Ini adalah resipi dari Australia yang bernama Sticky Date Pudding with Butterscoth sauce. Saya telah melayari internet, mengambil idea dari beberapa laman web Australia dan mereka resipi ini dengan bahan-bahan tempatan. Sempena bulan Ramadhan, saya rasa resipi buah kurma memang sesuai dijadikan juadah berbuka puasa.
Bahan-bahan dan caranya sekali
Pes Kurma
Buah kurma - Lebih kurang 20 biji (saya guna kurma mariami)
Buah kurma - Lebih kurang 20 biji (saya guna kurma mariami)
……keluarkan kesemua biji-biji buah kurma
Secawan air suam
…..sekiranya anda ada blender, masukkan air dan buah kurma itu dan mesin sehingga buah kurma menjadi pes. Sekiranya anda tidak ada blender, potong buah kurma hingga halus dan masak dengan air supaya kurma menjadi lembut.
Biar pes kurma ini sejuk. Sementara itu….
Bahan puding
Gula merah lembut (jenis yang macam gula kaster tapi berwarna merah) – 100 grams
Mentega – 50 grams
Pukul kedua bahan ini sehingga mentega dan gula menjadi lembut.
Masukkan 2 biji telur dan terus pukul. Tambah pes kurma. Lepas itu, tambah bahan-bahan di bawah:Tepung gandum – 200 grams
Soda bikarbonat - 1.5 sudu teh (sekiranya anda guna tepung naik sendiri, kurangkan soda bikarbonat, 1 sudu teh cukup)
Esen vanila (saya guna esen buton vanilla yang dibeli dari kedai Cooking Island di Pulau Pinang)
Apabila sudah siap gaul kesemua bahan, masukkan ke dalam acuan kek.
Baine Marie – adalah cara membakar dengan menggunakan air. Walaupun nama baine marie itu name Perancis, tapi, ia senang sahaja. Masukkan puding yang dah sedia untuk dibakar itu ke dalam acuan kek yang lebih besar sedikit. Maksudnya, puding yang akan dibakar itu macam terapung dalam air. Dengan kaedah ini, kek/puding tidak jadi terlalu keras.
Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Semasa puding dibakar, sediakan sos mentega
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
Sekotak whipping cream 200m (dapat dibeli dari kebanyakkan pasaraya, bahagian sejuk, tempat menjual mentega. Ia macam susu UHT tapi dipanggil ‘Whipping Cream’)
100 gram gula merah
Esen vanila
Masak kesemua bahan dengan api perlahan. Apabila sudah gula sudah cair dan bahan sudah berbuih, matikan api.
Apabila puding sudah masak, anda boleh keluarkan dari acuan dan hidang. Puding ini memang dihidang semasa suam. Sekiranya ada yang berlebihan, simpan dalam tupperware di peti sejuk. Panaskan dengan ketuhar gelombang micro untuk seminit supaya suam. Sos yang berlebihan pun patut disimpan dalam peti sejuk.
iznulmuazim cakap:aku ambil www.malaysiabest.net
No comments:
Post a Comment