Sunday, October 10, 2010

Apa yang korang patut tulis dalam blog korang?

Hari ni bangun-bangun je tido aku terus blogwalking..kira bersenam la tu kan? Tak bersenam secara fizikal tapi kira bersenam otak la tu..boleh kita tambah ilmu masa blogwalking..

Bercakap pasal tambah ilmu ni aku nak tanya apa sebenarnya yang korang tulis dalam blog korang?
Bagi aku blog ni terbahagi kepada beberapa jenis..ada blog parenting,ada blog masakan,ada blog pasal peribadi..macam-macam blog lagi ada..

Tapi apa yang sepatutnya korang tulis dalam blog korang? Bagi aku korang tulis la apa yang korang nak tulis..Dah namanya pun blog korang kan,jadi hak korang la nak tulis apa...tapi pastikan korang menyampaikan sesuatu yang berfaedah kepada pembaca la..kalau korang luahkan perasaan korang pun masih memberi 'sesuatu' kepada pembaca..takkan kita nak tulis sesuatu yang tak 'berisi' kan..macam tak best la pulak nak baca t..kalau entri korang pasal lawak pun mesti ada sesuatu yang memberi pengajaran kepada pembaca..aku teringat apa yang cikgu aku pesan masa aku kata aku ada tulis blog..dia kata "kamu jangan cari populariti murahan dalam blog kamu..populariti murahan ni maksudnya entri yang tak memberi 'sesuatu' kepada pembacanya"..

Buat pembaca pulak,,kalau korang tak suka baca sesuatu blog tu,jangan kutuk penulis blog..penulis blog tu ada cara dia yang tersendiri..kalau korang tak suka baca sesetengah blog sila klik tanda pangkah di penjuru atas sebelah kanan ye..lepas tu pegi ke blog orang lain pulak..blog ni sebenarnya boleh jadi medium untuk kita menambah ilmu..

iznulmuazim cakap: aku pun tak hebat sangat dalam dunia blogging ni..aku pun masih dalam usaha nak belajar..tapi tak slah kan kalau kita nak berkongsi ilmu yang ciput ni? =)

2 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ada mata pandang, kalau suka...kawan...tak gitu?

ariph™ said...

baik ko tulis pasal ak =)