Monday, August 23, 2010

Sambutan Kemerdekaan Ke-53

Sedar tidak sedar hari ni  merupakan tanggal 23 Ogos 2010.Hanya tinggal lebih kurang 8 hari sahaja lagi untuk kita menyambut tanggal 31 Ogos.Sebut sahaja tanggal 31 Ogos pasti fikiran kita terbayangkan sambutan kemerdekaan.Kebetulan pada tahun ini kita menyambut tanggal 31 Ogos ketika bulan Ramadhan al-mubarak.Bulan penuh keberkatan.Sedar atau tidak tahun ini merupakan sambutan kemerdekaan yang ke-53.Hampir separruh abad kita menghirup udara kebebasan di bumi bertuah ini.Walaupun hanya tinggal 8 hari lagi untuk kita menginjak ke tanggal 31 Ogos,kemeriahan meyambut kemerdekaan masih tidak dirasai.Ini berlainan ketika zaman baru sahaja kita merdeka dahulu.Apabila sebut sahaja perkataan merdeka tentu sahaja perasaan sebak mula menyelubungi diri.Rasa patriotik masih menebal ketika itu.Berlainan dengan suasana yang kita rasai ketika ini.Ketika dahulu setiap rumah akan dihiasi dengan Jalur Gemilang apabila tiba sahaja bulan Ogos.Namun tahun ini sambutan kemerdekaan dirasakan seakan kelam.Mungkinkah semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia ketika ini semakin menipis? Mungkinkah kita sudah puas menghirup udara kebebasan ini? Tepuk dada tanya selera.Jika dahulu pejuang kemerdekaan akan disanjung namun sekarang mereka ini dipandang sepi.Kesengsaraan mereka yang memerah keringat mempertahan tanah air ibarat sia-sia.Darah yang mengalir tiada penghargaan.Walhal tanpa mereka mungin kita masih belaja dibawah pokok hanya berlantaikan tanah berbumbungkan hujan.Ingatlah teman,keselesaan kita datangnya daripada kesengsaraan mereka yang terdahulu.Meraka perlu diraikan,bukan disisihkan.

tentera zaman dahulu yang kikerah ke medan perang

















pejuang kemerdekaan kerap terabai daripada perhatian pemerintah


1 Malaysia menjana Transformasi dipilih sebagai teme sambutan kemerdekaan pada tahun ini.Tema ini memperlihatkan aspirasi kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020.Jika dahulunya sambutan kemerdekaan akan diadakan konsert dan perarakan namun sebagai menghormati bulan Ramadhan sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan didakan secara ala kadar namun meriah. Golongan muda seharusnya bersama-sama dengan semua lapisan masyarakat menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini.Jangan kita hanya membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Jangan biarkan hedonisme menguasai diri.Ubahlah paradigma kita sejajar dengan taraf kita yang merupakan pelapis pemimpin pada akan datang.Tinggalkanlah trend muyambut kemerdekaan dengan berlumba dijalan raya.Aktiviti tersebut bukan sahaja membuang masa malah memberi tanggapan negatif kepada pelancong asing.Lebih baik masa tersebut diluangkan di masjid ataupun surau memohon keamanan berterusan untuk tanah watan tercinta ini.


tinggalkanlah aktiviti tidak berfaedah seperti ini



Memetik kata-kata Abraham Lincoln:
"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara"
 Justeru bagunlah wahai anak muda.Bangunlah dari tidurmu.Janganlah nanti kamu tersedar apabila negara kita jatuh ke tangan orang lain.Taburkanlah baktimu untuk negara.

No comments: