Monday, December 20, 2010

BAB 1: Kerana Dia Batrisya

Seperti hari-hari yang sebelumnya Batrisya banyak menghabiskan masa di Teratak Bonda.Entah kenapa bila dia berada disini dia berasa begitu damai.Bagai air sejuk melalui ubun-ubun kepalanya.Kehijauan tumbuhan hutan memang membuatkan sesiapa yang pertama kali melangkah ke Teratak Bonda terpegun.Batrisya akui bahawa mama memang pandai mengubah suai landskap rumahnya.Semenjak mama bersara dari profesion tugasnya sebagai seorang guru memang disitulah tempat dia menghabiskan masa terluang.

"Sayang mama kenapa termenung ni.Ada masalah? Tak nak luahkan dekat mama?" pertanyaan Puan Azwa mematikan lamunan Batrisya.Puan Azwa tahu Batrisya memang susah untuk berkongsi masalah yang dia hadapi.Segala masalah akan Batrisya selesaikan sendiri.Mungkin itu yang membuatkan Batrisya tabah.Sesungguhnya Puan Azwa amat bangga dengan ketabahan Batrisya tidak seperti gadis muda lain yang dilimpahi kesenangan sehingga membuatkan mereka lemah.

"Eh kenapa mama keluar ni.Mama kan tak sihat.Mama kena duduk dalam rumah.Kan doktor dah cakap mama tak boleh banyak bergerak.Mama nak apa-apa ke? Boleh Sya ambilkan." Batrisya menguntumkan senyuman manis.Namun riak resah masih boleh dikesan di wajahnya.

" Mama ni dah bosan duduk dalam rumah tu Sya.Memang la doktor dah pesan suruh mama berehat.Tapi sakit mama ni bukannya boleh dilayan sangat.Makin dilayan makin melarat.Sya pulak kenapa duduk seorang je kat sini"

"Sya saja nak ambil angin pagi dekat sini.Lepas hantar ibu ke butik terus Sya datang sini.Bosan lah duduk rumah.Daripada duk rumah baik Sya datang sini teman mama.Lagipun Sya rindu lah dekat mama Sya ni".
Batrisya memeluk erat lengan mama.Memang begitu sikap Batrisya terhadap ibu angkatnya itu. Walaupun zahirnya nampak tegas tetapi dia amat manja dengan mama.

Berlainan apabila Batrisya bersama ibunya.Baginya panggilan ibu itu hanya satu ungkapan.Dia tidak pernah merasakan kasih sayang dari ibunya.Semenjak kecil lagi dia menumpang kasih mama. Bukan dia tak pernah cuba untuk merapatkan kembali hubungan dia dan ibunya tetapi bagai ada sesuatu yang menghalang.Pemergian ibu yang melanjutkan pelajaran ke luar negara  ketika dia masih kecil yang memisahkan mereka. Sampai sekarang Batrisya masih memikirkan sebab mengapa ibu tidak membawanya bersama ke luar negara walhal ibu membawa adik beradiknya yang lain.Ibu menghabiskan sepuluh tahun di luar negara.Sesudah menamatkan pelajaran  ibu mengambil keputusan untuk terus bekerja disana.

Tempoh sepuluh tahun sudah cukup untuk merenggangkan hubungan kandung antara seorang ibu dan anak.Bukan sahaja hubungan dengan ibunya renggang malah hubungan dengan adik-adiknya jugak makin rapuh.

"Sya dah buat keputusan?" Pertanyaan mama membuatkan Sya kembali dari lamunan.

"Mama nak Sya tahu yang mama akan sokong apa sahaja keputusan Sya.Mama tahu Sya tak akan buat satu keputusan yang salah.Sya tak payah la nak risaukan mama kat sini.Mak Bibah boleh temankan mama". Batrisya memandang wajah mama yang ceria.Dia tahu yang mama sentiasa ada disampingnya walau apa pun.Mama seorang insan yang tabah.

"Mama,Sya risaukan mama.Kalau apa-apa jadi kat mama nanti tak ada siapa yang boleh tolong kalau Sya sambung belajar di luar negara.Mama hanya ada Sya seorang dalam dunia ni.Tak kan Sya nak tinggalkan mama"

"Sya,kalau Sya sayangkan mama,Sya pergi sambung belajar di luar negara.Hanya itu yang mama minta.Sebelum ni mama tak pernah minta apa-apa kan sayang? Kalau apa-apa terjadi dekat mama nanti mama akan suruh Mak Bibah beritahu Sya okay?"

"Mama,jomlah masuk. Esok Sya bagi keputusan ye.Sya pun kena bincang dengan ibu dulu"

"Baiklah sayang.Tadi mama ada suruh Mak Bibah buatkan pengat pisang.Mama teringin sangat nak makan.Sya temankan mama ye?"

"Mama ni selalu macam ni tau.Kalau bukan Sya siapa yang nak temankan mama" Pipi mama dikucup oleh Sya.Kasih sayangnya terhadap mama memang tak boleh dibandingkan dengan apa-apa.





No comments: