Saturday, October 2, 2010

SUKEM 2010

Kalau korang perasan hari ni tak banyak entry yang aku post..aku memang penat sangat hari ni..dari pagi sampai tengah hari aku masuk acara berbasikal..ingatkan trek pendek la..trek panjang weyh! sakit badan aku ni..punggung pun sakit..haha..seat basikal tu kecik sangat..semua orang kata sakit punggung..hehe..sebenarnya U aku sekarang ni trngah menganjurkan SUKEM..jadi banyak la acara yang dipertandingkan..cakap banuak tarak guna,tengok baru best..jom!








aku paling kanan..aku sebenarnya lagi tinggi..
tapi kamera ni yang problem..sebab tu nampak rendah..haha







aku malas nak upload banyak-banyak..kalau nak tengok lagi klik sini

Bau ketiak lelaki mampu mengurangkan stress

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....


iznulmuazim cakap: errk? tekak aku mula loya..info ni aku dapat dari internet!

Friday, October 1, 2010

Pinjaman PTPTN jadi biasiswa

Semua pelajar yang dapat pinjaman ditukar kepada biasiswa..seronok tak? Aku memain je..hehe..tapi aku nak berazam nak jadikan pinjaman PTPTN aku sebagai biasiswa..kalau korang nak jugak jom study sama-sama..kena rajin study!

RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa



2010/10/01

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi.

Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan. 

Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik. 

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin. 
Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.

Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan. 


sumber: Berita Harian

Cara-cara nak meningkatkan populariti korang dalam dunia facebook

Aku rasa semua ada akaun facebook kan? mak aku pun ada..tapi aku tak pernah add mak aku sebagai friend aku..takut kena berleter dalam dunia maya disebabkan perilaku anakanda kesayangannya ini sedikit nakal..hehe..Macam mana korang ukur populariti korang dalam facebook? Adakah korang ni seorang yang terlalau popular..ataupun sedang-sedang saja..ataupun suam-suam kuku..ataupun sekadar bermain di pinggiran macam aku ni? Populariti korang boleh diukur melalui bilangan friend korang..kalau dalam dunia blogging ni kota boleh ukur populariti melalui followers..tapi dalam dunia facebook,populariti diukur melalui bilangan friend korang..

Macam mana korang nak tingkatkan populariti akaun facebook korang..senang je..jom kita tengok apa yang korang kena buat kalau nak popular dalam facebook ni..

MENGELUARKAN STATUS YANG BERBAUR HASUTAN/PERKAUMAN/MENYENTUH SENSITIVITI

Ini yang paling senang nak dibuat..

Cuba korang buat status macam ni..ni hanya contoh ye..
"Aku tak dapat projek tu sebab dia ambik kroni dia saja..makan rasuah! ko makan la rasuah tu sampai perut ko buncit! Bangsa sendiri tak nak tolong.. WTF!!!!"
Aku yakin tak sampai beberapa jam akan wujud satu group yang membenci korang..keahlian dia bertambah dengan pesat..kalah keahlian group yang membantah pembakaran Al-quran..Kaum melayu ni tipikal sedikit..diorang lebih bagi perhatian yang lebih untuk perkara-perkara yang remeh temeh..tapi diorang tak ambik kisah pun macam nak majukan bangsa sendiri..profile korang nanti akan ada komen yang mencaci korang..menghina korang semahu-mahunya..Bloggers pun akan mula menulis pasal korang..gambar korang akan terpampang dekat setiap blog..kata-kata cacian akan mengisi entry blog tersebut..korang rasa bersalah..korang dah hapuskan akaun facebook korang..korang mintak maap..tapi jangan ingat perkara ni boleh selesai macam tu saje..korang akan dicaci ketika pegi ke kedai membeli topup..kata-kata nista akan mengiringi korang masa beli McD..sekarang korang dah popular..baru la boleh upah pengawal peribadi..baru nampak berprofil tinggi sikit..hehe


