Friday, November 5, 2010

Awak,nak biodata boleh?

'Awak,nak biodata boleh? tulis dalam buku ni tau' ...tetiba teringat zaman sekolah dulu..aku dulu rajin woooo..kalau cikgu tak masuk kelas aku duduk je diam-diam kat tempat aku..aku tak buat bising pun..maklumlah pengawas skema..hehe..aku duduk je diam-diam kat tempat aku lepas tu tulis biodata..


Aku tau korang pun pernah buat kan? Alaaaa tutup muka pulak..malu la tu kan? tengok tu muka dah merah..kadang-kadang bila fikir balik rasa nak tergelak kuat-kuat..kalau dalam buku biodata tu mesti tulis nama,makanan kegemaran,minuman kegemaran,hobi,tempat lahir,tarikh lahir..kalau nak yang advance lagi sia tanya status single ke berpunya..budak sekolah rendah dah tanya macam tu..maju beb! tapi yang paling penting mesti ada ucapan..tu pelengkap!


Sekarang ni zaman tulis buku biodata dah habis dah..orang layan Facebook pulak sekarang..budak sekolah rendah pun dah ada akaun facebook..boleh buat macam-macam..kalau nak tanya pasal kerja sekolah pun guna facebook..zaman aku dulu kena telefon..tapi yang bestnya pasal buku biodata ni ialah buku biodata mesti warna warni..kalau tulis biodata tu mesti guna pen warna warni..baru la cantik!

iznulmuazim cakap: dulu aku cari alamat rumah budak yang aku minat guna buku biodata membe aku..lepas tu hantar surat cinta daripada anonymous..masa tu aku baru darjah lima..haha

6 comments:

Hanis Manis said...

haah do betol betol. ahahahahahaha. semangat siap beli pen kaler kaler.

nurulain said...

hahaha!
betul3!
gile malu kalau tgok balik.
;D

Kazrina said...

Zaman teacher kecik2 dulu pun dah ada semua tu, kiranya mmg wajiblah utk setiap org ada buku biodata atau autograph tu.Nasihat yg diberi pun poyo habis, contohnya " membaca jambatan ilmu", "masa itu emas" dan mcm2 lg.

iznulmuazim said...

hanis:

aku tau ko dulu mesti ada bunga-bunga yang warna-warni..hehe

iznulmuazim said...

ain:

Aku pernah tengok buku biodsata ko kat buku shark..haha..macam budak2 =p

iznulmuazim said...

teacher kazrina: hehe..zaman saya ucapan 'ingat aku dalam doamu'