya sebab dekat tempat yang sesak ni la yang selalunye penyakit selalau berjangkit..lagipun aku ni memenag tak suka tempat yang ramai  orang..rasa rimas...bukannya aku larang korang pergi Jalan TAR tapi ni cuma pendapat peribadi aku..aku cuma nak kata aku tak suka pergi je..hehe

Nak tau kenapa? Tadi ada kawan aku ajak pergi Jalan TAR..bila aku dengar je Jalan TAR awal-awal aku angkat tangan kata tak pergi..tapi kalau dah bosan sangat tak tau nak buat apa aku pergi la..hehe


How satan works!

Tadi masa aku tengah blogwalking dekat blog serang teman bloggers, aku tengok satu video yang dia download daripada Youtube..

Kita semua tahu yang syaitan ni diikat masa bulan Ramadhan..tapi kenapa masih ada jugak kejahatan pada bulan Ramadhan ni..cuba kita fikir balik..kalau syaitan pun dah kena ikat macam mana kita boleh buat jahat..korang baca tak Harian Metro hari ni? Kalau belum cuba korang klik dekat link Harian Metro tu..Bila aku baca berita tu aku macam terfikir apa la nak jadi dunia sekarang ni..

Syaitan diikat masa bulan Ramadhan..tapi 11 bulan yang selebihnya syaitan ni bebas untuk menggoda manusia..jadi syaitan menggunakan 11 bulan ni untuk mendidik manusia ke arah kemungkaran..apabila manusia terdidik maka manusia akan melakukan kemungkaran walaupun syaitan dah diikat..Lagi satu kita kena pandai kawal nafsu masa bulan Ramadhan ni..kadang-kadang nafsu tu la yang bawak kita ke jalan kemungkaran
  
video


kalau korang tak boleh tengok video tu kat sini..klik sini ;)


iznulmuazim cakap:kalau nak buat jahat pun terfikir balik macam mana syaitan goda manusia..

Buah hati baru aku bersalin??

Hati aku makin berbunga! Oh inikah rasanya bila jatuh cinta? Memang betul orang cakap kalau jatuh cinta macam-macam kita rasa..tak macam jatuh tangga..kalau jatuh tangga satu je rasanya..rasa sakit! hehe..ooooppps! Dah terbabas ni..Aku jatuh cinta buat kali kedua..kalau kata buat kali pertama kang ada orang marah..hehe

Tidur malam aku mesti tak lena dah sekarang ni..asyik teringat si 'dia' je..ouh aku berada di awang-awangan! Jika ini yang dinamakan cinta,benarkan aku menghayatinya selama-lamanya..terjiwang la pulak..hehe..

Sebenarnya aku nak cerita pasal buah hati aku..aku panggil dia baby..aku tau korang ada panggil buah hati korang sayang la,papa la,bb la..tapi aku panggil dia baby..nak tau tak siapa buah hati aku yang kedua ni? Alaa biar la aku cerita dulu pasal dia..lepas ni baru aku tunjuk muka dia k?

Nak tau kenapa aku sayang buah hati aku ni? sebab dia la aku boleh imbau balik kenangan pahit manis aku..dia ni memang berjasa la kat aku..buah hati nombor satu pun banyak berjasa jugak..hehehe..aku jumpa dengan buah hati aku nombor dua ni dah lama la jugak..

Aku sebenarnya segan nak tukjuk kat korang gambar buah hati aku tu..takut nanti korang kata tak secocok pulak..mana la tau nanti hidung tak mancung pipi pulak tersorong-sorong kan..nanti bila korang dah tengok muka dia jangan la kutuk-kutuk pulak..korang kene la ingat yang dia ni buah hati aku.. janji?

