Monday, October 18, 2010

Masuk tandas pun kena bayar!

Haish..sekarang ni semua barang naik..korang dah tengok Bajet 2011..aku malas nak komen sebab aku ni pelajar lagi..tapi sebagai pelajar tak semestinya kita tak perlu amik tau pasal hal negara..betul tak? kita kan akan jadi pemimpin masa depan..

Setiap kali Bajet tahunan diumumkan mesti bonus akan menjadi salah satu perkara yang mendapat perhatian..malangnya tahun ni kerajaan tak bagi bonus untuk kakitangan awam..kerajaan hanya mampu bagi bantuan khas sebanyak RM500 je..cukup la tu kan..daripada tak ada langsung..kalau student universiti pun dapat bantuan khas macam kakitangan awam ni pun bagus gak..hehe

Kenapa isu bonus akan jadi perkara yang mendapat perhatian setiap kali Bajet diumumkan? Aku pun tak tau..tapi sekarang ni duit dah jadi perkara yang penting..semua benda kebna guna duit..melangkah keluar dari pintu pagar rumah pun kena fikir pasal duit..kalau tak ada duit macam mana nak bayar duit minyak kereta..nak buang air kecil pun kena bayar..kalau dulu 20 sen tapi sekarang 30 sen beb! sama harga dengan aiskrim Malaysia..


Bila minyak pun naik,harga barang pun mesti naik..tapi gaji tak naik..bila gaji naik,harga barang naik lagi..bila harga barang pun naik,perempuan kat Malaysia ni semuanya naikkan duit hantaran..kalau dulu RM5000 keatas tapi sekarang RM10000 ke atas..lelaki kat Malaysia pun mula la pening..baru je kerja nak kukuh,dah nak kawin..keluarga pun belum merasa gaji korang..

Kalau dah kawin tu mesti nak besar-besaran kan..duit simpanan pulak tak cukup lagi..kalau boleh wedding tu mesti nak lawan angkasawan negara..mula la buat pinjaman bank..sampai ada dua cucu pun belum tentu habis bayar..

Jadi jom kita berjimat!

1 comment:

c6 said...

hikhik...tu selatan,leh lah dpt duit hntran 5000...lao utara,mmg 10000 ke atas dri sulu smpai skrg dek oii...