Kebanyakan pelajar universiti dah mula balik ke kampung masing-masing..aku je yang belum lagi..ada misi yang harus disetelkan disini..ceeeewah!hehe..kalau tak ada dah lama aku angkat kaki balik rumah...sebagai persiapan nak balik rumah hari isnin ni jadi aku dah download dua tiga lagu raya sebagai halwa telinga dalam bas nanti..haha..ya! saya mengaku sya excited memandangkan tahun ni merupakan tahun pertama aku balik raya kena beli tiket awal-awal..sebelum ni aku naik bas lompat je..jadi tak payah la nak fikir pasal tiket bas..
Hah cakap pasal tiket raya ni aku nak nasihatkan kalau ada sesiapa yang yang beli tiket tu baik korang beli tiket awal..aku tak nak korangjadi macam kawan aku sorang ni..minggu depan nak balik baru la dia kelam kabut nak cari tiket..tak kira la tiket bas ke,tiket train ke..kalau tiket train tu lebih baik korang beli awal-awal..jangan lambat sangat..dekat sini bukan macam dekat India..kalau korang dekat India boleh la korang panjat atas bumbung train tu..
|
boleh bezakan tak mana yang beli tiket mana yang tak beli tiket? |
Lagi satu,korang kalau nak beli tiket tu kena rancang awal-awal bila korang nak balik..contohnya korang kena la tengok jadual korang baru korang beli tiket..jangan suka hati je beli..contohnyaaaaa...nak tau siapa contohnya?? aku le contohnya..hehe..aku dah beli tiket untuk balik 8 haribulan sebenarnya tapi bila aku tengok balik jadual aku rupa-rupanya aku tak ada kelas mula dari 6 haribulan..jadi apa tunggu lagi? dengan sepantas kilat aku terbang(ini hanya gimik) ke Hentian Kajang untuk tukar tiket..nasib baik ada lagi..terima kasih pakcik Sani..hehe..(bodek pakcik Sani sebab aku naik Sani Ekspress)..
|
kaunter tiket Hentian Kajang |
No comments:
Post a Comment