Monday, September 6, 2010

Baju raya baru

Bila tiba hari raya je mesti semua orang beli baju baru..kadang-kadang sorang sampai 2-3 pasang baju untuk raya..kalau dekat shopping complex tu memang sesak la dengan orang yang nak shopping baju raya..time raya la pun shopping complex tu untung kaw-kaw punya..habis tu kalau seorang dah beli baju sampai 2-3 pasang untuk raya,tak ke kaya gila tu? Raya pertama pakai baju warna merah,raya kedua pakai baju warna biru,raya ketiga pakai baju warna kuning,raya keempat pakai baju warna putih..campur semua baju jadi la bendera Malaysia..hehe..
pakcik Google bagi gambar

Memang kita disunatkan untuk memakai baju yang baru ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri..baju baru basuh pun dikira baju baru kan? hehehe..tapi kalau yang pakai baju lama macam mana? adeh.dua tahun lepas pakai warna biru,tahun lepas pakai baju yang sama,tahun ni pun pakai baju yang sam jugak! hah macam amana tu?

Sebenarnya tak kisah pun kalau kita nak pakai baju yang lama..apa slahnya kalau kita pakai baju yang sama..baju jugak kan? lagipun selagi baju tu boleh pakai.kita pakailah..jangan membazir..kalau kat negara luar tu lagi la..sampai tak ada baju! sanggup ke korang tengok??(soalan cepu emas ni)..hehe

Aku masih ingat lagi sorang ustaz tu pernah cakap..pakai baju baru ni bukan bermaksud kita hanya perlu memakai baju baru secara fizikal sahaja..tapi secara batiniah pun kena ada baju baru jugak..kenapa aku cakap macam tu? Kita semua tahu yang Hari Raya disambut untuk meraikan kejayaan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan..Bulan Ramadhan ni bulan tarbiah..bulan untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah..bulan untuk kita mendidik diri kita ke arah yang lebih baik..jadi apabila kita berjaya mengharungi Ramadhan dengan sebenar-benar ketakwaan,jadi secara automatik kita memakai baju batiniah yang baru..diri kita menjadi lebuh baru..lebih baik dari sebelum Ramadhan..itupun kalau korang betul-betul mengahayati ramadhan la..hhehe

Kita ni sepatutnya berjimat la sikit dalam persiapan menyambut Hari Raya ni..jangan terlalu boros..jangan seronok nak sambut raya sampai korang lupa korang terpaksa berhutang..sambut dengan ala kadar je ;)


iznulmuazim cakap:makin besar makin tak kisah persiapan nak smabut raya 

1 comment:

nurulainabdrazak said...

betul3!
aku pon tak bape nak kisah sgat baju raye.
heee.;)