Thursday, October 7, 2010

Pelajar diserang kera

Tajuk entri kat atas tu saja-saja je nak kasi havoc sikit..hehe..sila jangan percaya tajuk diatas ye..Dekat UKM ni ada satu kolej nama Kolej Ibrahim Yaakub dengan Kolej Keris Mas..kawan aku yang duduk sana selalu cerita pasal masalah kera ni..aku ingat kera ni masalah ringan je..tapi bila aku baca Harian Metro hari ni baru aku tau kita kena berjaga-jaga dengan kera ni..

sumber gambar dari Harian Metro

Seret bayi keluar rumah


SEREMBAN: “Selepas mendapati cucu saya tiada di ruang tamu, kami mencarinya sehingga ke luar rumah dan terkejut melihat kesan darah di depan tangga sebelum menemuinya dalam keadaan terkulai layu dengan kecederaan di kepala, leher dan telinga,” kata A Velayutham, 75.

Dia menceritakan kejadian cucu perempuannya berusia empat hari yang menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digigit kera jantan liar di rumahnya di Taman Happy di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.

Sebelum kejadian, bayi malang yang belum diberi nama itu berada bersama Velayutham di ruang tamu rumahnya selepas dimandikan sebelum warga emas itu pergi ke dapur untuk minum.

Ketika itulah kera yang tidak dapat dipastikan jumlahnya menceroboh masuk ke dalam rumah lalu menyeret mangsa ke luar serta menggigitnya sehingga cedera.

“Saya meninggalkannya bersendirian sekejap dan pergi ke dapur untuk minum air kerana terlalu dahaga. Ketika itu isteri saya berada di dapur kerana memasak, manakala menantu (ibu mangsa) mandi di bilik air.

“Saya terdengar jeritan menantu bertanya di mana bayinya menyebabkan saya dan isteri bergegas ke luar,” kata Velayutham ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.

Velayutham berkata, bayi sulung anak lelakinya yang mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu itu kemudian dikejarkan ke HTJS, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Difahamkan, mangsa yang dilahirkan pada 3 Oktober lalu di HTJS adalah anak kepada pasangan V Nehru, 30, dan isterinya yang dikenali sebagai Revathy, 26.



Sementara itu, nenek mangsa, R Athy Letchumy, 50, berkata beberapa ekor kera sering dilihat berada di sekitar rumahnya sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Kera liar terbabit kelihatan agresif dan garang sekali menyebabkan saya tidak berani mendekatinya. Pernah saya cuba memukul haiwan itu dengan kayu, namun mereka cuba menyerang saya kembali,” katanya yang sudah menetap di kawasan itu sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada bersama suami dan menantunya, manakala anak lelakinya (bapa mangsa) keluar kerana mempunyai urusan.

Sementara itu, Nehru berkata, dia bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan dan amat sedih apabila melihat bayinya parah di kepala, leher dan telinga.

“Saya pernah memelihara seekor kera betina kira-kira lapan tahun lalu, namun haiwan itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga saya kerana dikurung,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusof Awang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber: Harian Metro


iznulmuazim cakap: ngerinya bila aku dengar..

No comments: