Wednesday, September 1, 2010

mata oh mata

Aku tak tau la kenapa mata aku ni tak nak pejam..mata oh mata..dah dekat nak sebulan puasa ni..dah dekat sebulan la jugak kau tak nak pejam.. apa salahku sampai aku diseksa begini?? Aku merayu ni wahai mata ..tolonglah pejam supaya aku dapat berehat..hadoi

Kalau aku cakap macam ni pun bukannya mata ni nak pejam pun..so terpaksa la aku follow je..kalau rasa mengantuk aku tido..kalau rasa tak mengantuk aku berjaga la malam ni..tapi aku ada kelas esok!! arggghh..geramnya..bila aku tak buat apa-apa tak rasa mengantuk pulak..bila aku pegi kelas tak sampai 5 minit lecture mula aku pun syahid kat belakang..rasa macam tak ada guna je pegi kelas..tapi sebagai student yang bertanggunjawab dan bakal menjadi pemimpin negara(betul ke?) aku belajar la balik apa yang aku tertinggal..hehe

Ada tak siapa dekat sini yang tau macam mana nak buat aku rasa mengantuk? Tolonglah aku ni..rasa macam dah tak tertahan dah ni..esok aku nak pergi Pusat  Kesihatan mintak ubat tidur..oarang lain pergi Pusat Kesihatan(PK) sebab demam tapi aku pergi PK sebab nak ambik ubat tidur?? Aishhh tak macho betul alasan aku..kalau pegi PK sebab patah tangan main main futsal ke,luka sebab lawan dengan ultraman ke,macho la sikit..Tapi aku pergi sebab nak mintak ubat tidur..hehehe..alang-alang dah mintak ubat tidur baik aku mintak MC terus..mintak 3 hari terus..alasannya nak top up balik tidur aku..amacam? Reasonable tak alasan tu? 

Oleh sebab aku ni tak tidur so aku secara rasminya dilantik sebagai tukang kejut sahur..so siapa yang nak khidmat aku boleh drop nombor telefon korang kat chat box aku ni ye..setiap perkhidmatan mesti ada bayaran kan? so bayaran bagi perkhidmatan aku ni sikit je..alang-alang aku dah kejut korang sahur tu korang kena la sponsor makanan untuk aku bersahur sekali..boleh?

iznulmuazim cakap:masa ramadhan dekat sekolah dulu aku sanggup tak tidur sebab nak main meriam..

3 comments:

najwa shariff said...

aaaaaaaaaaaaaa..kamu leh kejot org sorg jeeeeeeeeeeee..:(

iznulmuazim said...

yela2..wek =p

najwa shariff said...

yes.i know u love me.:)