Baru je aku cakap pasal kenangan main mercun dalam entry yang lepas..tapi bila baca paper hari ni dah ada berita pasal kemalangan maut akibat mercun..kemalangan maut ni melibatkan seorang kanak-kanak yang baru sahaja berumur 6 tahun..sekarang siapa yang harus dipersalahkan? Ibubapa,pihak berkuasa ataupun hanya dilonggokan ke bahu orang lain..yang pastinya kanak-kanak tersebut tak boleh dipersalahkan..ye lah budak-budak mana tau baik ke buruk..macam aku dulu-dulu pun mana tau mercun tu baik ke buruk ;p yang tau seronok je..memetik komen seorang pembaca Berita Harian, En Mohamad Boiro
"Pihak berkuasa seperti polis, kastam,imigresen dan bahagian pencegah penyeludupan kena lebih proaktif dan berkerja keras bagi membantas penjualan dan penyimpanan mercun yang diharamkan ini. Kita kena ingat kebajikan bermula daripada rumah, jika pihak berkuasa atau bertanggungjawab sendiri lalai atau gagal menjalankan tugas yang diberikan maka kejadian yang menyedihkan ini akan tetap berlaku terutama di Terengganu kite kerana negeri ini berdekatan dengan sempadan jiran."
So untuk mengekang masalah ni daripada menjadi semakin parah,semua pihak perlu bekerjasama dalam menguatkuasakan undang-undang..Ibu bapa pun perlu bertegas dengan anak-anak..Kalau tak ada pembeli tak akan da penjual.Bila tak ada penjual maka masalah ni tak akan terjadi. Bayangkan mayat kanak-kanak tersebut tersangkut atas pokok setinggi 15 meter..cuba bayangkan amplitud letupan masa tu..sampaikan rumah jiran mangsa pun mengalami kerosakan pintu dan tingkap yang teruk..so ibubapa kalau sayangkan anak masing-masing fikirla apa yang terbaik untuk mereka..keseronokan yang hanya sementara atupun kesengsaraan yang ditanggung selamanya? =)
katakan tak nak pada mercun |
p/s-daripada beli mercun lebih baik sedekah je duit tu.zakat fitrah jangan lupa bayar ;)
No comments:
Post a Comment