Monday, October 25, 2010

Jom jadi produktif!

Salam hari Isnin pembaca semua..hari ni aku tau ada diantara pembaca blog ni akan mula menjalankan tugas masing-masing..jadi aku ucapkan selamat bekerja buat yang telah bekerja dan selamat belajar buat yang masih belajar..jadikan minggu ini minggu paling produktif korang semua..apabila kita menjadikan minggu kita paling produktif,sudah tentulah pekerjaan yang kita lakukan akan semakin seronok..

Hari ni aku nak berkongsi beberapa tips untuk menjadikan hari korang sebuah hari yang produktif..jom kita ushar sikit..

MENYUSUN JADUAL

Ada ungkapan yang berbunyi 'Gagal merancang,merancang kegagalan'..apa yang kita perlukan sebelum bermulanya hari yang baru? Kata kuncinya ialah merancang..korang kena susun jadual apa yang perlu korang lakukan pada keesokkan hari..tanya la sesiapa pun yang telah berjaya..perkara utama yang diorang lakukan adalah merancang jadual mereka..perancangan yang efektif akan memberi korang gambaran apa yang korang akan lakukan..ini akan membuatkan korang bersedia menjalankan tugas masing..

Selain tu korang kena menyusun tugas mengikut prioriti..tugas yang penting mesti dilaksanakan dahulu kemudian baru selesaikan tugas yang selebihnya..tapi ada satu yang korang perlu ingat semasa menyusun jadual; masa untuk diri sendiri..sesibuk manapun korang,jangan lupa untuk berehat..berehat itu memberi tenaga untuk melaksanakan tugas..

FOKUS

Kadangkala kita terpaksa melaksanakan dua kerja dalam satu masa..ini akan membahagikan fokus korang..akibatnya korang tak akan mendapat hasil yang memuaskan..cuba korang selesaikan satu persatu..sebab itulah pentingnya korang merancang jadual..

Melaksanakan dua kerja dalam satu masa jugak akan membuatkan korang stress..ini akan meyebabkan prestasi kerja korang bukan pada tahap yang maksimum..akibatnya,kualiti kerja tidak memuaskan..fokus dalam kerja akan membuatkan korang lebih produktif dan dalam keadaan neutral semasa meyelesaikan tugas..

HINDARI HALANGAN

Hah ini yang aku paling suka..aku tau korang semua ada facebook? siapa yang tak ada tu kira tipu la..nenek aku yang dekat rumah tu pun ada facebook..selalunya facebook ini yang menjadi halangan untuk korang buat kerja..bila buat kerja sikit,mula la bukak facebook..alasannya nak tengok ada notification ke tak..tak pun nak tengok status orang lain kemudian komen yang mengarut..apa kata korang tutup dahulu facebook atau apa-apa yang membuatkan korang lalai buat kerja..

Kalau bukan pasal facebook pun mesti pasal blog..tak sampai 30 minit buat kerja terus tengok ada komen ke tak..tak pun tengok followers ada penningkatan ataupun tak..kalau tak ada peningkatan ,kena blogwalking sebab nak naikkan trafik..akibatnya kualiti kerja macam sampah..

sekadar berkongsi..

No comments: