Hari ni jugak sebenarnya Nuzul Quran..Hari dimana turunnya Al-Quran..Kalau kita tgk balik situasi sekarang ni ramai orang baca Al-Quran dengan suara yang cukup sedap..siap ada yang berdebat pasal baris diatas,baris dibawah..seolah-olah mereka ni mengalunkan syair Arab..tapi diorang ni lupa nak merenung balik maksud-maksud ayat Al-Quran dan lupa nak mengamalkannya..
Bertadarus di bulan puasa ni memang mendatangkan pahala..InsyaAllah..ramai yang bertadarus di bulan Ramadhan ni..Kalau sampai je bulan Ramadhan surau penuh dengan orang yang bertadarus Al-Quran..tapi orang yang macam mana sebenarnya yang membaca Al-Quran disisi Allah?
Allah berfirman,
“Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)
“Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya (iaitu haqqa tilaawatih) ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.”So kita kena la memahami apa yang kita baca..bukan hanya mengaji,membaca dan bertadarus aje..Allah berfirman:
“Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)Untuk menerangkan maksud ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata,
“Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.So sebagai kesimpulannya ramai antara kita sekarang ni hanya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul dan suara yang sedap tapi kita lupa yang memahami isi-isi Al-Quran tu lebih penting sebenarnya..Allah sebenarnya nak kita ni memahami dan mengkaji isi-isi Al-Quran..dan bila mesej Al-Quran dapat difahami dengan baik baru la ada penghayatan..
Selamat mengaji dan mengkaji ;)
iznulmuazim cakap: nak buat ape cuti ni?
No comments:
Post a Comment