Wednesday, October 20, 2010

Eh! Takkan berubah dah kot?

Bila malam menjelma,aku akan bertukar! macam kartun Sailormoon yang aku tengok masa kecik dulu, "Dengan kuasa bulan,akan menghukummu!" Dussshhh! tetibe aku berubah..pakai skirt macam Sailormoon..kemudian aku menari sambil berpusing depan laptop aku neh...laaaaa..korang percaya ke? Aku tulis mukadimah macam kartun otak korang pun tukar jadi mode kartun kan?haha..

Hari ni sebenarnya ada konsert Paramore dekat Malaysia..14hb hari tu ada konsert Adam Lambert..Maher Zain pun ada datang jugak..lepas ni ade konsert penyanyi Iznul pulak..tak beli tiket konsert aku lagii??? tak pe korang boleh beli dekat  7eleven..aku ni tak la hebat mana pun..hanya penyanyi picisan je..macam blog aku neh jugak..blog picisan..

Aku tengok fenomena artis luar datang buat konsert kat Malaysia ni semakin mendapat perhatian..apa sebenarnya faktor yang membuatkan ramai artis luar ni buat konsert kat Malaysia..mestilah faktor peminat yang ramai kan..ramai peminat diorang ni..itu sebab la diorang datang Malaysia buat konsert..

Salah ke dengar lagu luar negara? Eh tak salah la..aku pun minat jugak..aku pun dengar jugak lagu diorang..aku pun kadang-kadang sampai terhafal lagu diorang..kalau setakat diorang demam masa nak buat konsert,aku  ni layak la jugak nak ganti diorang..hehe

Tapi kita kena la ingat apa-apa pun yang kita buat ada batasannya..jangan sampai kita lupa asal usul kita..jangan sampai kita lupakan tanggungjawab kita..jangan sampai kita lupa di mana tempat lahir kita..

Aku ni cakap saje-saje ke? Eh tak ada la..aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat..aku rasa jelik  bila aku tengok ada orang minat sangat muzik sampai lupa bumi mana yang dia pijak..

No comments: