Monday, October 18, 2010

Hebat kan aku?

Ni yang aku tak nak kalau lepak library ni..tadi mula la semangat nak belajar..tapi bla dah masuk duk mengadap menatang laptop ni pulak..aiyoooo...mood nak study terus hilang..mata pulak menunggu masa je nak pejam..kang kalau pejam kang tak bangun-bangun dah ni...

Paper aku jumaat ni..lambat lagi tuuuu...hehe..jangan risau..student macam aku ni memang hebat..kalau cikgu masa aku sekolah dulu terpaksa habiskan masa setahun nak habiskan silibus,lecturer aku pulak terpaksa habiskan masa satu semester nak habiskan silibus tapi aku? Hanya satu malam je aku boleh habiskan silibus untuk satu semester..haha..hebat tak? 

Tapi nanti bila dah dapat keputusan mula la pening kepala..haish!