MEMANIPULASI STATUS HUBUNGAN

Ini yang budak sekolah tak matang buat..diorang buat lagi satu akaun facebook lepas tu letak gambar lelaki hot..lepas tu bermulalah hubungan cinta lutsinar dengan meletakkan status hubungan  'In relationship with ____________'..agak-agak dah bosan sikit tukar pulak status hubungan kepada 'single'..masa ni memang populariti tu akan naik mendadak..akan ramai orang yang single yang memberi simpati akan komen..'bujang lebih baik' la..'bersabar la ye..ada hikmahnya tu'

Hah kan senang nak popular..kalau ada yang betul-betul berpisah pun,masa ni la nak cari pengubat duka pun..akan ramai la lelaki berhidung belang akan mengorat korang..maklumlah baru lepas berpisah..korang pun mesti nak tempat mengadu..

 MEMANIPULASI TARIKH HARI JADI

Ini paling senang nak dibuat..sebosan mana pun profile korang,akan ada satu hari dimana korang akan popular macam Siti Nurhaliza..korang tukar je tarikh hari jadi korang setiap 2 minggu sekali..mesti akan ada ucapan dengan hadiah maya yang korang dapat..masa ni saham faacebook korang akan meningkat..naik mendadak..tapi korang jangan tukar tarikh hari jadi 2 hari sekali pulak..mesti akan ada yang perasan..kalau 2 minggu sekali orang tak akan perasan sebab banyak sangat hari jadi dekat facebook ni..masa ni korang akan letih untuk buat komen balas..jadi jalan termudah untuk korang adalah dengan like je semua komen hari jadi yang korang dapat..

BERGAMBAR GEDIK DENGAN AKSI GHAIRAH

Ni yang paling senang..cuba korang letak gambar profile korang dengan aksi yang gedik dan mengghairahkan..lepas tu korang private kan gambar korang..iini akan membuatkan korang lebih misteri..elemen ini yang paling diperlukan..pasti lelaki di luar tu akan panas punggung,resah,gelisah,ternanti-nanti nak tengok gambar korang yang lain..maka diorang pun akan add korang sebagai friend..pengganas seksual ataupun lelaki/gadis horny pun akan mula add korang..saat ni korang rasakan macam seperti diawang-awangan..ramainya yang sudi berkawan dengan korang..
"tapi saya pakai tudung, tak boleh nak dedah sana sini"

Tak apa jangan risau..kalau korang tengok balik kat luar tu banyak perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju ketat..pakai tudung pun orang boleh ghairah..kalau nak efek best sikit pakai la baju adik korang..baru la nampak body korang yang ramping tu..


Buat lelaki yang kat luar sana,korang pun boleh letak gambar ghairah..senang saja..letak je gambar korang tengah mandi dekat tepi kolam dengan bulu dada yang berpintal..kalau majalah mangga boleh buat macam tu korang pun mesti boleh jugak kan..eeuuuwwww! tergoda mak!

Tips mengeringkan kasut yang efektif dan berkesan

Masa aku tengah buat kerja tadi tetiba la pulak hujan lebat..sepantas kilat aku berlari lebih laju dari Usain Bolt..matlamat aku hanya satu..oooppppsss! matlamat aku bukan nak menang tapi matlamat aku nak ambik kasut aku..

kasut aku tu aku bari basuh pagi tadi sebab esok aku nak guna..esok aku masuk SUKEM..acara berbasikal..nak tau apa tu SUKEM? klik sini..kasut aku tu tak kering lagi tapi dah hujan..macam mana ni? esok aku nak pakai apa..ni yang pening ni....
ada cadangan macam mana nak keringkan kasut aku ni?

