Thursday, September 30, 2010

Ciri-ciri lelaki idaman wanita

Sekarang kita tengok pulak ciri-ciri lelaki yang idaman wanita..lelaki macam ni memang susah nak cari..kat dunia ni tinggal sikit je..salah seorangnya aku la..haha..iznul,stop mengarut! 



YANG MENJAGA IMANNYA

Yang sentiasa menunaikan solat pada waktunya dan patuh segala suruhan-NYA..Yang mementingkan agama berbanding yang lain..lalau dah diri sendiri tak boleh nak pimpin macam mana nak pimpin isteri pulak nanti..


YANG MENGAMBIL BERAT

Yang ambil berat ni bukan sampai 'busy body'..jangan la setiap masa nak ssms lepas tu tanya tengah buat apa..nanti wanita ni rimas la pulak..entah-entah dia dekat dalam tandas ke itu pun nak sibuk ke brader? Haish susah ni..

YANG MENJAGA,MELINDUNGI DAN PENYAYANG

Wanita inginkan lelaki yang mampu menjaga keluarganya ,dirinya,dan hatinya..tak perlu la badan macam ahli bina badan ataupun macam superman..kalau kurus kering pun dah okay..janji boleh lindungi wanita tu daripada bahaya..
macam ni la gagah!

YANG MESRA DAN TIDAK TERLALU SERIUS

Kebanyakan wanita suka lelaki yang ada sifat humor..ada je benda yang lelaki ni nak buat lawak..sampaikan kekadang tu boleh tergeliat rahang..kalau setiap masa nak serius baik kapel dengan singa je..lagi bahagia aku rasa..

YANG BERTERUS TERANG

Aku rasa ni yang wanita paling suka..wanita suka lelaki yang berterus terang..jangan menipu walaupun korang dah buat salah..tapi jangan terlalu berterus teras sampaikan saiz seluar dalam pun korang nak bagitau =.=



aku rasa aku ada semua ciri-ciri diatas..hahahha (gelak dengan muka bangga+muka perasan)

2 comments:

Banana Zainal said...

haha...ayt terakhir. betui ke ??? huhu:P

iznulmuazim said...

mestila ada..haha..aku tulis berdasarkan diri aku..haha =p