Dah lama rasanya aku tak menulis sesuatu dalam blog aku ni..tengok kat atas belah kanan tu..ada sawang tak? hah?? tak ada..tu maksudnya tak lama lagi la korang nak tuuuut....hehe..aku main-main je..
Rindu rasanya aku nak menulis ni..aku sebenarnya minat nak menulis..kalau korang pernah baca entry aku yang sebelum ni aku pernah tulis pasal Faisal Tehrani..laaa...korang tak baca entry aku tu? jom kita tengok sikit siapa Faisal Tehrani..klik sini..
Nak tau apa kepuasan menulis? Memang tak dapat digambarkan..bila korang baca balik apa yang korang tulis,memang akan puas..tapi ada syaratnya nak mendapat kepuasan tu..penulisan korang mesti ada 'isi'..perlu ada mesej.. kalau setakat menulis tanpa ada 'isi' ibarat korang mencurah air di daun keladi..hanya sia-sia..
Bila bercakap pasal penulisan yang ber'isi' ni,banyak yang korang perlu buat..seorang penulis bukan dilahirkan dalam masa semalaman..penulis yang baik adalah penulis yang diasah penulisannya..aku nak cakap lebih pun tak boleh sebab aku bukan seorang penulis yang baik..aku masih dalam proses mempelajari selok belok penulisan..teringat apa yang cikgu aku pernah cakap dulu,kalau tak membaca jangan harap kita boleh hasilkan karya yang baik..membaca tu kunci untuk menulis..macam blogger jugak,kalau tak membaca entry korang boleh diibaratkan sebagai mati..tak ada mesej untuk pembaca..
Sebagai permulaan aku akan post setiap minggu satu satu bentuk karya penulisan..ni bukan bermaksud satu minggu,satu entry je yang aku akan post..maksud aku,aku akan post mungkin esei ataupun cerpen..tak kira la apa pun,karya aku tu boleh membantu aku mengasah gaya penulisan aku..aku tau aku tak sehebat mana..tulisan aku kurang mantap..jalan cerita tak kukuh..tak mampu nak menarik pembaca..sebab itu la gaya penulisan aku perlu diasah..Dalam belajar perlu ada guru..aku dah jumpa siapa yang orangnya =)
iznulmuazim cakap: nak tau macam mana aku boleh minat dalam penulisan? tunggu entry seterusnya =)
No comments:
Post a Comment