Dah la itu satu-satunya kasut sukan yang aku ada..teringat pulak zaman aku sekolah dulu..kalau esok hari isnin lepas tu ada perhimpunan,kena la basuh kasut..kalau tak basuh kena marah dengan cikgu sebab kasut kotor..nak tau apa cara yang aku guna dulu untuk keringkan kasut? jeng...jeng...jeng....aku letak bawah peti ais..bawah peti ais  tu panas..tapi esoknya masa korang ambik kasut tu,kasut tu jadi kuning sebab panas la..hehe

Lagi satu cara nak keringkan kasut masa terdesak ialah korang masukkan je kasut tu dalam oven kat rumah korang..aku yakin  kering punya..aku dulu pun pernah buat macam tu..tapi mak aku tak tau..bila mak aku tau lepas tu,pppaaaaaaaap! rotan singgah kat punggung..sungguh nyaman rasanya ye puan-puan...

Tapi mana aku nak cari peti ais dengan oven kat sini? adoi 

iznulmuazim cakap:aku nak bakar terus kasut tu..memang konpem kering!haha

Gambar Jamuan Raya

Penatnya weyh! Hari ni aku pegi kuliah pukul 9 dengan muka yang macam ayam berak kapur dah..penat semlam pun tak habis lagi..ni yang rasa nak demam ni..kalau aku demam aku cuti berblogging seminggu boleh? mestilah boleh kan..aku ni bukan blogger terkenal..siapa pun tak kisah kan?hehe..

Hari ni aku pegi jamuan raya dekat fakulti aku..sebenarnya aku malas nak pegi sebab sesak sangat..aku ni memang tak suka sesak-sesak ni..tapi sebab kawan aku yang ajak jadi aku pun pegi la...hari ni aku tak tangkap gambar pun kat jamuan tu..jamuan semalm tu aku tangkap la..nak tengok? jom!

Batch aku..ada lg tapi diorang pg kelas..batch aku 28 orang je..


satay





peminat sate yang merupakan seorang gangster

penyerahan lesen scuba diving

Aku malas nak upload banyak-banyak..kalau nak tengok lagi klik sini

Aku blogger jutawan!

Aku dah kaya! lepas ni boleh la aku beli apa yang aku nak..laaa...korang tak tau apa yang aku nak beli..aku dah bagitau hari tu kan..kalau nak tau jugak jom kita tengok kat sini..tajuk entry aku tu boleh menarik minat tak? mesti orang terkejut kalau aku tiba2 je jadi jutawan kan..hehe..

Aku saja je tengok Nuffnang aku tadi..sebenarnya aku pun tak faham pasal Nuffnang ni..pasal BE la apa la..yang aku tau aku dah dapat duit..banyak? eh tak ada la..kalau setakat nak beli air tin tu boleh la..hehe..

lambat lagi baru boleh cash out


Aku tau tak ada apa yang perlu aku banggakan pasal Nuffnang aku ni..tapi sebagai blogger baru aku teruja sikit la..paling kurang pun aku boleh la merasa apa yang orang sebut pasal BE la ngan banyak lagi perkataan yang aku tak tau pasal Nuffnang ni..yelah aku ni hanya blogger picisan saja...

Aku harap korang terus la menyokong aku..kalau ada salah tolong la tunjukkan..kalau ada idea ke apa ke..boleh la aku tingkatkan lagi mutu blog aku ni..

Aku harap akan  ada sesiapa yang sudi nak bagitau aku pasal Nuffnang ni..

Thursday, September 30, 2010

Otak pun ada jantina??

Korang nak tau apa perbezaan antara otak lelaki dengan otak perempuan? Jom tengok ni..aku cari dekat internet..


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama… Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai? Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula… Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”. Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.




iznulmuazim cakap:aku pun tak tau ni betul ke tak sebab aku kira dapat 6..aku lelaki berotak perempuan??aarrgghhhh!

Emas apa yang dipinggirkan?

Sebelum korang baca entry aku ni aku nak korang jawab satu teka-teki..teka-teki dia macam ni..dalam banyak-banyak emas,emas apa yang dipinggirkan?



Tak tau nak jawab? Ala ngaku jela korang tak tau nak jawab..tengok tu! dahi pun dah berkerut..okay aku jab ye teka-teki tadi..
   
     Soalan:dalam banyak-banyak emas,emas apa yang dipinggirkan?
     Jawapanwarga emas la..haha

Okay cukup..nanti terbabas pulak entry aku ni..aku sebenarnya nak cerita pasal sorang pakcik ni..dia ni kerja dekat tempat aku belajar..kerja dia ni tukang sapu..setiap kali aku nak pergi kelas aku selalu terserempak dengan dia..

Dalam hati aku ni kesian sangat dengan pak cik ni..tua-tua pun kena kerja lagi..aku memang teringin sangat nak sembang dengan pak cik ni..satu hari tu aku pegi la sembang dengan pak cik..lupa pulak aku nak bagitau nama pakcik ni..dia suh aku panggil Pak Mat je..umur dia lebih kurang 60 tahun lebih..

Masa aku sembang dengan pak cik ni dia cerita la pasal pengalaman hidup dia..memang sadis wa cakap sama lu! tapi aku tahan je..dia kata sebenarnya anak-anak dia dah lupakan dia..dulu pak cik ni bercerai dengan isteri dia..lepas bercerai tu la dia terus terputus hubungan denagn anak-anak dia..

Aku tak sangka anak dia sanggup buat macam tu..ape la salah pak cik ni..seburuk-buruk dia pun dia tetap payah korang..aku doa la kalau anak dia terbaca pasal entry ni anak dia berubah..memang aku rasa kemungkinan tu sangat tipis pun..hehe..

Sekarang pak cik ni tinggal sorang-sorang..kalau sakit sapa nak tolong jaga? 

Ni pesanan untuk anak dia: kalau ko xnak rasa duduk sorang-sorang masa tua nanti,baik ko mintak maaf dengan bapak ko..anak-anak ko dah tengok apa yang ko buat kat atok diorang..tak mustahil diorang akan buat benda yang sama dekat korang..

David Beckham jatuh bankrap!

Aku main-main je pasal tajuk kat atas tu..hehe..nak tau apa sebenarnya yang terjadi? kita terjah!!




 LONDON: Meskipun Victoria dan David Beckham berikrar menyaman pelacur Irma Nici, namun mereka tidak akan mengambil wang tuntutan itu.


Pasangan berkenaan yang mengemukakan tuntutan saman malu £16 juta (RM80 juta) ke atas Irma akan menyalurkan wang itu ke Tabung Amanah Victoria dan David Beckham. Seorang teman rapat pasangan itu mendakwa Irma ‘pembohong besar’ dan mengesahkan tuntutan kerugian akan disalurkan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

“David tidak mahu walau sesen pun wang perempuan kotor itu,” komen teman rapatnya.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kebajikan,” kata rakan itu lagi.

Beckham, 35, berazam untuk membuktikan penipuan pelacur itu di mahkamah dan bersedia mendedahkan kisah kehidupan peribadinya di hadapan juri di Amerika Syarikat (AS). Pada Isnin lalu, peguam pasangan itu memfailkan saman terhadap Irma yang dituduh melakukan fitnah ke atas Beckham untuk kepentingan peribadi.

Majalah In Touch edisi AS yang menerbitkan kisah dakwaan Irma, editor majalah, Michelle Lee dan penerbit majalah, Bauer yang beribu pejabat di Jerman dinamakan sebagai defendan kedua. Pemilik syarikat penerbitan Bauer, Heinz Bauer dikatakan sudah menerima surat saman daripada peguam Beckham.

Dalam tuntutan itu, syarikat penerbitan terbabit diminta memberi penjelasan mengapa penerbitan majalah diteruskan walaupun sudah mendapat amaran yang pelacur berketurunan Bosnia itu berbohong.

Jurucakap ibu pejabat syarikat penerbitan itu di Hamburg berkata: “Majalah In Touch hanya melaporkan skandal seks David Beckham secara terperinci.” - Agensi
Irma Nici, namun mereka tidak akan mengambil wang tuntutan itu.


sumber:Harian Metro

Jangan bagi aku menggatal!

Aku dah menggatal ni..laaaa...aku tak habis cakap korang dah kata aku ni menggatal dengan perempuan..maksud aku,aku ni dah gatal nak tangkap gambar..dah lama jari aku ni tak klik2 kamera ni..kamera aku pun dah bersawang dah..

Jeles sebanarnya bila tengok orang lain tangkap gambar cantik-cantik..aku bukan tak nak pergi tapi tak ada masa..kalau dah tiap-tiap hari mengadap assignment bila masanya aku nak pergi photoshoot..Apa dia? Korang nak tau aku pakai kamera apa? jom klik sini

Aku sebenarnya teringin nak beli waterfroof dslr casing yang macam kat bawah ni..memandangkan apa yang aku belajar ni berkaitan dengan marin..bila aku scuba diving nanti boleh la aku tangkap gambar dengan jerung ke,dengan clown fish ke..hehe..clown fish tu nama popular dia ikan nemo..yang dalam filem animasi tu..tapi entah bila la boleh beli..mahal weyh! duit PTPTipu aku pun belum cukup nak beli casing macam ni..


Jadi sekarang ni aku tengah cari casing yang murah sikit la..kira yang aku mampu untuk beli..kira okay la kan daripada tak ada langsung..aku dah survey da..yang murah pun macam ni ada la..


Boleh la tu kan..nak buat apa beli mahal-mahal..bukannya boleh gadai pun..duit oh duit,cepatlah sikit ko datang..makin cepat ko datang makin cepat aku beli.. 

Perempuan suka lelaki berbaju melayu?

Ada sorang kawan perempuan aku ni kata dia suka tengok lelaki yang pakai baju melayu..dia suka je ye..kalau suka tu maknanya cinta ke? tak kan? jadi jangan fikir bukan-bukan pulak ye..

Kebetulan pulak hari ni aku kena pergi jamuan raya..Kelab Scuba UKM yang buat..jadi aku kena pegi la..disamping mengeratkan silaturrahim aku boleh la makan free..hehe..dah lama aku tak makan ketupat ni..semenjak raya hari tu..kira lama la tu kan? aku memang semangat nak pergi jamuan tu..

Tapi bila je aku dengar kena pakai baju melayu aku rasa macam lemah semangat sikit la..bukannya aku ni tak suka pakai baju melayu tapi dah la hari ni hari khamis..lepas tu kena pakai baju melayu dari pukul 12 sampai pukul 5..lama tu..nak kena berjalan pergi fakulti tu yang aku lemah tu..aku bukan malu ke apa tapi aku takut sebelum sampai fakulti tu baju aku dah basah sebab peluh..dah la berjalan ke fakulti tu makan masa 15 minit jugak..itu kalau jalan melenggang la..kalau jalan laju sikit lebih kurang 10 minit..

Tapi bila kau teringat balik kawan aku cakap yang dia suka tengok lelaki berbaju melayu ni,aku semangat terus! kalau boleh nak pakai baju melayu sampai malam..kalau pergi jogging pun pakai baju melayu..baru namanya melayu!

iznulmuazim cakap:tak akan melayu hilang di dunia

Ciri-ciri lelaki idaman wanita

Sekarang kita tengok pulak ciri-ciri lelaki yang idaman wanita..lelaki macam ni memang susah nak cari..kat dunia ni tinggal sikit je..salah seorangnya aku la..haha..iznul,stop mengarut! 



YANG MENJAGA IMANNYA

Yang sentiasa menunaikan solat pada waktunya dan patuh segala suruhan-NYA..Yang mementingkan agama berbanding yang lain..lalau dah diri sendiri tak boleh nak pimpin macam mana nak pimpin isteri pulak nanti..


