Malam ni aku terhibur..terhibur tengok bangsa sendiri memperbodohkan diri sendiri..kenapa aku kata macam tu? Kebetulan malam ni aku baru tengok satu rakaman video berkenaan pilihan raya kecil DUN Galas yang baru sahaja selesai hari ni..aku bukan nak komen pasal keputusan pilihan raya..
Aku nak komen pasal bangsa sendiri..apa yang membuatkan aku tertarik untuk tengok video tu tadi bukanlah disebabkan video tu sendiri,tapi disebabkan komen yang ada bersama video tu..aku nak cerita sikit pasal video tu..video tu memaparkan mengenai perbalahan antara dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya DUN Galas..membaca komen video tadi memang membuatkan aku rasa malu,geram,rasa bodoh yang amat-amat..
Bukan apa..yang komen tu semua bangsa aku sendiri..tak kan pasal parti poitik pun nak bergaduh sampai mencarut..aku rasa tak perlu la sampai mencarut sebab yang berbalah dalam komen tu tadi semuanya pakai kopiah..siap ada yang panggil ustaz lagi..kalau nak suarakan pendapat masing-masing,guna perkataan yang elok..ini tidak,perkataan yang budak sekolah rendah guna untuk mencarut yang diorang guna..secara tak langsung diorang ni bukak kejahilan diri sendiri..
Aku rasa tak perlu la nak jadi tahi politik..sebab yang jadi hamba politik ni bangsa aku jugak..bangsa lain buat apa? Goyang kaki dan tunggu kejatuhan bangsa kita..kalau dah sekarang diorang tunjukkan dekat generasi muda yang politik tu kotor,korang rasa ada lagi ke generasi muda yang nak masuk politik? Aku tak nak bila aku ada anak nanti,ada tradisi caci-mencaci bangsa sendiri..korang nak ada tradisi tu?
1 comment:
wah! yang ni gua like 15X.
tak tahannya "bangsa lain buat apa? Goyang kaki dan tunggu kejatuhan bangsa kita"
so, x yah gaduh2. mana2 memerintah pon sama ja. ada baik ada buruk.
Post a Comment