Bertunang dan bernikah lain maknanya ye..situasi pun lain..apa yang membezakan bertunang dan bernikah..bagi aku la(ini pendapat peribadi) kalau bertunang tu tanggungjawab dia tak sama dengan tanggungjawab bila kita dah kahwin..bila kita dah kahwin tanggungjawab dia berat..macam-macam korang kena fikirkan sebelum buat sesuatu..lain la kalau korang kahwin tapi tak bernikah lagi..macam mana kahwin tapi tak bernijah? Korang faham-faham jela ye..jangan kahwin sebelum bernikah tau! berdosa masuk api neraka!
perkahwinan di Gaza..pakcik Google bagi |
Aku pernah terbaca dalam satu artikel..dalam artikel tu kata remaja akan rasa teringin untuk berkahwin dalam lingkungan usia 18-22 tahun..dalam umur macam ni remaja tak terlalu memikirkan mengenai tanggungjawab apabila mereka berumah tangga..selepas tu mereka akan rasa perkahwinan tu satu tanggungjawab yang besar..
Apa perubahan yang kita dapat tengok kalau kahwin masa usia muda..ni aku cakap berdasarkan apa yang aku pernah lihat kat sekeliling aku..kawan rapat aku sendiri antara remaja yang berkahwin pada usia yang muda..dan mereka berdua masih belajar di universiti..sebab diorang kahwin masa usia yang muda adalah untuk mengeratkan hubungan antara du akeluarga..diorang ni berkahwin atas pilihan keluarga..aku teringat ustaz masa aku sekolah dulu pernah cakap..berkahwin atasa pilihan keluarga lebih manis sebab nanti kita bercinta lepas kahwin..bukan sebelum kahwin macam kebanyakan remaja sekarang..
Berbalik kepada perubahan yang aku dapat tengok daripada kawan aku ni tadi...aku tengok dia lebih matang dan lebih brtanggungjawab..mungkin ini hikmah yang dia dapat hasil perkahwinan awal..aku dapat lihat daripada perlakuan dia..aku akui dia semakin matang..dia semakin sedar akan tanggungjawab yang dia kena pikul..
Sebenarnya banyak benda yang perlu kita ambil perhatian bila berdepan dengan isu kahwin awal ni..kewangan,tempat tinggal,nafkah dan macam-macam lagi la..bagi aku isu kahwin awal ni salah pun tak,betul pun tak..dia bergantung kepada individu tu sendiri..isu ini begitu subjektif untuk kita bincangkan..
iznulmuazim cakap: teringat entri kawan aku sorang ni..mak dia suruh dia cari menantu...klik sini
2 comments:
kahwin awal banyak cabarannya. kenalah sanggup menggalas tanggungjawab bila sudah berkahwin. kalau masih belum bersedia and belum puas enjoy dengan kawan-kawan, rasanya x sesuai kawin awal sangat kot..
serius rugi kahwin awal..
Post a Comment