Okay sekarang aku tunjuk buah hati aku ni..


taaaaraaaa! ni la buah hati nombor dua aku..


semalam buah hati aku ni baru bersalin..sebenarnya dah banyak dah anak dia tapi aku nak tunjuk satu je..ni pun sempena raya..

ni la anak dia yang baru amik malam semalam

iznulmuazim cakap: jangan mara...hehe

Apa korang rasa?

video

 Korang ingat lagi tak iklan ni? iklan ni iklan PETRONAS tapi yang dulu-dulu punya..apa korang rasa bila korang tengok balik iklan ni? kalau korang tak rasa apa-apa mesti ada yang tak kena dengan diri korang..tepuk dada fikir sendiri =)

MOOD: Balik kampung

Kebanyakan pelajar universiti dah mula balik ke kampung masing-masing..aku je yang belum lagi..ada misi yang harus disetelkan disini..ceeeewah!hehe..kalau tak ada dah lama aku angkat kaki balik rumah...sebagai persiapan nak balik rumah hari isnin ni jadi aku dah download dua tiga lagu raya sebagai halwa telinga dalam bas nanti..haha..ya! saya mengaku sya excited memandangkan tahun ni merupakan tahun pertama aku balik raya kena beli tiket awal-awal..sebelum ni aku naik bas lompat je..jadi tak payah la nak fikir pasal tiket bas..

Hah cakap pasal tiket raya ni aku nak nasihatkan kalau ada sesiapa yang yang beli tiket tu baik korang beli tiket awal..aku tak nak korangjadi macam kawan aku sorang ni..minggu depan nak balik baru la dia kelam kabut nak cari tiket..tak kira la tiket bas ke,tiket train ke..kalau tiket train tu lebih baik korang beli awal-awal..jangan lambat sangat..dekat sini bukan macam dekat India..kalau korang dekat India boleh la korang panjat atas bumbung train tu..

boleh bezakan tak mana yang beli tiket mana yang tak beli tiket?
 Lagi satu,korang kalau nak beli tiket tu kena rancang awal-awal bila korang nak balik..contohnya korang kena la tengok jadual korang baru korang beli tiket..jangan suka hati je beli..contohnyaaaaa...nak tau siapa contohnya?? aku le contohnya..hehe..aku dah beli tiket untuk balik 8 haribulan sebenarnya tapi bila aku tengok balik jadual aku rupa-rupanya aku tak ada kelas mula dari 6 haribulan..jadi apa tunggu lagi? dengan sepantas kilat aku terbang(ini hanya gimik) ke Hentian Kajang untuk tukar tiket..nasib baik ada lagi..terima kasih pakcik Sani..hehe..(bodek pakcik Sani sebab aku naik Sani Ekspress)..

kaunter tiket Hentian Kajang

Contest lagi!




Okay memandangkan tak ada seorang pun yang tinggalkan link blog dia bila dia hit nombor cantik macam entry aku yang lepas,jadi aku nak umukan nombor cantik yang seterusnya..

Nombor cantik yang seterusnya ialah 2000..jadi korang kena peka sikit dengan nombor ni ye..kalau korang terlupa korang boleh tengok dekat sebelah kanan ni dalam kategori NAK JOIN CONTEST?

Mungkin pembaca yang hit nombor cantik yang lepas tak ada blog dan dia hanya pembaca yang datang untuk membaca sahaja,jadi aku lanjutkan contest ni..

Aku nak ucapkan terima kasih la dekat korang yang sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni =)

BLOG LIST BEN ASHAARI





Siapa yang tak kenal dengan Ben Ashaari? Ini la dia otai dalam dunia blogger..kali ni En Ben dah buat satu blog list untuk bulan September..

Aku ni sebenarnya baru lagi dalam dunia blogging ni..blog aku ni berkaitan personal aku dan apa-apa yang terlintas di fikiran aku..sebab tu nama blog aku ni pun Esensi Implisit & Eksplisit..walaupun aku tau blog aku ni tak la terkenal macam blog orang lain tapi aku akan cuba la sampai ke tahap tu..

Memandangkan hari raya pun dah dekat  jadi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua pembaca blog aku ni..

Okay En Ben..letakkan aku dalam kategori Tulis Diari ye..TQ =)

Sipa yang nak join blog list ni klik sini ye..