YANG MENGAMBIL BERAT

Yang ambil berat ni bukan sampai 'busy body'..jangan la setiap masa nak ssms lepas tu tanya tengah buat apa..nanti wanita ni rimas la pulak..entah-entah dia dekat dalam tandas ke itu pun nak sibuk ke brader? Haish susah ni..

YANG MENJAGA,MELINDUNGI DAN PENYAYANG

Wanita inginkan lelaki yang mampu menjaga keluarganya ,dirinya,dan hatinya..tak perlu la badan macam ahli bina badan ataupun macam superman..kalau kurus kering pun dah okay..janji boleh lindungi wanita tu daripada bahaya..
macam ni la gagah!

YANG MESRA DAN TIDAK TERLALU SERIUS

Kebanyakan wanita suka lelaki yang ada sifat humor..ada je benda yang lelaki ni nak buat lawak..sampaikan kekadang tu boleh tergeliat rahang..kalau setiap masa nak serius baik kapel dengan singa je..lagi bahagia aku rasa..

YANG BERTERUS TERANG

Aku rasa ni yang wanita paling suka..wanita suka lelaki yang berterus terang..jangan menipu walaupun korang dah buat salah..tapi jangan terlalu berterus teras sampaikan saiz seluar dalam pun korang nak bagitau =.=



aku rasa aku ada semua ciri-ciri diatas..hahahha (gelak dengan muka bangga+muka perasan)

Wednesday, September 29, 2010

Ciri-ciri lelaki hampeh!

Korang dah baca ciri-ciri wanita yang disukai dan tidak disukai oleh lelaki kan? tak baca lagi?? jangan risau..korang boleh klik kat sini dan sini..sebagai seorang yang adil dan saksama,aku akan post entry pasal ciri-ciri lelaki yang tak disukai oleh wanita pulak..so lelaki kat luar tu bukak mata sikit yer..

1- Kaki perempuan
 Ni nama lainnya kasanova.Diorang ni siap ada list perempuan lagi.. Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Walaupun  nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama.
Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Dia tak pernah nak faham kehendak aku.”
aku bukan macam ni okay..
2- Kaki kelentong
 Kalau hal yang ini, jangan terkejut beruk pulak. Ada je teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni. Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.HAish apa nak jadi ni..aku bukan macam ni okay..ni ada kat orang lain je
3- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain korang tau tak. Kalau cemburu saja, is normal la.. tapi kalau cemburu buta ni perempuan makan hati.. kadang-kadang perempuan tu boleh sampai meroyan..
.Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not??? lagi sekali ciri-ciri ni tak ada pun kat aku..
4- Kaki pow duit awek
Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung..Membazir je kalau kalau ada lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami orang... belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan? Kalau pergi kedai makan, jangan harap dia nak keluarkan duit.Kalau pinjam duit tak apa la..tapi jangan sampai pow..hutang tu bayar! ciri-ciri neh pun tak ada kat aku..

Mesti korang pelik kan kenapa ciri-ciri kat atas ni tak ada satu pun kat aku..nak tau apa ciri-ciri yang ada kat aku?? haaaaa kene baca entry lepas ni..hehe..tuunngguuuuu.....

Ciri-ciri Wanita Yang Disukai Lelaki!

Sebelum ni aku dah post kan entry pasal ciri-ciri wanita yang tak disukai lelaki..sekarang jom kita tengok apa ciri-ciri wanita yang disukai lelaki..


  • Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
    Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.

  • Suka dimanja
    Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!

  • Jangan bersolek tebal
    Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!

  • Sentiasa menghormatinya
    Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.

  • Jangan terlalu kebudak-budakan
    Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik.

  • Agresif
    Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif

  • Bukan materialistik make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah.

  • Jangan ganas
    Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.