Thursday, October 21, 2010

Aku dah putus asa nak berblogging!

Dulu memang aku rasa putus asa tapi sekarang tak la..sekarang rasa ketagih! Pernah tak korang rasa macam dah putus harapan nak tulis blog? aku tau setiap blogger mesti pernah alami benda macam ni..dah jadi kebiasaan..aku yakin blogger yang terkenal sekarang pun diorang ni pernah rasa putus harapan nak tulis blog ni..sebab tu la kejayaan diorang sekarang ni lebih manis..kalau dulu diorang pernah rasa kecewa,pernah rasa putus harapan,pernah rasa sia-sia,sekarang diorang dah dapat apa yang sepatutnya diorang dapat..iaitu kejayaan..

Aku pun masih baru dalam dunia blogging ni..kalau nak diumpamakan bayi baru lahir tu,aku ni macam baru lahir semalam je..kulit pun merah lagi..mentah lagi..apa yang aku perlukan adalah pertolongan dari orang yang lebih berpengalaman..perlu diajar,perlu dibimbing,perlu ditegur..bukan aku sahaja tapi ramai lagi blogger yang baru..

Selalunya apa yang mebuatkan blogger baru ni putus harapan nak berblog? Berdasarkan pengalaman aku masa aku tulis blog aku  yang lama,faktor yang buatkan aku putus harapan adalah follower..itu dulu..dulu aku rasa macam blog aku tak dapat perhatian pun..tapi bila aku dah tulis blog aku sekarang ni,baru aku tau apa yang aku nak bila berblogging..aku nak kepuasan..kalau dulu aku tulis blog,aku nak banyak follower..mungkin itu kesilapan aku..aku belajar dari kesilapan..

Sekarang aku sedar yang berblogging ni kena ikhlas..kalau korang berblogging setakat nak banyak follower,nak banyak komen dalam setiap entry, baik korang fikir balik apa tujuan korang berblogging..kalau setakat nak jadi terkenal,lupakan jela..aku nak tulis panjang-panjang pun aku tak tau..aku ni belum cukup ilmu lagi dalam dunia blogging ni..

2 comments:

Black_roses92 said...

so, juz keep it on.. ;) dalam kehidupan ada masa senang, susah.. sedih gembira.. itu lah rencah kehidupan..

hakeem kira said...

bloging sbb nak folower ? tu gila glemer nama nye

bloging sbb nak duit ? haha tu semua org nak .

haha