Monday, October 25, 2010

Adik ipar Tony Blair masuk Islam


Adik ipar perempuan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair dilaporkan memeluk Islam setelah melawat kota suci Qom bulan lalu. Lauren Booth (43) adik kepada Cherie, isteri kepada Tony berharap keislaman beliau mampu merubah persepsi Tony terhadap Islam.


Penghijrahan Lauren kepada Islam bukanlah sesuatu yang berlaku dalam jangka masa pendek. Sebelum ini beliau bertugak untuk Press TV, sebuah stesen televisyen berbahasa inggeris di Iran. Lauren juga seorang yang vokal menentang penaklukan Iraq oleh tentera bersekutu. Beliau tetap lantang menentang pembabitan Britain di Iraq walaupun abang ipar beliau sendiri adalah sekutu utama George W Bush. Pada tahun 2008 beliau menyertai flotilla membawa bantuan ke Gaza dariCyprus. Seperti flotilla ke Gaza yang ditahan baru-baru ini flotilla yang disertai beliau juga dihalang dari menyampaikan bantuan ke Gaza.


Lauren dipetik berkata
"Ketika melawat makan Fatima al-Masumeh saya merasakan suntikan spiritual di seluruh tubuh saya. Ianya sesutu yang menggembirakan dan menyeronokkan"

Sekembalinya di Britain beliau terus memeluk agama Islam. Beliau kini berhijab , bersolat 5 waktu dan sedang berusaha membaca Al Quran. Selain itu beliau berhenti memakan babi dan sudah tidak lagi meminum arak selama 45 hari.



sumber:Daily Mail




Dapat hidayah ketika kunjungi masjid 

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun. 

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. 

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom. 

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. 
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. 

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. 

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin. 

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi 







sumber: Berita Harian

No comments: