Wednesday, October 20, 2010

Bagaimana nak buat duit? Ini bukan MLM!

Mula-mula sekali, korang memerlukan bahan kertas untuk membuat duit. Bahan ini dipanggil sebagai “substrate” iaitu campuran 75% kapas dan 25% linen. Beberapa utas benang ditenunkan pada kertas tersebut untuk keselamatan (mengelakkan forgery).
Kemudian korang perlukan dakwat khas yang dibuat daripada campuran minyak dan dakwat supaya cetakan itu tebal dan tahan lama.
Selepas itu, korang perlu membuat design di muka depan dan belakang. Orang yang menghias duit ini dipanggil “engraver”. Beberapa engraver akan membuat kerja berasingan — seorang lukis gambar Agung, sorang lukis enjin Proton, sorang lukis kerawang kerawang, etc.
Kemudian engraver ini akan mengukir design mereka ke atas “master die” iaitu acuan yang diperbuat daripada besi keluli. Proses ini dibuat dengan menggunakan tangan dan juga dengan bantuan komputer untuk memastikan lekuk-lekuk yang kecil dibentuk dengan sempurna.


Selepas master die ini siap, proses seterusnya ialah memanaskan master die ini dan menggunakan helaian plastik untuk melekapkan acuan yang dibuat, sebagai klon master die itu. Kemudian master die itu disimpan untuk kegunaan pada lain kali.
Seterusnya, proses mencetak dijalankan menggunakan klon master die tadi. Proses ini dijalankan dengan teliti supaya tiada cetakan yang silap. Kepingan kertas dimasukkan ke dalam plet berbentuk silinder (seperti yang terdapat di printer inkjet, tapi lebih besar). Lebih kurang 10,000 keping wang dicetak dalam masa sejam oleh satu mesin. Ini adalah cetakan pertama untuk bahagian yang serupa pada semua matawang (semua sekali kecuali nombor siri). Proses cetakan adalah berasingan untuk muka hadapan dan belakang. Kemudian nombor siri pula dicetak. Akhir sekali duit itu dipotong.


Selepas siap maka duit ini dibungkus dan diikat dengan paper tape. Duit ini kemudiannya dihantar ke bank negara menggunakan kenderaan berperisai.
Bank negara meminjamkan wang kepada bank-bank komersil dan institusi kewangan lain. Bank ini kemudian mengagihkan wang kepada pengguna dan peniaga melalui pelbagai bentuk transaksi, yang akhirnya sampai ke tangan korang.






1 comment:

ariph™ said...

pergi rembat plat tok buat duit tu. pastu x payah susah2 buat job ngan kimy dah. lu join gua buat bisnes cetak duit.

lagi pon rumah gua ada mesin potostet *gua tipu