Tuesday, August 31, 2010

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia

MERDEKA!!!!  MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia..itu aku..lain orang lain ragamnya..aku tak tau bagaimana perasaan orang lain tatkala laungan merdeka itu memnuhi angkasa raya..berbanggakah mereka menjadi anak merdeka? Bagi aku tidak..jika mereka berbangga kenapa ketika orang lain  melaungankan merdeka mereka bersama pangan mereka membuat maksiat? Hasilnya? Selepas 9 bulan tarikh Kemerdekaan statistik buang bayi meningkat..ini maksud merdeka sebenarnya?

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia..itu aku..lain orang lain ragamnya..aku tak tau bagaimana perasaan orang lain tatkala laungan merdeka itu memenuhi angkasa raya..aku rela mempertahan maruah watan ini..aku rela mempertahan kedaulatan watan ini tatkala bendera kita dibakar,bendera kita dipijak,bendera kita diconteng oleh negara jiran ..Namun,mempertahankan maruah negara ini ada caranya,ada kaedahnya..bukan hanya mengikut sahaja rentak pemikiran sempit mereka..Jika itu cara mereka,akan ku cuba cara lain untuk mempertahankan tanah ini..

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia..itu aku..lain orang lain ragamnya..aku tak tau bagaimana perasaan orang lain tatkala laungan merdeka itu memenuhi angkasa raya..saat laungan merdeka itu bergema,ya! aku sudah disini..berada bersama-sama pemimpin negara menyambutnya..ini caraku meyambut tarikh keramat ini..jika orang lain memilih untuk berlumba,jika orang lain memilih untuk berada di kelab malam,jika orang lain memilih untuk memadu asmara di ambang merdeka,silakan..itu bukan caraku..itu cara mereka yang berfikiran sempit..Aku masih disini bersama semangat dan darah anak merdeka..jika orang lain mempersoalkan patriotisme generasi muda,aku sangkal dengan kehadiran aku disini..

No comments: