Semua pelajar yang dapat pinjaman ditukar kepada biasiswa..seronok tak? Aku memain je..hehe..tapi aku nak berazam nak jadikan pinjaman PTPTN aku sebagai biasiswa..kalau korang nak jugak jom study sama-sama..kena rajin study!
RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa
2010/10/01
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi.
Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan.
Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik.
Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin.
Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.
Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.
sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment