Saturday, September 4, 2010

Buah hati baru aku bersalin??

Hati aku makin berbunga! Oh inikah rasanya bila jatuh cinta? Memang betul orang cakap kalau jatuh cinta macam-macam kita rasa..tak macam jatuh tangga..kalau jatuh tangga satu je rasanya..rasa sakit! hehe..ooooppps! Dah terbabas ni..Aku jatuh cinta buat kali kedua..kalau kata buat kali pertama kang ada orang marah..hehe

Tidur malam aku mesti tak lena dah sekarang ni..asyik teringat si 'dia' je..ouh aku berada di awang-awangan! Jika ini yang dinamakan cinta,benarkan aku menghayatinya selama-lamanya..terjiwang la pulak..hehe..

Sebenarnya aku nak cerita pasal buah hati aku..aku panggil dia baby..aku tau korang ada panggil buah hati korang sayang la,papa la,bb la..tapi aku panggil dia baby..nak tau tak siapa buah hati aku yang kedua ni? Alaa biar la aku cerita dulu pasal dia..lepas ni baru aku tunjuk muka dia k?

Nak tau kenapa aku sayang buah hati aku ni? sebab dia la aku boleh imbau balik kenangan pahit manis aku..dia ni memang berjasa la kat aku..buah hati nombor satu pun banyak berjasa jugak..hehehe..aku jumpa dengan buah hati aku nombor dua ni dah lama la jugak..

Aku sebenarnya segan nak tukjuk kat korang gambar buah hati aku tu..takut nanti korang kata tak secocok pulak..mana la tau nanti hidung tak mancung pipi pulak tersorong-sorong kan..nanti bila korang dah tengok muka dia jangan la kutuk-kutuk pulak..korang kene la ingat yang dia ni buah hati aku.. janji?

Okay sekarang aku tunjuk buah hati aku ni..


taaaaraaaa! ni la buah hati nombor dua aku..


semalam buah hati aku ni baru bersalin..sebenarnya dah banyak dah anak dia tapi aku nak tunjuk satu je..ni pun sempena raya..

ni la anak dia yang baru amik malam semalam

iznulmuazim cakap: jangan mara...hehe

1 comment:

najwa shariff said...

fine2..bila la nk terbang dkt org baby neh!