Sunday, October 24, 2010

Trip to Broga Hill!!

Selamat petang semua..apa kata petang ni kita bersenam sikit..petang-petang macam ni kena bersenam..baru badan sihat..jangan asyik tengok televisyen sampai makan keropok je..tapi senaman kita petang ni sedikit berlainan dengan senaman yang biasa orang lain buat..aku namakan senamna ni 'Senaman Mata'..

Sebelum tu aku nak cerita pasal pengalaman aku naik Broga Hill baru-baru ni..kalau nak tau dekat mana Broga Hill ni sebenarnya korang search dekat Google Maps..Terpampang sebesar alam kat mana Broga Hill..ketinggian Broga Hill ni lebih kurang dalam 1.7km..

Aku bertolak lebih kurang pukul 6.45 pagi dan sampai di kaki Broga Hill pada jam 7.00 pagi..lepas tu pendakian pun bermula..pendakian yang memakan masa selama 30 minit memang memberi pulangan yang memuaskan hati..

Cakap banyak tak guna..biar gambar sahaja yang berbicara..hah apa lagi? Jom senaman mata..sebenarnya inilah senaman mata yang aku cakap tadi..hehe








Aku tau  gambar aku tak cantik..kalau nak kutuk sila tinggalkan komen di bawah ye..boleh aku belajar lagi..tapi kalau nak puji simpan dalam hati...tapi ada ke orang nak puji?

No comments: