Tuesday, October 12, 2010

Blog aku mengalami perubahan

Korang nampak tak perubahan yang berlaku dalam blog aku ni? Sebenarnya aku baru je tukar banner blog aku..cuba korang tengok kat atas tu? Nampak tak?

Aku dah agak dah korang akan tanya aku satu soalan..kenapa aku  letakkan 'Blog Terhebat Malaya' kan? Aiseh macam aku ni hebat sangat la pulak..sebenarnya aku bukan berniat nak berbangga ataupun riak..ada sebabb aku buat macam tu..aku cuba nak wujudkan unsur-unsur 'havoc' dalam blog aku ni..walaupun tak ada pun sebenarnya unsur tu tapi bila tengok nama pun orang dah tertarik..

Aku akan cuba menaikkan taraf blog aku ni sejajar dengan nama blog aku..secara tak langsung itu sebagai motivasi untuk aku menaik taraf blog aku ni..kalau korang perasan aku punya blog ni ada tema berdasarkan kepada banner dan layout aku..tema apakah itu? Korang fikir la sendiri ye..hehe

Jom larikan mata korang kat sebelah kanan blog aku ni..aku baru je tambah segmen banner blog..jadi sesiapa yang nak bertukar banner blog korang silah tinggalkan komen untuk entry ini ye..boleh la kita bertukar-tukar banner untuk diletak di blog aku nanti..

Aku harap korang suka dengan perubahan blog aku ni..sekali-sekala tukar selera apa salahnya kan? Terima kasih atas sokongan korang selama ni..

iznulmuazim cakap: nak tau siapa yang reka banner aku ni? Tunggu entri seterusnya..

3 comments:

y0Ngu falcon said...

fuyyo!! kau mmg bercita-cita tinggi dan konfiden. kalau la aku boleh jadi macam kau... wuwuwuwu... SELAMAT MAJU JAYA aku wish kat kau!! XDD

Mama Kembar said...

wah cantik banner & layout baru. good luck in becomming blog terhebat malaya... chaiyok chaiyok!!

Lady Zul ⎝⏠⏝⏠⎠ said...

salam..wow sempoi lah iznul....akak akan sokong kiri,kanan,depan,blakang..
nak jg join..
http://mysweetworld-didie.blogspot.com/