Wednesday, October 20, 2010

Gelaran; kebanggaan atau kemegahan?

Aku rasa suatu hari nanti akan ada orang yang bernama Dato' Panglima Darjah Setia Pahlawan Melayu Hebat Melata Paduka Seri Rahim (AMN,PJK,PJJ,SPM,PMR,UPSR)..

Nama sebenar tak la susah sangat nak sebut..Nama sebenar Rahim je..tapi bila dah tambah dengan pangkat,pingat segala bagai lagi nama tu dah jadi macam esei budak SPM pulak..orang macam ni mestilah banyak berjasa sebab tu dapat banyak pingat dan gelaran..tapi kalau pelakon yang tak memberi apa-apa sumbangan pun dapat gelaran Datuk,tu memang parah.

Sama la dengan golongan doktor ataupun engineer yang ada gelaran Dr. ataupun Ir..kalau dalam urusan rasmi tak apa la..tapi takkan nak sain buku report kemajuan anak pun nak tulis pangkat segala bagai? Yang peliknya kita dapat tengok situasi ni kebanyakkannya jadi dekat orang Melayu..penting sangat ke title tu sampai perlu tulis untuk urusan tak rasmi? Memang title tu simbol kebanggaan tapi bukan kemegahan ye..kebanggaan dan kemegahan membawa dua maksud berbeza..

Kalau kat Malaysia ni memang biasa kita tengok orang ada nama macam:-

Awie Wings
Amy Search
Hafiz AF
Shahir Ikon Remaja Perak

Tapi kita jarang tengok nama macam:-


Kurt Nirvana
Eddie Pearl Jam
Chris Soundgarden


Dah terlalu ramai orang yang ada title ni..lepas ni kalau aku ada anak aku nak letak title dekat nama anak aku siap-siap..biar dalam surat beranak dia ada terus title yang panjang berjela tapi nama dia hanya dua suku kata..kalau bangga sangat dengan title tu,nanti batu nisan pun letak title sekali ye..baru boleh bandingkan darjat masing-masing...

3 comments:

syarky ibrahim said...

awak... tiba2 saya terbatuk2 dan amat terasa

yong_liza said...

tu la..bangga sgt..

Nurfatimah Jalilah said...

salam
mmm..bru tfikir..ble bce n3 ni..
mmg btul pown..
ktew x pnh dgr lak nme
kurt nirvana..
kurt cobain ade la...