Friday, November 5, 2010

Upin & Ipin ada unsur Iluminati?

Tak tau apa reaksi yang patut aku tunjukkan..nak tergelak pun ada nak marah pun ada..nak tergelak sebab dapat tengok kebodohan orang lain dan nak marah sebab individu tersebut cuba nak memperdaya orang lain supaya bodoh macam dia jugak..

Aku dah bosan dengar pasal teori konspirasi ni..apa-apa pun pasal teori konspirasi..kalau boleh semua benda ada konspirasi tersendiri..bagi aku aku hanya percaya sesetengah sahaja teori konspirasi ni..dan aku tak percaya bulat-bulat..aku akan selidik dahulu..yang terbaru ada orang kata Upin & Ipin pun teori konspirasi..siapa percaya angkat tangan? Okay siapa yang percaya sila minum air perahan stokin sebab korang bodoh!



Sebenarnya ini notes yang di post oleh seorang individu yang aku pun tak kenal..aku copy paste note ni daripada Serol-Nizam..

Takkanlah animasi Upin & Ipin yang memang 100% hasil tangan rakyat tempatan tu pun ada unsur Iluminati?  Aku rasa korang pun pernah tengok Upin &Ipin ni kan? Banyak mesej yang baik dalam animasi ni..adab makan,tolong menolong dan banyak lagi..adab makan tu unsur Iluminati ke?

Nampak sangat la pihak ni terdesak untuk popular..kalau ye pun nak popular jangan bunuh karya bangsa sendiri..mungkin pihak yang sebarkan pasal teori konspirasi Upin & Ipin ni dipergunakan..kepala diorang dikencing sampaikan diorang ni sanggup gunakan taktik kotor nak jatuhkan hasil tangan bangsa sendiri..

Kita jangan telan bulat-bulat je apa yang dihidangkan kat depan kita..siasat dulu baru percaya..


4 comments:

Syafiqah Sabki said...

tauw x pe..kadang2 skang nih orang semua cuba terlampau selidik sesuatu perkara sampai bende yang kite tak pernah terfikir pun tetibe jadi terfikir..masaalahnye memang citer nih dibuat oleh student melayu sndiri dr mmu cyber..aceli dah bosan sebenarnye ngan konspirasi yang boleh menjatuhkan org lain..kalau hal2 yang simple2 tak pe jugak..hakhak terpanjang plak comment.

aRaN said...

Ntah la Iznul..walaupun aku non-Muslim tapi aku rasa mesej yang disampaikan Upi&Ipin sangat positif. Banyak je nasihat dan pesanan berkaitan dengan Agama Islam. Adakah patut kata Upin & Ipin ada unsur Iluminati??? Xlogik la..

Semua ni sebab sesetengah orang yang sangat taksub dengan teori2 yang kdg2 macam terlalu menyimpang hujahnya.

apa-apa pun fikir positif la.Baru nak maju sikit industri tempatan dah ada cerita macam ni. aku rasa mereka ni yang hanjing israel hahahahha

=Terence= said...

ye ak sgt setuju dengan pendapat saudara :D

hasrulwahid said...

aku tanak cakap pape just nak gelak.haha. asal mcm budak2 sangat sampai kalau tak sebar boleh tak sah sembahyang???

lagi satu aku bukan nak bangkang. betul ke tak tu wallahualam. tapi kalau pasal huruf tu, kenapa kita tak pernah pun nak isu kan pasal huruf 't' yang sama mcm lambang salib? mungkin itu kebetulan. sama macam upin ipin tu. aduyaiii