Monday, October 25, 2010

Aku dah bertunang!

Baru-baru ni ramai yang tiba-tiba datang jumpa aku tanya bila aku nak bertunang dengan Ayu Raudhah..aku pun jadi pelik..kenapa diorang tanya aku pulak..masa bila pulak aku ni ada hubungan dengan Ayu Raudhah..rupa-rupanya diorang tersilap..diorang sangkakan aku ni Zaquan Adha..sebab tu diorang tersalah orang..tak percaya muka aku macam Zakuan Adha? Hah jom tengok!


  

Hah kan sama tu? hehe

Sebenarnya Zaquan Adha telah bertunang dengan Ayu Radhah pada 17 Oktober yang lalu..jom kita tengok petikan ni..


Akhirnya salah seorang gadis rebutan ramai, Ayu Raudhah sudah sah bertunang dengan jejaka kacak, Zakuan Adha yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. 17 Oktober baru-baru ini,  keluarga Zakuan telah datang rumah Ayu Raudhah untuk tujuan menyunting bunga di taman. Terus pada hari tersebut, majlis pertunangan antara Zakuan Adha dan Ayu Raudhah telah berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.
Mengikut perancangan, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bakal bernikah di Kedah pada 20 Januari 2011. Maknanya mereka berdua hanya akan bertunang lebih kurang 4 bulan sahaja. Satu langkah yang bagus. Bak kata orang tua-tua, “tak elok sangat tunang lama-lama”. Tak sabar pulak kami nak melihat keayuan Ayu Raudhah di majlis pernikahannya nanti.
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Zakuan dah Ayu Raudhah. Akhirnya tamat sudah segala cerita bila Ayu akan dipinang oleh Zakuan. Sekarang cuma tunggu masa untuk sah bergelar suami isteri sahaja. Tahniah sekali lagi daripada kami kepada anda berdua.


4 comments:

miz.millyna said...

haah la.... da iras2.... ggee~~~

nurulain said...

hahahahahahahhaahaha!
*golekk2 atas katil sambil gelak3 yang amat kuat!


tidak!
tak same.
haha.

iznulmuazim said...

miz.millyna:

hah ni yang aku suker ni..hahah..ngeeeee~

iznulmuazim said...

ain:

sila baca komen diatas yer.....