Betul ke orang cakap siapa belajar kat luar negara tu lebih pandai yang belajar dekat universiti dalam negara? Aku tak rasa macam tu..dah banyak bukti yang aku nampak sesetengah student yang belajar kat luar negara tu sebenarnya setaraf je dengan pelajar tempatan..
Sebenarnya banyak faktor yang membolehkan seseorang tu belajar kat luar negara..faktor yang paling penting mestilah dapat tajaan..jadi untuk dapat tajaan keputusan peperiksaan mestilah bagus..kalau tak dapat keputusan bagus mesti la tak dapat tajaan untuk sambung belajar dekat luar negara..bab ni aku memang tabik la..sebab kebanyakan yang dapat tajaan ni semuanya yang bagus-bagus..sebab diorang tak besar diri..cuma ada sesetengah je yang besar diri..itupun tak banyak..tapi ramai jugak yang dapat keputusan bagus tapi tak dapat tajaan nak sambung belajar dekat luar negara..hah ni kes macam mana pulak? sebenarnya diorang ni cuma tak ada nasib je..jadi terpaksa la diorang sambung belajar dalam negara je..sebenarnya diorang ni setaraf..
Siapa kata universiti tempatan ni hanya jaguh kampung? kalau jaguh kampung saja,mestilah tak ada pelajar luar negara yang belajar dekat sini..lagipun kerajaan sekarang tengah ushakan program pelancongan pendidikan..banyak faedah untuk pelajar luar negara belajar dekat Malaysia ni..fasiliti pun lebih kurang setanding dengan negara luar..aku tekankan ayat lebih kurang setanding..aku tak kata setanding...aku tau ada ruang yang boleh diperbaiki lagi..
Aku rasa tak elok jugak kalau semua pelajar sambung belajar dekat dalam negara je..kalau sambung dekat luar negara pun banyak jugak faedahnya..kalau kerajaan hantar pelajar kita ke luar negara maknanya kerajaan menghantar duta kecil..duta kecil ni la berperanan untuk mencedok ilmu di negara lain..secara tak langsung asimilasi akan berlaku..
Jadi aku rasa tak ada beza pun antara pelajar luar negara dengan pelaja dalam negara..dua-dua sama sahaja..
iznulmuazim: bercita-cita nak sambung master dekat luar negara
No comments:
Post a Comment