Wednesday, October 13, 2010

Jenis-jenis gambar profil dalam facebook

Aku sebenarnya tengah buat kajian soalan yang bakal keluar dalam exam final aku..tapi disebabkan aku tengah buat kajian depan laptop jadi kajian aku sedikit menyimpang..daripada buat kajian pasal soalan baik aku buat kajian pasal facebook..senang sikit..hehe

Aku mula terfikir nanti masa aku tahun tiga aku nak buat kajian pasal Facebook la..senang sikit..sumber pun banyak..disebabkan kajian aku dah menyimpang tadi jadi aku teruskan dengan kajian mengenai facebook..instrumen aku adalah gambar profil pengguna facebook...objektif kajian adalah bla bla bla......aku dah bahagikan gambar pofil pengguna facebook kepada beberapa bahagian..jom kita tengok dapatan kajian aku..heeee

1.Gambar candid

Kebanyakan gambar profil dalam facebook ni aku tengok kebanyakannya adalah gambar candid..selalunya gambar ni ditangkap oleh kawan-kawan korang..lepas tu korang edit sikit buang jerawat la,bagi nampak putih sikit la,adjust tone sikit,last sekali korang letak vigenetting..lepas korang dah puas hati baru korang jadikan gambar profil..gambar macam ni memang selalu kita dapat lihat..dah jadi macam kebiasaan..



2.Gambar dengan kapel masing-masing

Gambar macam ni pun banyak jugak kita dapat tengok..gambar dengan pakwe/makwe kat shopping complex ke,kat taman bunga ke,kat tempat boling ke..lepas tu gamabar ni edit letak love sikit..satu kat penjuru atas,satu kat penjuru bawah,lagi satu kat tengah-tengah antara muke pakwe/makwe masing-masing..kalau gambar tu tak nampak muka kalep tu mesti nampak gambar dua tangan yang yengah berpegangan..masa ni gambar tu memang rasa sweet sangat..tapi bila dah break nanti korang perasaan sweet tu hilang..masa ni korang akan semakin menyampah bila tengok gambar tu..


3.Gambar dengan kawan

Gambar macam ni pun banyak jugak aku tengok..memang biasa sangat..bila korang letak gambar macam ni akan ada lelkai yang komen.."eh comelnya..nak kenal boleh? tapi bukan dengan wak tapi orang sebelah awak tu"..pengajarannya disini korang kalau nak letak gambar kawan korang tu,korang letak siap-siap caption kat bawah gambar..'kalau nak berkenalan,berkenalan dengan dua-dua sekali..berkenalan dengan salah sorang adalah dilarang'

4.Gambar depan cermin

Hah gambar macam ni pun banyak jugak..mangsa untuk gambar macam ni adalah cermin-cermin besar kat toilet shopping complex..bila tengok gambar macam ni akan nampak la backround tandas yang tak ditutup pintunya..cantik tak background tu? Alah orang bukan ambik kisah pun background tu cantik ke tak..asalkan muka hensem cukup la kan? dulu aku pun ada jugak tangkap gambar depan cermin ni..tapi bikan dlam toilet la..tapi dalam fitting room..best sikit..bary nampak macam baru lepas shopping..kalau tangkap kat depan cermin tandas itu menunjukkkan kita baru lepas buat apa eh? hehe..sekarang wujud trend baru tapi ni melibatkan cermin jugak..kalau dulu orang selalu guna henpon tapi sekarang maju sikit..diorang tangkap guna DSLR depan cermin..cermin yang jadi mangsa? semestinya side mirror kereta..subjek gambar tu? subjeknya bukan manusia tapi DSLR tu sendiri..



5.Gambar yang tak ada kena mengena dengan tuan punya profil

Contoh bagi gambar profil macam ni adalah gambar kartun tak pun gambar pelakon korea..diorang ni akan letak mana-mana gambar pelakon korea/jepun yang cute dan comel..hari ni kita tengok gambar orang lain lepas tu esoknya orang lain pulak..kalau tak letak gambar pelakon diorang ni akan letak gambar kucing yang comel..tak pun baby yang comel..aku pernah terbaca satu artikel..dalam artikel tu kata nanti kalau nak anak yang comel kena selalu tengok muka yang comel..kalau tengok gambar kucing yang comel macam man pulak ye?



Banyak lagi jenis gambar pofil ni tapi lain kali pulak aku sambung ye...semua gambar diatas diambil dari pakcik Google..tak ada kena mengena dengan kawan aku kat facebook..

soalan cepu emas..gambar profil aku neh jenis apa pulak ye?

19 comments:

Syafiqah Sabki said...

hahahaha...nice entry..hakhak tuh gambor nak wat iklan deodorant..

eqacashperlala said...

gambar pasport
hehehehehe!

Mimie Rahman said...

gambar kau gambar gedik. potrait bukan. still life jauh menyimpang.

gambar profile fb aku lak?
:D

Aku Hakimy said...

gambar ko ni iznul gambar potrait self CLS... paling senang gambar tunjuk ketiak macam model2 camwh***... hahahah

ztsuhaily abdmalib said...

gambar syok sendiri! lalala~ :)

sekadar mengomen!
no heart feeling! hehehe. :)

menerjah belog anda! :)

ztsuhaily abdmalib said...
This comment has been removed by the author.
Hans asaktor said...

aku nye no. 5 tu...
btul syafiqah gmbo fb ko tu ada mcm model iklan deodorant...haha..
x kisah gmba pape pn...janji kita senang ati...n x nyakit ati org...

iznulmuazim said...

syafiqah: haha..model deodorant..wangi oooo

iznulmuazim said...

eqacashperlala: maju gila gambar passport aku..hehe

iznulmuazim said...

mimie:gambar profile fb ko gambar ngada-ngada! ;D

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

iznul//
lawak betul baca entry awak,,but semua itu kenyataan.

eik...stail orang lapar kot...hehhehehe

iznulmuazim said...

hakimy: muka aku memang macam model..haha

iznulmuazim said...

ztsuhaily abdmalib: aah syok sendiri..hehe

iznulmuazim said...

Hans asaktor: betul2! ;)

iznulmuazim said...
This comment has been removed by the author.
iznulmuazim said...

kak ruhayu: aah kenyataan ;) bukan muka lapar..muka tak puas hati tu..hehe

ariph™ said...

gambar yang ditangkap gua =)
haha.

iznulmuazim said...

ariph:gambar tu cantik bukan sebab lu tangkap tapi gua yang hensem..haha

xazryx said...

profile picture aku gambar kabur .rilek je .HAHA .