Wednesday, October 27, 2010

Nak cerita pun malas..baca sendiri..

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada
yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang
malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, "Patik adalah yang paling
malas." Raja pun bertanya, "Apa tahap malas tuan hamba?" Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau
patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?" Maka jawabnya,
"Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan."

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya
sambil berkata,"Patik adalah yang paling malas tuanku." Raja pun bertanya, "Bagaimana pula
tahap kemalasan kamu si budak?" Budak itu pun menjawab, "Nak cite pun malas, tuanku.

No comments: