Monday, December 20, 2010

Prolog: Kerana Dia Batrisya

Batrisya membuang pandang ke tengah lautan.Satu keluhan berat dilepaskan bibirnya.Entah kenapa hatinya begitu berat untuk memilih.Dia tahu keputusannya nanti akan melukakan orang lain.Hatinya berperang dengan kemahuannya.Pertarungan antara kehendak keluarga dan kehendak dirinya sendiri.Keindahan lautan tidak mampu meleraikan kekusutan yang dia rasakan.

"Kau tahu sya,kadang-kadang benda yang kita tak suka tu yang terbaik untuk kita.Aku rasa kau patut ikut keputusan keluarga kau.Mungkin itu yang terbaik.Mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Kau tahu dalam Al-Quran Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah."Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik untukmu,dan boleh juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah Maha Mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui". Hanim,kawan baik Batrisya memecah kesunyian.Hanim seakan tahu dilema yang ditanggung Batrisya.Jika sebelum ini dia megambil langkah berdiam diri,kali ni dia perlu bersuara apabila melihatkan wajah Batrisya yang keruh itu.Bukan sehari dua mereka kenal malah semenjak sekolah rendah lagi.

"Entahlah. Aku pun dalam dilema.Bukannya aku  tak hargai pengorbanan keluarga aku.Tapi itu tak bermaksud aku perlu ikut apa sahaja kehendak mereka semata-mata nak membalas pengorbana mereka.Kau pun tahu kan  kenapa aku tak nak sambung pengajian aku di luar negara.Apa salahnya sambung belajar kat universiti di Malaysia ni.Taraf universiti kat sini pun boleh dibanggakan.Aku cuma tak boleh nak berpisah dengan Mama.dari aku kecil lagi dia jaga aku.Tak kan lah masa dia susah aku nak tinggalkan dia terkontang-kanting seorang.Aku tak sanggup Hanim.Aku bukan manusia yang melupakan janji".

"Dah la tu sya.aku tak suka la tengok kau sedih-sedih macam ni.Aku pulak yang sedih tau.Apa kata malam ni kita makan seafood nak tak? Aku belanja. Lepas tu esok kita pegi scuba diving.Dah lama kita tak menyelam ni.Lesen kau tu pun jangan la buat hiasan je." Hanim cuba untuk menggembirakan sahabatnya itu.Dia tahu Batrisya sangat cintakan keindahan lautan.Sebab itu Hanim tidak menolak pelawaan Batrisya untuk sama-sama mengambil lesen scuba diving suatu ketika dahulu.

"Ni yang aku sayang kau ni Hanim.Kalau macam ni aku kena buat-buat sedih selalu la.Boleh kau belanja aku lagi.Kan kau pun kata kita kawan baik.Tak kan dengan kawan baik pun kau nak berkira kan?" Batrisya tersengih cuba nak mengusik Hanim.

"Banyak kau punya cantik!" Hanim membuntangkan mata.

Batrisya terketar-ketar menahan gelak.Akhirnya pecah ketawa dua sahabat tersebut.Walaupun Batrisya pada zahirnya nampak kembali gembira tetapi jauh di dalam hatinya masih berkecamuk.Ya Allah,kau tenangkanlah hati hambamu ini.



No comments: