Monday, September 27, 2010

Hikayat seorang jutawan

Aku dah kata dah..patutla dari tadi dia asyik jeling-jeling je dekat aku..sebagai lelaki yang maskulin aku tak perlu la nak control macho..jadi aku buat macam selalu..hensem dan maintain hensem..aku rasa sebab tu la gadis dekat hujung meja tu asyik jeling aku je..

Aku pun buat macam biasa..aku panggil brader ni suruh ambil order..aku order makanan yang mahal sikit la..baru setaraf dengan aku..hensem dan kaya..sambil tunggu order aku pun keluarkan sebatang cerut..nyalakan api..berkepul-kepul asap keluar..saat ini aku rasa seperti aku ada gaya,mutu dan keunggulan..

Makanan yang ditempah tiba di meja..aku biarkan cerut yang masih bernyala tadi ditepi..biarkan asap bermain-main dimata tatkala aku menikmati hindangan..aku tahu merokok itu bahaya..tapi nak buat macam mana..hanya itu caraku untuk menghabiskan kekayaan yang melimpah ruah..

Bila aku dah habiskan kekayaan aku,barulah aku rasa selamat..tiada siapa yang mahu untuk menipu aku..mengambil hartaku..seterusnya membunuh aku lantas tulangku dibuang di dalam sungai..sungguh keji manusia sebegitu..

Aku sedar gadis tadi masih merenungku..entah kenapa renungannya semakin tajam..senyuman nipis mula bermain ditepi bibirnya..hatiku berkata 'dia ni nak ngorat aku ni..aku kene respon ni'...

Selesai makan aku ke kaunter..bil dikeluarkan..alamak! wang tunai aku terlupa nak dibawa..lupa untuk megambi wang yang aku simpan dibawah bantal..lantas kad kredit dikeluarkan..kad kredit bagiku merupakan lambang kekayaan..bukan kaya wang..tapi kaya hutang..aku bayar sekali apa yang gadis sebentar tadi makan..RM580.90..ahhh murahnya..aku lemparkan senyuman nipis ke arah gadis tersebut..inilah aset aku yang paling bernilai..senyuman yang mampu mencairkan mana-mana gadis..

Saata aku menghampiri kereta Bentley yang diletak di sebelah tong sampah,gadis itu menyapa aku..

'Terima kasih sebab belanja..saya nak tegur awak tadi tapi saya malu..saya cuma nak cakap yang zip awak tak tutup'

Arrrrggghh..saat itu aku rasakan seperti mahu menukarkan muka aku dengan tembok penjara Pudu..malangnye tembok penjara Pudu pun sudah runtuh..

No comments: