Friday, October 15, 2010

Manusia makhluk pelik

Manusia ni macam-macam rgam dan perangai..perangai manusia ni subjektif..kadang-kadang kita tak dapat jangka..dalam sekelip mata pun boleh berubah..hari ni cakap lain,esok cakap lain pulak..siapa tahu kan?

Kalau dah nama pun manusia,memang tak terlepas daripada perasaan tak puas hati..bagi betis nak peha,bagi peha nak benda lain pulak..bila kita dah ikut apa yang dia nak,benda lain pulak dia mintak..bila kita buat jugak benda tu,benda lain lagi yang dia mintak..akhir sekali,bila nak berhenti kehendak manusia ni? haish! manusia oh manusia..pening kalau kita nak fikirkan balik..

Kadang-kadang,kebahagian diri sendiri pun tergadai sebab nak penuhi kehendak orang lain..tapi kalau dah sayang,kebahagian diri sendiri diletak kat tepi..kebahagiaan diri sendiri jadi perkara nombor dua..kebahagiaan orang yang kita sayang tu jadi nombor satu..kebahagiaan orang yang kita sayang tu jadi keutamaan..bila pulak kebahagiaan diri sendiri jadi keutamaan? kebahagiaan diri sendiri jadi keutamaan bila kehendak orang yang kita sayang dipenuhi..bila pulak kehendak tu nak dipenuhi? Sampai mati pun belum tentu dipenuhi..kerana manusia tak pernah puas..

Akhirnya senyum tawar terukir dibibir..ya,kita bahagia bila orang yang kita sayang bahagia..senyum itu tetap di situ..suka atau duka

No comments: