Thursday, September 30, 2010

David Beckham jatuh bankrap!

Aku main-main je pasal tajuk kat atas tu..hehe..nak tau apa sebenarnya yang terjadi? kita terjah!!




 LONDON: Meskipun Victoria dan David Beckham berikrar menyaman pelacur Irma Nici, namun mereka tidak akan mengambil wang tuntutan itu.


Pasangan berkenaan yang mengemukakan tuntutan saman malu £16 juta (RM80 juta) ke atas Irma akan menyalurkan wang itu ke Tabung Amanah Victoria dan David Beckham. Seorang teman rapat pasangan itu mendakwa Irma ‘pembohong besar’ dan mengesahkan tuntutan kerugian akan disalurkan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

“David tidak mahu walau sesen pun wang perempuan kotor itu,” komen teman rapatnya.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kebajikan,” kata rakan itu lagi.

Beckham, 35, berazam untuk membuktikan penipuan pelacur itu di mahkamah dan bersedia mendedahkan kisah kehidupan peribadinya di hadapan juri di Amerika Syarikat (AS). Pada Isnin lalu, peguam pasangan itu memfailkan saman terhadap Irma yang dituduh melakukan fitnah ke atas Beckham untuk kepentingan peribadi.

Majalah In Touch edisi AS yang menerbitkan kisah dakwaan Irma, editor majalah, Michelle Lee dan penerbit majalah, Bauer yang beribu pejabat di Jerman dinamakan sebagai defendan kedua. Pemilik syarikat penerbitan Bauer, Heinz Bauer dikatakan sudah menerima surat saman daripada peguam Beckham.

Dalam tuntutan itu, syarikat penerbitan terbabit diminta memberi penjelasan mengapa penerbitan majalah diteruskan walaupun sudah mendapat amaran yang pelacur berketurunan Bosnia itu berbohong.

Jurucakap ibu pejabat syarikat penerbitan itu di Hamburg berkata: “Majalah In Touch hanya melaporkan skandal seks David Beckham secara terperinci.” - Agensi
Irma Nici, namun mereka tidak akan mengambil wang tuntutan itu.


sumber:Harian Metro

No comments: