Wednesday, October 20, 2010

Walaupun tua tapi masih 'kuat'

Korang tengok ni..umur dah tua pun ada semangat lagi nak study..tapi kalau masuk musim exam aku tak dapat bayangkan macam mana pak cik ni bila stress..aku tengok member aku yang muda pun tak dapat nak kawal stress..inikan pulak pak cik ni..

GUWAHATI, (India): Seorang lelaki India yang akan berusia 100 tahun telah mendaftar masuk di universiti dan mendakwa tiada istilah lambat untuk menuntut ilmu.
“Tiada batasan umur untuk menuntut ilmu,” kata Bholaram Das (gambar), pesara hakim sejak 39 tahun lalu di timur-laut bandar Guwahati. Das akan melanjutkan pengajian doktor falsafah dan melakukan penyelidikan mengenai peranan desa kelahirannya dalam perkembangan agama Hindu.

Das yang mempunyai lima anak lelaki, seorang anak perempuan, 10 cucu dan seorang cicit dilahirkan pada 16 Oktober 1911 ketika India masih menjadi koloni British mencecah usia 99 tahun hujung minggu lalu.

“Saya sudah menjalani kehidupan yang sungguh bermakna selama hampir 100 tahun. “Saya sudah menjadi guru, membabitkan diri dalam politik dengan menyertai parti Kongres pada 1945, menjadi peguam kemudian magistret dan bersara sebagai seorang hakim pada 1971,” kata Das.

“Jarang sekali ada pelajar universiti berusia 100 tahun di mana-mana pun dalam dunia ini,” ujar Naib Canselor Universiti Guwahati, Okhil Kumar Medhi. - AFP

No comments: