Tuesday, October 26, 2010

Perempuan Kacak Lelaki Ayu

Sebagai lelaki aku mengaku yang aku suka tengok perempuan cantik..semua lelaki macam tu..alaaa aku tau perempuan pun suka tengok lelaki kacak kan? jangan tipu diri sendiri..buat dosa kering je menipu tu..

Semua orang kat dalam dunia ni nakkan perhatian...walaupun seseorang tu asyik merendah diri tapi jauh di sudut hati dia mesti dia nakkkan perhatian..cuba korang fikir apa gunanya korang pakai cantik-cantik pergi kelas? Nak tingkatkan keyakinan? arrrhh itu alasan skema yang boleh diguna dalam peperiksaan SPM je..

Sebab tu kadang-kadang korang akan tengok orang lain pakai macam artis Hollywood..sebab dia nak perhatian dari orang lain..kalau dah memang kebiasaan dia pakai macam tu aku tak kisah..tapi tak kan masuk masjid pun pakai skirt dengan high heels..ini memang betul-betul nak perhatian ni..patutnya gantung je papan tanda 'Sila Ambil Perhatian' dekat leher tu..

Dah jadi kebiasaan lelaki mesti nakkan perhatian dari wanita..dan wanita mesti nakkan perhatian dari lelaki..kalau lelaki nakkan perhatian dari lelaki,itu memang pelik..sebab tu la lelaki akan pakai cantik-cantik bila pergi tempat yang ada wanita..wanita pulak akan pakai cantik-cantik kalau pergi tempat yang ada banyak lelaki..tapi kalau duduk sesama wanita berkemban pun dah kira cantik..

Apa kriteria yang korang ambil berat kalau beli baju ataupun seluar? Sebab nak dapatkan perhatian bila korang pakai cantik ataupun nak kepuasan diri?

Kalau aku,aku nak kepuasan diri..bila diri sendiri dah puas kita tak akan kisah pasal perhatian orang lain..hidup akan bahagia bila diri puas..kebahagiaan akan datang bila ada perhatian orang lain ke?

4 comments:

syarky ibrahim said...

ceh..aku ingatkan apa la lelaki ayyu tadi..

zey said...

eleh. g kuliah xyah pki cecantik..
kita tunjkan kecantikan dlaman denagan perwatakan kita yer. =p

.::s e n t::. said...

eh ade pulak g kuliah lawa2 sbb nk perhatian..hahahha. xperlu beb. TAK perlu...

tapi time exam bagi aku kena lah! bukan la cantik ape cuma pakai baju yang kita selesa supaya konfiden & happy jwb exam. ini bukan alasan SKEMA spm or watsoever :P

iznulmuazim said...

yela..pegi kuliah pakai biasa2 cukup la..aku pun pakai seliper jamban pegi kelas =.='