Sunday, September 26, 2010

Jatuh cinta lagi!

"Maaaakkk! Saya dah jatuh cinta! Oh indah rasanya bila kita jatuh cinta..rasa seperti diawang-awangan" berkata aku kepada ibuku..

"kau jangan nak mengarut la..masuk ni dah berapa kali kau jatuh cinta tapi tak pernah nak lekat" balas ibuku pula..

Nak tau siapa yang bertuah menjadi insan yang aku puja tu? haha..korang da silap..sebenarnye aku dah jatuh cinta dekat sukan softbol! First time main terus rasa seronok nak main..kira macam cinta pandang pertama la..hehe..kisah percintaan aku ni panjang ceritenye..tapi sebab korang punye pasal aku pendekkan..Universiti aku ada anjurkan SUKEM..akronim untuk SUKEM ni Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia..jadi aku pun masuk la softbol sebab aku nak try main..dulu masa kecik-kecik dulu korang pernah tak main rounders? softbol ni macam rounders tu la..senang je mainnye..

Aku ni dah la first time main seumur hidup ni..bila dah main jatuh cinta la pulak..sebab tu aku kata aku di awang-awangan tadi..hehe..tapi masalahnye aku ni jenis tak tetap minat..maksud aku apa yang aku minat,kejap je aku akan wat..pastu aku tinggalkan..haha..

Jadi aku harap minat aku kali neh akan berkekalan la..hehe..


iznulmuazim:ada seorang senior sotfbol tu cakap aku ada 'arm'..eerrr bukan semua orang ada arm ke abang? =.='

No comments: